Sara, seorang pelajar baru tingkatan 4 yang baru sahaja pindah ke MRSM Lendu. Dengan keputusan PT3-nya yang meletopsz, ibubapa Sara memaksa beliau untuk pindah ke sekolah yang lebih berprestij. Mereka beranggapan jika anak mereka bersekolah disitu, anaknya lebih "disanjung tinggi". Biasalah, ibubapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan.
-----
4 Jan 11. Hari pertama Sara menjejakkan kaki ke sekolah baru. "Sara, belajar elok2 dekat sekolah baru ye, banggakan mama & papa dengan result kamu.. " kata2 mama & papa Sara sentiasa berlegar-legar di benaknya.
1st day school isn't that bad for Sara. Mungkin sebab semua pelajar baru ditempatkan dalam satu kelas. So, it's not that awkward for her. Sara berkenalan dengan rakan2 sekelasnya dan berteman rapat dengan seorang perempuan yang sangat mulus kulitnya, Lisa. Lisa juga adalah teman sebilik Sara di asrama dan mereka sentiasa 'berkepit' walau di mana pun mereka berada. Bagai isi dengan kuku katanya.
-----
Sebulan bersekolah di tempat baru cukup memberi pengalaman baru kepada Sara. Mana taknya, sebelum ini tak pernah dia membasuh sendiri baju-bajunya, makan beramai-ramai di dewan makan, solat berjemaah di surau. Semuanya sangat baru bagi dirinya.
"Sara, moh kita ke surau. Dah nak masuk maghrib ni" pelawa Lisa. "Kejap aku baru nak pakai telekung ni, kau pergilah dulu" jawab Sara dengan tenang. Lisa berjalan keluar dari biliknya meninggalkan Sara yang masih terhegeh-hegeh memakai telekung. Selesai bersiap, Sara berjalan berseorangan menuju ke surau.
Tiba2, dia terdengar derapan tapak kaki seperti mengikutinya dari belakang. Sara berhenti sejenak dan memusing ke belakang untuk melihat tetapi... tiada sesiapa di belakangnya. "BAAAAAAAA!!!!!!" suatu kejutan menerpa Sara dari hadapan. "Ish kau rupanya!! nasib tak sakit jantung aku tau, kalau tak mati katak aku kat sini" bentak Sara kepada Lisa yang sengaja mengejutkan rakan baiknya itu. "Hihi sorry2 jom gi surau"
-----
"Sara, kenapa muka kamu pucat sangat ni, berpeluh satu badan" tanya Puan Nisa yang mengajar matapelajaran Biologi di sekolah itu. "Taktau cikgu, perut saya sakit sangat cikgu, rasa nak pitam pun ada" jawab Sara. "Hm Lisa, tolong bawa kawan kamu ni pergi bilik kesihatan. Suruh Auntie Lim check condition Sara ni" arah Puan Nisa. Auntie Lim merupakan jururawat di MRSM Lendu. Beliau seperti doktor di sekolah itu kerana sangat mahir dalam bidang-bidang perubatan.
## Di Bilik kesihatan,
"Auntie, can you please check my friend's condition, she's not too well since this morning" kata Lisa dengan penuh risau. "Okay, please lie her down on this bed" Auntie Lim memeriksa keseluruhan badan Sara dengan penuh ketelitian.
"Sara is okay. Biasalah, perempuan bila datang haid selalunya akan datang senggugut yang teruk" terang Auntie Lim kepada Lisa. "Lah, kenapa kau tak bagitau aku yang kau period, takdelah aku menggelupur macam ni" "Saja, nak tengok muka kau yang cemas tu hehehehe cute angat. Sayang jugak kau kat aku kan" gurau Sara. "Sempat lagi bergurau kau kan time2 camni"
"Ok Lisa, please take her to her dorm and advice her to rest. Don't forget to ask her to eat the medicines." kata Auntie Lim dengan loghat Chinese-nya. "Baik Auntie. "
## Di Dorm Sara & Lisa,
"Kau, rehat kat sini elok2. Jangan pergi mana2. Hish, untung betul kau takyah masuk kelas kan" cebik Lisa. "Okaylah aku nak masuk kelas dulu, byeeee". "Jangan lupa tutup pintu weh" usik Sara sambil ketawa kecil. Sejurus itu, Sara pun melelapkan matanya dan berehat dengan tenang.
-----
Tepat jam 7:00 p.m.
"Woi aku nak gi surau dulu ni, kau tu bangunlah, maghrib dah ni" tegur Lisa kepada Sara. "Pukul berapa dah?" "Pukul 7 laaaa dah bangun2 pergi mandi"Sara pun bangun dari katilnya dan berjalan lemah longlai menuju ke tandas. Sedang dia membersihkan diri, kedengaran bunyi berusan di bilik air yang lain. "rasanya macam semua dah pergi surau emm maybe ada yang abc sama dengan aku kot" getusnya dalam hati. Selesai membersihkan diri, Sara tersedar yang bunyi berusan tadi masih tidak berhenti. "mungkin banyak baju nak basuh kot"
Sara berjalan keluar dan menuju ke dormnya. Di dalam bilik, dia terlihat Lisa sedang mengulangkaji di meja belajarnya. "Aik, cepatnya habis. Takde ceramah ke harini?" Tanya Sara. Pelik. Lisa hanya diam membisu.
Selepas 20 minit, pintu bilik Sara dikuak. Lisa??? Sara terkejut. Dia melihat kembali meja belajar Lisa tetapi tiada siapa disitu. Kosong. "Kau dah kenapa terkejut beruk nampak aku ni?" tanya Lisa sambil meletakkan telekungnya di hujung katil. "Em tadi bukan kau dah masuk ke?" "Kau merepek ape ni, aku baru je habis dengar ceramah tadi"jawab Lisa. "Oh yeke, takpelah" balasnya. "Mungkin imaginasi aku je kot" katanya dalam hati tetapi ada sedikit kekeliruan di dalam dirinya.
*will be continued.. busy sikit huhuhu