A.M.D

51K 101 2
                                    

Playkan video nitau n sambung baca.

Pagi yang indah, matahari yang memancar, yang mengagihkan cahaya kepada semua penuduk bumi. Hari ini, persandinganku dengan abang Joseph. Layanan yang diberikan oleh Abang Joseph kepadaku terlalu istimewa. Cuma kekadang tu Abang Joseph jenis yang suka memuji diriku.
"Sayang abang cantik. Sayang abang manis. Sayang abang cute sangat. Sayang abang hias cantik2 tau."
Tak berhenti-henti Abang Joseph memujiku. Sedangkan aku hanya bekas sentuhan adiknya. Aku menyesal kerana aku tak dapat pelihara daraku dan aset terpentingku untuk Abang Joseph iaitu suamiku. Takpa.. malam ni, malam persandingan kita. Semalam Abang Joseph yang menggodaku. Malam ini, aku yang akan mengeraskan haiwan peliharaan suamiku mengikut caraku tersendiri. Aku cari di internet mengenai hal-hal seperti ini. Aku tidak berapa mahir. Tetapi, tidak mengapa kalau salah.. cuba sekali lagi. Berkali-kali. Suamiku tidak tahu hilang kemana. Aku mengambil kesempatan ini untuk bermesyuarat dengan Risteena. Bertanyakan pendapat bagaimana ingin menggoda suami.

Lagi satu jam sebelum menunjukkan pukul 12.15 tgh hri. Persandingan sebelah lelaki dan perempuan disatukan. Kami sudah berbincang untuk mengadakan persandingan bagi pihak lelaki dan perempuan sekali. Persandingan di hotel merupakan persetujuanku dan suamiku. Aku mengenakan baju pengantinku yang sudah ditempah berwarna pink. Pelaminku pula berwarna kuning. Terdapat sedikit kontra disitu. Suamiku entah dimana aku tidak tahu. Sejak awal pagi lagi, dia menghilangkan diri. Jangan lari sudah. Aku mengenakan make up di wajahku. Aku ingin tampak berkeyakinan di atas pelamin nanti.

Satu mesej masuk daripada suamiku yang menyatakan suamiku masih belum selesai. Dia memerlukan 10 minit untuk bergerak ke hotel bersama-sama. Kawan baiknya Ustaz Nouman sendiri yang offer diri dia untuk menjadi driver dan pengapit.

Sewaktu akad nikah kelmarin, Ustaz Nouman ini ingin mencuba nasib dengan Risteena. Kalau dah jodoh... tak lari gunung dikejar. Mamaku cerita perkahwinan mama dan daddyku berlaku sejurus selepas akad nikah pengantin. Mama merupakan kawan baik pengantin perempuan, daddy pula yang sebaliknya. Akhirnya, wujudlah aku.

Asyik termenung, aku sudah berada di atas pelamin. Konsep yang suamiku pilih bagi pelamin menepati citarasaku. Mungkin itulah persamaan antara kami. Setelah selesai acara merenjis sampah, diteruskan lagi dengan acara memotong kek. Abang Joseph menyuap kek coklat itu dengan penuh berhati-hati agar tidak comot mulutku. Jurukamera tidak henti-henti mengambil gambar dari pelbagai sudut. Dari sudut atas,kanan,kiri. Sudut bawah kaki sahaja belum.
Acara makan beradab diteruskan. Lauk yang terhidang membuka seleraku membuatku menjilat sekeliling bibirku. Namun lakonan control ayuku di depan kamera tidak kutinggalkan. Aku ingin nampak sopan dan ayu di hadapan suamiku ini.

Persandinganku ini lain dari yang lain. Tidak mempunyai juruhebah.
Suamiku sendiri yang mahukan kesunyian. Tetapi jurupiano ada. Abang Joseph mengupah seseorang lelaki yang memainkan piano agar tampak lebih romantik.

Acara yang ditunggu-tunggu ketika aku masih kanak-kanak iaitu acara melempar syiling dan gula-gula. Pada zamanku dahulu, kanak-kanak yang berbadan besar lebih bernasib baik kerana kanak-kanak yang berbadan kecil takut kepada mereka. Tetapi, itu suatu masa dahulu. Sekarang, aku bertukar status. Kalau dahulu.. aku turut mengutip gula-gula, sekarang aku sudah menjadi tukang lempar gula-gula. Abang Joseph menyedarkan aku dari mengenangkan kisah dahulu. Sekarang aku hidup di alam realiti.

Akhirnya semua acara sudah diselesaikan. Ramai tetamu yang hadir sehingga katering terpaksa memasak lauk yang lain. Kali ini, tetamu tidak henti bertandang. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Tetamu yang terakhir sudah pulang. Tetamu yang tidak kenali siapa dirinya. Abang Joseph beritahu itu orang gila yang merayau-rayau. Aku mengarahkan Abang Joseph untuk mengejar orang itu dan memberikan sedikit hidangan kepada dia. Semoga Allah sentiasa bersama si gila itu.

aKU mASIH dARAWhere stories live. Discover now