Ignace baru sahaja selesai mandi. Walaupun hari sudah lewat malam dia tidak peduli. Tuala dicapai dan terus dililitkan pada paras pinggangnya membaluti bahagian bawah pusatnya sehinggalah ke lututnya. Pintu bilik air dibuka. Dengan basah-basah dia melangkah keluar."Iggy...." Nachel bersuara dingin. Bersilang tangan dan betul-betul berdiri dihadapan pintu bilik air.
"Nachel?" Terkejut pula Ignace apabila kakaknya berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik air.
"Malam ni aku tidur di atas katil kau dan kau tidur di atas kerusi sofa." Nachel memberi arahan untuk tidur bersama-bersama di dalam bilik Ignace. Lagipun di dalam bilik tidur Ignace terdapat sebuah kerusi sofa panjang.
Acantha kini sudahpun tidur di kamar tidur milik Nachel.
Sebaik sahaja tiba dirumah Ignace, Nachel terus merawat luka-luka pada kaki Acantha. Nachel merupakan seseorang yang pakar dalam ilmu perubatan. Selain itu, dirinya juga mempunyai kebolehan untuk merawat dengan menggunakan sihir.Acantha pula diberi pakaian tidur yang lebih selesa oleh Nachel. Namun gadis itu tidak banyak bercakap. Mungkin kerana terlalu letih. Usai sahaja dirawat gadis itu terus terlena.
"Ya, baiklah aku faham." Ignace mengangguk tanda faham. Dia kemudian terus berjalan menuju ke biliknya.
"Iggy, bukan itu sahaja. Kita perlu bercakap tentang Acantha." Nachel ikut dari belakang. Sakit pula hatinya Ignace buat tidak endah. Jalan pula dengan sisa-sisa air mandi dari tubuhnya yang menitis jatuh pada lantai. Kalau ada yang tergelincir macam mana?
"Esok je boleh tak? Aku penatlah." Setibanya di dalam kamarnya almari pakaian terus dibuka.
Nachel memutarkan bola matanya. Meluat dengan sikap Ignace yang tidak mengambil berat.
"Lagi satu, senjata aku yang kau ubahsuai tu teruk! Habis tangan aku kebas. Lain kali jangan sentuh hasil rekaan aku." Ignace membebel sambil menyarungkan kemeja tidak berkolar pada tubuhnya.
Nachel membuat muka bosan. Pada mulanya dia ingin membebel pada Ignace tentang gadis yang dibawanya pulang. Macam-macam perkara tidak diingini boleh berlaku dan kini dirinya pula yang dibebel Ignace. Bertuah punya adik.
☆
Malam begitu sunyi. Walaupun sunyi, tiba-tiba sahaja biji mata Ignace terbuka. Tengkuknya terasa sakit tidur di atas kerusi sofa yang tidak cukup panjang buat dirinya. Kakinya sebelah terpaksa dijuntaikan. Sebelah lagi pula dibiarkan menyentuh lantai yang beralaskan permaidani biru tua.
Ignace terus bangun dan menyandarkan belakangnya pada tempat penyandar. Dia menghembuskan keluhan. Sakit pula hatinya melihat Nachel tidur berselimut tebal di atas katilnya. Tidur pula bersama bantal yang empuk dikepala dan satu lagi bantal yang lebih besar dan empuk di dalam dakapannya.
Tapi salahnya juga. Kerana dia yang telah membawa Acantha pulang. Tapi bukan salah dirinya juga! Kalau bukan kerana dirinya pasti Acantha akan mati. Mati dibunuh. Kenapa..?
Kenapa..kenapa Acantha diburu oleh para pengawal?Tak apalah. Kalau difikirkan hal Acantha pasti tidak akan sudah walau sampai ke pagi. Esok Ignace bercadang ingin membantu Acantha mencari ahli keluarganya.
Terjaga tengah-tengah malam macam ni tiba-tiba terasa haus pula.
Ignace berdiri dan melangkah keluar dari kamar tidurnya. Ingin menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air.
Ignace melepasi kamar Nachel dan dirinya mendapati pintu bilik kamar tersebut terbuka luas.
"Kenapa pintu bilik Nachel terbuka luas? Rasanya pintu tutup tadi?" Ignace tertanya-tanya dengan pantas dia meninjau ke dalam kamar tersebut.
"Kosong?!" Biji matanya terbuntang luas. Tiada siapa sedang tidur di atas katil Nachel dan tiada siapapun di dalam kamar Nachel. Ke mana Acantha telah pergi?!
"Ignace...." Kedengaran tiba-tiba suara seseorang berbisik memanggil Ignace dari belakang. Ianya adalah milik suara Acantha.
"Tolong... selamatkan saya.." Air mata Acantha gugur.
YOU ARE READING
DARAH DURI
FantasyMalam itu sepi. Saat aku bersendirian di dalam hutan, aku didatangi dengan kehadiran seorang gadis yang secara tiba-tiba telah mendakap tubuh aku dari belakang. Dakapannya erat. Seorang gadis cantik berpakaian pengantin telah mendakap tubuh aku, da...