"Ira, mari sini cepat!...Tu uncle Hakim dengan aunty Maryam dah sampai" Ujar Puan Sri Aminah dari tingkat bawah rumah banglo mewahnya..
Suaranya terpaksa dikuatkan sedikit supaya anaknya dapat dengar dengan lebih jelas dan supaya dia tidak susah untuk memanggil anak daranya berulang-ulang kali. Maklumlah rumah banglo tiga tingkat,bilik anaknya pula di tingkat tiga.."Okey mama.. Kejap nak siap dah ni". Balas Shahirah lantang. Dalam hatinya memang malas mahu join perbincangan ini.. Lagi-lagi pasal syarikat milik ayahnya. Harap-haraplah mamat poyo tu tak ada. Kalau ada,tak aman hidup aku ni. Getus shahirah pula dalam hati. Dia memperkemas dress labuh berwarna pastel pink bersama tudung yang sama warnanya.
"Huh biarlah sekali-sekala aku jadi minah pinky bukan selalu pun". Ujarnya pula. Apabila berpuas hati menilik dirinya melalui cermin, barulah dia melangkah menuruni satu persatu anak tangga sehingga ke tingkat bawah yang menempatkan keluarganya dan keluarga kawan ayahnya yang bernama Tengku Hakim itu.
"Assalamualaikum aunty Maryam, aunty sihat? Lama tak jumpa.. " ujarnya penuh hemah dan ramah.
Dilihatnya, mamat poyo itu tidak ada sekali dengan mereka. Yang ada disitu hanya Aunty Maryam,Uncle Hakim dan dua orang anaknya yang bernama shuhada yang berumur 21 tahun dan Shahir yang berumur 25 tahun dan sekarang bekerja di syarikat ayahnya
'Yes bagus dia tak ada. Lega hati aku'. Getusnya dalam hatinya.
"Waalaikumussalam, aunty sihat. Aah lama kita tak jumpa rindu aunty dengan Shahirah. Besar dah rupanya.
"Haah,rindu juga aunty". Riuh sedikit rumah banglo milik Puan Sri Aminah itu dengan suara gelak tawa dan suara bual-bual antara mereka. Maklumlah sudah lama berkenalan dan sudah lama juga tidak bertemu, pasti banyak benda yang hendak dibualkan.
"Eh lupa pulak marilah semua kita ke dapur. Lepas ini kita sambung pulak berborak- borang dan sesi perbincangan kita". Ajak Puan Sri Aminah.
"Aah,marilah semua jemput makan apa yang dihidang". Pelawa Tan Sri Hazman pula. Mereka semua begerak ke dapur bagi menjamu selera. Shahirah uang baru sahaja ingin melangkah ke dapur, ternampak pintu masih belum lagi ditutup.Shahirah menukar arah langkahnya ingin menutup pintu.
Baru sahaja pintu ingin ditutup, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki memberi salam.
Shahirah menjawab salam yang diberi dan terus memalingkan mukanya terhadap lelaki yang berdiri di hadapan pintu itu.
'Ya allah ada juga mamat poyo terlebih ni?, ingat tak datang. Baru aku gembira dia tak datang, huh rupanya datang juga sabar ajelah' getus. shahirah dalam hati.
Dia terus melangkah pergi meninggalkan shahrul di belakang. Pintu itu sengaja dibuka.' Biar dia tutup sendiri'. Saja menyakitkan hati Shahrul.
"Kau tak suka aku datang rumah kau kan?". Ujar Shahrul dengan nada sinis. Shahirah memusingkan badannya memandang Shahrul sambil tersenyum manis.
"Memang saya tak suka awak datang rumah saya. Baru tadi gembira awak tak datang. Rupanya datang juga tetamu yang tak diundang ni". Ujar Shahirah pula. Kini giliran dia yang memanaskan hati Shahrul itu."Apa kau cakap? Aku ni tetamu yang tak diundang?. Untuk pengetahuan kau, sebab aku dipaksa datang sinilah aku datang. Kalau ikutkan dah aku tak nak sebab aku ada date with my belove girlfriend". Ujarnya pula. Kali ini lebih sinis lagi bahasanya. Muka syahirah sudah membahang. Rasanya macam kena celup je muka ni dalam sambal belacan buatan neneknya.
"Tak kisahlah awak ni diundang ke dipaksa ke.. Bagi saya awak tetap tetamu yang tak diundang lagipun...."
Ayat yang diucap oleh syahirah itu tadi tergantung sebaik sahaja ada satu suara yang menegur mereka berdua.
YOU ARE READING
Hello My Mr
RomantizmPerkahwinan antara Adrianna Shahirah dan Tengku Shahrul Adam yang dilakukan atas sebab ingin menjaga hati mama dan papa mereka dan juga untuk menguruskan syarikat kongsi papa dan mama mereka iaitu SS HOldings.