Bab 2

103 1 0
                                    

Sesudah sahaja mereka habis makan, Zayn dan Zara sedang berada di dalam kereta. Zayn menghidupkan enjin kereta dan memandang ke arah kirinya di mana adiknya sedang berada.

"So?" Soal Zayn perlahan. Seperti berbisik pun ada juga.

"So apa?" Soalan Zayn dibalas dengan soalan juga. Itu bermakna adiknya tidak memahani soalannya. "So kita nak pergi ke mana dulu? Tesco? Paradigm Mall?" Tanya Zayn dengan bibirnya menguntumkan senyuman.

"Paradigm Mall." balas Zara.

"Okey." Zayn segera menekan pedal. Suasana di dalam kereta itu agak sunyi kerana kedua-duanya tidak tahu hendak bercakap apa. Yang kedengaran hanyalah lirikan lagu yang keluar dari radio.

"So, adik dah nak 17 tahun kan?" Soal Zayn dengan matanya fokus di hadapan.

Zara mengangkat bahunya dan mengangguk, "Ha'ah. Kenapa?"

"Well, dalam beberapa bulan lagi kawan-kawan abang dari England akan datang untuk melawat atau melancong katanya. Jadi, abang ingat adik boleh jumpa jumpa ke atau chit chat sikit ke.."

"Dari England? Yang abang pernah bagitau adik yang diorang tu penyanyi sekali dengan abang?" Soal Zara dengan kening bertaut.

"Iye. Sebenarnya abang dengan kawan-kawan abang dah tubuhkan satu band. Nama dia One Direction. Itupun terpaksa tubuhkan sebab salah seorang juri dalam pertandingan X Factor tu yang suruh kalau tidak disingkirkan dan balik ke rumah." Terang Zayn.

"Oh, Zara terlupa yang abang pernah masuk pertandingan X Factor tu sementara abang menetap dekat England. Tapi nama band tu macam pernah dengar je." Zara memeluk tubuh dan matanya memandang ke atas cuba untuk mengingati semula dari mana dia pernah mendengar nama band itu.

"Masuk YouTube ehh?" tanya Zayn dengan sengihan di bibirnya.

"Hah! Itulah dia. Masuk dalam YouTube. Ramai jugak viewers. Lebih kurang 100 juta.!" Dengan terujanya Zara berkata. Dia memang agak teruja apabila dia tersedar bahawa abangnya juga terbabit dalam band tu. Fikirnya dia tersalah orang apabila melihat wajah abangnya di dalam YouTube. Lebih-lebih band itu memang amat terkenal di England dan Amerika. Tetapi di Malaysia mungkin jarang sikit.

"Tajuk lagu dia tu... apa entah. Tak ingatlah. What Makes... What Make..." belum sempat Zara menghabiskan percakapannya, Zayn sudah memotong.

"What Makes You Beautiful."

"Hah! Video tu memang jadi viral dalam YouTube sejak ranking viewers dia melebihi 100 juta. Jadi maknanya ada hikmahlah disebalik salah seorang juri yang suruh abang dengan kawan-kawan abang untuk bergabung jadi satu band. Mungkin juri tu dapat bayangkan masa depan cerah abang dan kawan-kawan dan sebab itulah dia buat apa yang sepatutnya dibuat." Ujar Zara dengan lebar.

Zayn hanya mengangguk kepalanya tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan adiknya. Mungkin betul juri itu dapat lihat masa depannya dan membuat keputusan yang mengejutkan. Pada awalnya dia pun tidak sangka yang dia akan diterima untuk masuk ke dalam rancangan X Factor itu hanya dengan nyanyiannya. Sehinggalah dia bertemu dengan beberapa orang yang sertai rancangan itu juga dan dia hampir kenal dengan semua orang.

"Tak sangka dah sampai rupanya kita." Kata Zara apabila dia perasan bahawa dia terlampau berbual dengan abangnya sehinggakan tidak sedar yang mereka sudah sampai. Kata-kata Zara membuatkan Zayn mengalihkan pandangannya dari hadapan dan memandang adiknya dengan wajah yang serius.

"Sampai tu memang sampai tapi tempat parking ni tak jumpa-jumpa lagi. Hari ni banyak pulak kereta yang dah ambil tempat." Zayn kedengaran seperti membebel sendirian tetapi matanya masih juga memandang ke arah Zara.

"Esok kan dah mula sekolah untuk semua pelajar. Mestilah semua ibu bapa pun kalut nak beli barang-baran untuk anak-anak diorang." Balas Zara yang cuba untuk menahan ketawanya mendengarkan bebelan Zayn yang masih berterusan.

"Alhamdulilah. Jumpa jugak tempat parking yang sesuai. Nak cari bukan main payah lagi." Bebel Zayn lagi.

Zayn mula memperlahankan kereta dan mematikan enjin. Setelah mereka memarkirkan kereta di tempat parkir yang sesuai, Zara segera keluar dari kereta dan meregangkan badan seperti dia sudah duduk di dalam kereta itu selama beberapa hari sedangkan mereka hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk sampai ke Paradigm Mall.

"Laa... duduk dalam kereta tak sampai satu jam pun dah siap duk streching pulak." Sindir Zayn yang baru keluar dari dalam kereta dengan memakai cermin mata hitam.

"Abang tu lainlah. Dapat gerakkan tangan untuk pegang stereng tu. Adik ni duduk diam je pandang kiri, kanan, depan." Balas Zara dengan nada tidak berpuas hati.

"Tak lama lagi dapatlah lesen tu. Jom masuk dalam." Kata Zayn lalu menarik tangan adiknya dan mereka masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.

Masuk saja ke dalam, mereka menghala laluan ke arah tangga untuk ke tingkat atas berbanding menaiki eskalator. "Tak nak naik eskalator ke?" soal Zayn dengan kening sebelahnya terangkat.

"Tak maulah. Seram." Zara membuat muka seperti ketakutan. Zayn pula hanya ketawa. Dia memang tahu akan ketakutan Zara pada eskalator. Adiknya itu bukannya sejenis yang takutkan tanggan bergerak, tetapi selepas mendengar kejadian kemalangan yang membabitkan tangga bergerak di dalam sosial media, dia mula rasa trauma.

____________________________

"Abang tak rasa seram ke?" Soal Zara kepada Zayn apabila dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Zayn yang sedang mengunyah makanan segera menelannya dan menyedut jus oren yang berada di atas meja. "Nak rasa seram kenapa pulak?"

"Orang belakang abang tu asyik tenung abang je. Lepastu mata diorang tu sekejap dekat adik, sekejap dekat abang." Kata Zara. Kening Zayn bertaut lalu dia memandang ke belakangnya dan memdapati ada sekumpulan remaja perempuan yang sama umur seperti Zara sedang memandang dia. Apabila Zayn dapat menangkap pandangan mereka, mereka terkejut lalu berpura-pura memandang ke tempat lain.

Perbuatan mereka itu membuatkan Zayn menyeringai. Sekumpulan remaja perempuan itu memandang Zayn lagi, tetapi dengan senyuman tersipu-sipu malu. Zayn membalasnya dengan senyuman serta kenyitan mata.

Dia segera memandang kembali Zara dengan senyuman. "Mungkin mereka pernah nampak abang dekat mana-mana kut. Tak payah risaulah. Yang paling risau ni, adik pun tak rasa seram juga ke?"

Zara berasa keliru dengan soalan itu. Zayn menjuihkan bibirnya ke arah belakang Zara dan membuatkan dia mengikuti arah yang ditunjuk abangnya. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada sekumpulan remaja lelaki yang lebih kurang sama dengan umurnya sedang memandangnya dengan mengenyitkan mata.

Zara segera menoleh semula ke hadapan dan dia tak mahu pandang ke belakang semula. Zayn ketawa perlahan.

"Nampaknya kita sama. Ada orang duk pandang kita. Tapi mereka tahu kan tak sopan kalau tenung lama-lama." Ujar Zayn dengan sisa ketawanya lagi.

Zayn's Kind Soul (Zayn Malik FanFic)Where stories live. Discover now