11 - RENUNGAN MATA ACANTHA

3.6K 308 26
                                    

"Ya, Acantha. Maaf. Saya kena pergi. Ada banyak perkara perlu diselesaikan." Ujar Nachel sambil mencebikkan bibirnya. Ada sesuatu yang tidak menggembirakan Nachel di tempat kerja. Barangkali perkara yang akan melibatkan nyawa pesakit. Nachel kelihatan seperti gadis yang kuat. Namun hatinya masih lagi memiliki sensitiviti. Dia mudah tersentuh.

Senyuman Acantha kendur. Malam ini juga Nachel tiada. Bosanlah. Lagipun Acantha tidak suka melihat mereka yang disayanginya berduka.

"Malam ni saya tak dapat balik tapi saya ada hadiah untuk awak." Nachel tersenyum menghulurkan sebuah kotak hadiah kepada Acantha.

"Untuk saya?" Acantha terpinga-pinga.

"Ya, ambilah. Saya beli untuk awak." Nachel memegang bahu Acantha.

"Terima kasih." Acantha tersenyum.

💙

Malam

Kamar tidur Nachel

Sebuah buku. Nachel telah menghadiahkan kepada Acantha sebuah buku cerita yang tebal.

Acantha tersenyum melihat hadiah yang diberi. Mujur. Baru-baru ini dirinya terasa sunyi. Nachel sibuk dengan kerjanya.

Dan Ignace pula. Terlalu banyak menghabiskan masa di dalam kamarnya. Memikirkan rekaan senjata bersihir yang perlu disiapkan. Dan Ignace seolah-olah telah berubah.

Ignace seolah-olah tidak mahu bertembung dengan Acantha.

Ignace seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak bertemu dengan dirinya.

Sedikit sebanyak. Perkara itu telah melukakan hatinya.

Kenapa? Adakah kerana Acantha adalah beban buat Ignace?

Acantha tidak mahu memikirkannya. Buku cerita yang baru diterima daripada Nachel dibuka dan dibaca.

💙

Kamar Tidur Ignace

Kepala Ignace terbaring di atas meja. Matanya jelas kelihatan letih.

Kertas di atas meja diramas. Tidak. Ignace tidak berpuas hati dengan rekaannya.

Kepalanya diangkat. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Nafas dihembuskan. Kertas dilemparkan pada arah tong sampah kecil. Ianya tersasar. Kelihatan banyak kertas-kertas yang diramas bersepah di atas lantai yang beralas dengan permaidani biru tua.

Inspirasinya tidak datang.

Mata zamrudnya kemudian melirik pada jam kayu yang terletak di atas meja.

Pukul 11:45 malam. Mungkin Nachel sudah pulang.

Aku nak keluar kejaplah malam ni.

Ignace bermonolog.

Dirinya ingin keluar mengambil angin. Mencari inspirasi dan motovasi. Duduk dalam bilik boleh tepu otak dibuatnya.

💙

"Nachel tak balik lagi?! Tak guna betul. Lambat betul. Aku nak keluar kejap pun susah." Ignace berdiri berhampiran dengan pintu utama. Kasut Nachel tiada. Ignace mencapai kot kulit hitam dan diletakkan pada lengannya. Tunggu sekejaplah sehingga Nachel pulang.

"Ignace..." Acantha memanggil perlahan nama lelaki itu. Risau pula sekiranya Ignace tidak melayannya.

"Acantha?" Ignace merenung mata jingga milik Acantha dan ternyata pandangan mata gadis itu memukaukan. "Kenapa tak tidur lagi?" Ignace mengalihkan pandangan matanya. Tidak sanggup dan tidak mampu dia bertentang mata.

Acantha terkedu seketika. Terasa seolah-olah Ignace tidak suka bertembung dengan dirinya. Apatah lagi melihat wajahnya.

"Nachel tak balik hari ni." Ujar Acantha perlahan. Dirinya tidak sempat memberitahu Ignace. Ignace terlalu asyik dengan rekaannya.

"Apa?" Dahi Ignace berkerut. Kenapa tak beritahu? Tak guna. Segala rancangan aku terbatal. Tak adil. Kenapa aku seorang sahaja terpaksa duduk di rumah.

"Ignace.. maafkan saya sekiranya saya mengganggu awak. " Tiba-tiba itu yang terkeluar daripada mulut Acantha. Dirinya ternyata adalah beban buat Ignace. Kerana dirinya. Ignace tidak bebas untuk bergerak.

Ignace tersentak. Tidak. Acantha terasa hati? Adakah Acantha mampu membaca suara hatinya? Ignace tidak bermaksud begitu.

Matanya lantas merenung Acantha. Sejujurnya Ignace tidak mahu meninggalkan Acantha seorang diri. Dia tidak mahu sebarang bahaya menimpa gadis itu. Apatah lagi gadis itu terpaksa bersendirian.

"Acantha, awak tak mengganggu saya pun." Ignace sendiri tidak yakin sama ada dirinya jujur mahupun tidak. Dirinya menerima kehadiran Acantha. Kehadiran Acantha tidak mengganggu dirinya. Langsung tidak. Cuma Ignace terasa kehadiran Acantha telah mengganggu perasaannya. Acantha barangkali sudah melangkah masuk ke dalam hatinya.

Aduh!

"Ignace. Jangan risau. Saya boleh jaga diri. " Acantha tersenyum kelat. Cuba meyakinkan Ignace. Entah kenapa hatinya terasa sedih apabila meraskan dirinya beban buat Ignace.

Lelaki itu kemudian melangkah menghampiri Acantha.

Acantha mendongakkan kepalanya. Merenung wajah lelaki itu.

Ignace membalas renungan gadis itu.

Kali ini entah kenapa Ignac memiliki kekuatan untuk mata gadis itu.

Lama mereka bertentang mata.

Namun, Ignace kalah. Renungan mata jingga milik Acantha terlalu memukau. Lelaki itu mengalihkan pandangan matanya.

Acantha menggigit bibirnya. Sedih. Acantha menundukkan pandangan wajahnya. Ya, barangkali dirinya telah mengganggu Ignace. Apa yang hendak dilakukan terpaksa ditunda kerana dirinya.

Tiba-tiba kot hitam dibuka dan diletakkan pada bahu Acantha.
Acanta terpinga-pinga. Kepalanya mendongak memandang Ignace.

"Acantha, sudi tak keluar dengan saya?"

DARAH DURIWhere stories live. Discover now