P-6

6.2K 465 6
                                    

Hampir sebulan Dian ditempatkan di Hospital Mewamas, iaitu salah satu hospital sakit jiwa yang terpencil. Keadaan Dian masih tidak stabil. Malah makin teruk. Dian sering menjerit dan memaklumkan bahawa Aqim akan datang padanya setiap malam.

Pelbagai jenis alternatif rawatan telah Adi dan Puan Laila jalankan ke atas Dian. Namun Dian tidak sembuh. Akhirnya Adi dan Puan Laila berserah dan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada doktor yang bertugas untuk menjaga Dian.

Oleh kerana Adi tidak sanggup melihat keadaan Dian, Adi mengambil keputusan untuk berhijrah ke Eropah buat sementara waktu untuk menenangkan perasaannya.

Adi menyimpan perasaan terhadap Dian telah lama, semenjak di bangku sekolah. Jadi, Adi tidak sanggup melihat keadaan Dian yang tidak terurus fizikal dan mentalnya. Puan Laila merestui kepergian Adi setelah beberapa kali Adi memujuknya.

Adi terus berangkat keesokkan harinya.

PSIKOWhere stories live. Discover now