Malam itu,
Shahrul Adam berasa bengang dengan Shahirah. Sudah hampir setengah jam kelibat Shahirah masih kelihatan. 'Ish janji pukul 9.00 ni dah 9.30. Hampeh betullah'. Getus Shahrul dalam hati. Kesabarannya semakin lama semakin hilang. Kalau diikutkan
mahu saja dia pergi dari situ. Namun hatinya tetap menyuruhnya bersabar dan terus menunggu."Hai, awak sorry lambat. Lama ke tunggu?". Shahirah yang baru sahaja memunculkan diri itu terus meminta maaf kepada Shahrul.
"Lembab lah kau ni. Dah dekat sejam aku tunggu. Ish lain kali kalau nak jumpa tepati masa lah. Kau ingat aku ni hamba kau ke nak tunggu kau lama-lama kat sini. Buang masa aku jelah". Ayat sinis Shahrul membuatkan Shahirah marah. Tahulah dia lambat tapi tak perlulah nak perli sampai macam tu sekali. Lagipun dia kan dah minta maaf. Ish sekeh kepala tu karang.
"Yelaa, tapi saya kan dah minta maaf". Balas Shahirah pula. Dia terus menarik kerusi di hadapan Shahrul melabuhkan punggungnya di atasnya.
" okey straight to the point. Kenapa kau nak jumpa aku ni?. Takkan dah rindu kot?". Hampir tergelak Shahrul melihat Shahirah yang kemerahan pipinya. Malu lah tu. Ish cepat betul blushing.
"Yekk.. Tolonglah. Nak jumpa pun saya tak sanggup. Apa lagi nak berinduan . Minta maaflah saya tak sudi". Shahirah terus menjawab dengan ayat lasernya. Ayatnya itu membuat muka Shahrul Adam bertukar merah menyala. Seperti baru sahaja tergigit wasabi.
"Amboi. Dahlah malas aku nak layan kau. Sampai esok pun tak habis. Cepat sikit. Kau nak cakap apa sebenarnya". Ice lemon tea yang dipesannya itu diminum. Matanya kembali tertancap pada wajah wanita dihadapannya itu.
Terpana sebentar apabila melihat Shahirah. Wajah gadis itu menawan hatinya.
"Awak!. Awak dengar ke tak ni?." Jari Shahirah mencuit sedikit lengan Shahrul yang termenung melihat dirinya.
"Hah?. Apa?. Sorry boleh kau ulang?". Malu deventar Shahrul. Namun terus dia cover mukanya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Saya tanya macam mana awak boleh setuju bak kahwin dengan saya?". Shahirah kembali menananyakan apa yang tersirat di dalam fikirannya. Dan dia nak bincang betul-betul adakah keputusan mereka ini benar ataupun tak. Dia tak nak menyesal nanti.
Baginya, sementara masih belum ada apa-apa ikatan yang sah lebih baik dia buat keputusan yang betul.
"Kau pulak kenapa setuju nak kahwin dengan aku?". Soalan tang ditanya itu rak dijawab malah dijawab dengan solan juga.
"Hmm.. Saya tanya awak. Awak tanya saya balik. Jawab saya dulu". Suaranya sengaja dikeraskan.
"Aku tanya kau kan. Kau jawab je lah. Susahlah perempuan ni". Dipaksa juga Shahirah untuk menjawab soalannya.
"Ish, yelah. Benci betullah. Saya setuju nak kahwin dengan awak sebab mak ayah kita yang mengharap. Saya tak boleh lah tengok diaorang menangis". Balas Shahirah dengan senafas sahaja.
"Oh. Ok. Samalah. Aku pun macam kau juga. Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau?. Minta maaf sangatlah". Shahirah membulatkan matanya memandang Shahrul. Tak perlulah sakitkan hati aku kan. Ish.
"So awak setuju lah?. Takde bantahan?. Kalau ada apa-apa lagi bak dibincangkan cepatlah. Saya taknak lah jadi punca pembuang masa awak. Awak ni kan busyman". Ujar Shahirah pula.
"Yeah setuju. No tak ada apa nak dibincangkan lagi. Oh ye. Kalau dalam masa setahun ni kau dengan aku still tak serasi ataupun aku still tak ada perasaan dekat kau. Aku akan ceraikan kau. I mean aku akan lepaskan kau". Ayat yang keluar dari mulut Shahrul itu membuatkan Shahirah terkejut.
"Asal muka kau terkejut macam tu sekali?. Kau dah start suka aku ke?. Sampai tak suka aku cakap pasal cerai ni?". Shahrul tersenyum sinis memandang Shahirah.
"Err tak adalah. Ok saya setuju. Kalau setahun kita kahwin tapi still tak sepadan, and kalau awak lupa janji awak tu, saya yang akan ingatkan". Walaupun dalam hatinya bagai disiat dengan parang, namun senyumannya tetap terukir. Dasar lelaki jahat. Kau ingat kahwin mainan ke?.
"Okey". Balasnya pendek. Shahrul terus bangun dari tempat duduknya lalu mengatur langkah ingin pulang. Dibiarkan sahaja Shahirah yang masih terduduk kaku. Dia tahu perkahwinan ni bukan lah satu permainan. Dia pun tak pasti sama ada janjinya untuk melepaskan Shahirah jika dia tak bahagia itu adalah perkara benar atau hanya mengikut egonya sahaja. Masakan tidak. Sekarang pun dia macam dah jatuh suka dengan Shahirah. Apatah lagi nanti apabila mereka sudah berumah tangga kelak.
#%\>€€!\+=\¥\€
Di rumah Shahirah,
"Shira,esok Shira cutikan?". Tanya Puan Sri Aminah apabila ternampak kelibat anaknya yang baru pulang dari berjumpa kawannya. Dia tidak tahu bahawa orang yang baru dijumpai anaknya itu ialah Shahrul. Shahirah sengaja tidak bagitahu mamanya. Takut ditanya macam-macam apa yang dibincangkan.
"Ermm, aah. Esok tak ada kelas. Kenapa ma?". Pelik Shahirah dengan soalan mamanya itu. Macam tak biasa je. Kan mamanya tahu dia free setiap hari sabtu dan ahad.
"Hah. Baguslah tu. Mama nak suruh kamu pergi cari baju pengantin dengan esok. Bolehkan?." Shahirah hanya mengangguk akur. Tak apalah bukannya pergi dengan orang lain. Dengan mamanya juga.
"Tapi dengan Shahrul. Bukan dengan mama". Kata-kata mamanya itu menghentikan langkah Shahirah untuk ke dapur bagi mengambil makanan". Mati-mati aku ingat pergi dengan mamanya. Bukan apa. Mamanya sudah janji akan menemankannya pergi mencari barang-barang persiapan majlis nikahnya.
Shahrul hanya akur dan tidak kisah dengan pilihan kami. Ikutlah nak warna apapun sebagai tema. Dia tidak mahu ikut serta memilih itu dan ini. Shahirah tahu Shahrul bukannya akur cuma dia tidak mahu ambil peduli dengan pernikahan ini.
"Mana boleh. Mama kan dah janji, mama yang akan teman Shira. Bukan Shahrul. Lagipun Shahrul bukannya nak teman Ira pun". Shahirah terus membalas kata-kata mamanya.
"Maaflah Shira. Mama bukannya nak mungkir janji mama. Cuma mama tak berapa sihatlah. Lagipun esok mama dengan Tengku Maria akan ke spa. Pergi berurut. Mama minta maaf ye. Mama dah call Rul dah. Dia kata dia akan ambil Shira esok". Shahirah hanya mengangguk lesu. Berat hatinya mengikut kehendak mamanya itu
"Yelah. Klah mama. Shira nak naik atas dulu nak mandi, solat then nak tidur. Gudnite mama. Muah sayang mama". Shahirah mencium pipi mamanya lalu terus naik ke biliknya.#*|?|¥ +•!€
Selesai menunaikan kewajipannya, Shira menghantar mesej whatsapp kepada Shahrul.
Salam. Betulke mama ada suruh awak datang ambil saya. Then gi cri bju pngantin?.
Tidak sampai 4 minit pun mesej sudahpun dibalas.
Aah, why?.
Tak ada apa-apalah. Takut mama tipu je. So awak betul-betul nak datanglah ni?.
Butang send ditekan. Beberapa minit, notification pun berbunyi lagi.
Asal? Kau ingat aku tipu mama kau ke?. Ke kau nak date dengan laki lain. Betullah. Tapi kalau kau ada date, bagitahu jelah aku tak payah datang.
'Ada ke patut dia kata aku ada date?. Boyfriend pun tak ada. Nak date dengan sape? Atuk aku?'
Tak adalah. K lah. Nak tidur
Shahirah yang baru saja ingin memejamkan matanya terjaga. Apabila terdengar notification. Dia membuka handphonennya kembali. Yes whatsapp from Shahrul
Ok, jangan lpe mimpi I. Love you.
Terkejut Shahira dengan mesej itu. Kembang sebentar hatinya. Namun senyumannya mati apabila terbaca datu lagi mesej yang masuk daripada Shahrul.
Kau percaya ke.. Haha mesti kembang dah tu. Saja je aku hantar. Nak mainkan kau. Memang taklah aku nak love kau. Kesian betullah kau ni.
Malas Shahirah melayan lelaki itu. Dia terus menutup phonennya lalu memejamkan matanya dengan seribu rasa sakit hati.
YOU ARE READING
Hello My Mr
RomancePerkahwinan antara Adrianna Shahirah dan Tengku Shahrul Adam yang dilakukan atas sebab ingin menjaga hati mama dan papa mereka dan juga untuk menguruskan syarikat kongsi papa dan mama mereka iaitu SS HOldings.