Bab 4

142 4 0
                                    

"Okey, dah sampai. Awal lagi ni." Ujar Zayn apabila kereta BMW miliknya berhenti berhampiran dengan kawasan sekolah.

Kata-kata Zayn tidak mendapat respon apabila dia melihat bahawa adiknya sedang termenung pada sekolah sahaja.

"Hui!" Zayn mencuit pipi Zara membuatkan Zara terkejut melompat di tempat duduknya.

"Kenapa duk menung lagi tu?"

Zara memandang ke luar cermin. Beberapa orang pelajar sedang berjalan menuju ke pagar sekolah dan dia masih lagi tercegat di dalam kereta.

Zayn mengeluh. "Nervous? Jangan risaulah. Abang pun pernah rasa semua tu. Dah cepat. Nanti lambat pula." Zara segera menyalam tangan abangnya dan membuka pintu kereta lalu melambai ke arah Zayn yang berada di dalam kereta dengan cermin kereta diturunkan sedikit.

"Belajar elok-elok. Jangan nakal!"

"Abang yang nakal!" balas Zara dengan senyuman. Zayn tersenyum juga dengan tigkah laku adiknya.

"Lebih kurang macam aku juga masa nak ke sekolah first time." Kata Zayn lalu dia menekan pedal kemudian meninggalkan perkarangan sekolah itu.

___________________________

Zara berjalan menerusi pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan selepas dia membelok ke kanan, akhirnya dia dapat jumpa kelasnya. 5 Melur.

Zara melangkah masuk dan dia mendapati ramai pelajar yang sudah mendapat tempat duduk. Ada dua tempat duduk yang kosong dan dia segera pergi mendapatkan tempat itu. Rasa letih datang menyelubungi dirinya kerana dia sudah penat berjalan sana sini unuk mencari kelasnya.

Kerusi kosong di sebelahnya ditarik menandakan ada seseorang hendak duduk.

"Hai! Kau pelajar baru ke?" Soal pelajar perempuan yang berpakaian kemas dengan senyuman.

Zara hanya membalas senyuman dan mengangguk. "Nama aku Sarah. Apa nama kau?"

"Zara." Pendek sahaja yang dibalas Zara. Jauh di sudut hati Zara, dia berasa lega kerana ada juga seseorang yang peramah ingin berkenalan dengannya.

Sarah ingin bertanya sesuatu tetapi seorang guru perempuan yang kelihatan agak muda datang dan memasuki ke dalam kelas. Beliau meletakkan buku yang dipegangnya di atas meja yang dikhaskan untuk guru lalu berkata, "Assalamualaikum, semua."

Kesemua pelajar berdiri dan menjawab, " Waalaikumusalam, cikgu!"

Guru perempuan itu memandang kesemua wajah yang sedang berdiri di hadapannya. "Baiklah, duduk."

"Kesemuanya nampak ceria aje kan? Biasalah, hari pertama sekolah memang macam tu. Bila dah lama-lama jadi bosan kan? Cikgu pun pernah rasa macam tu." Kata guru perempuan iti disambut dengan gelak tawa pelajar-pelajar.

"Okey, cikgu perkenalkan diri dulu. Nama cikgu, Alisya Binti Kamal. Jadi panggil sajalah Cikgu Alisya. Umur Cikgu baru masuk 25 tahun. Cikgu belum lagi berkahwin. Iyelah kan, jodoh tak sampai lagi. Cikgu guru kelas kamu dan Cikgu akan ajar matapelajaran Bahasa Melayu." Zara tersenyum dengan kata-kata Cikgu Alisya.

"Baiklah. Cikgu dah perkenalkan diri Cikgu. Sekarang ni giliran kamu semua pula perkenalkan diri kamu pada Cikgu. Cikgu nak tanya nama dan tarikh lahir." Kata-kata Cikgu Alisya membuatkan semua pelajar tergamam.

"Aik? Takkan malu kut. Dah besar kan. Mesti tahu cara nak perkenalkan diri. Okey, mula dari sana." Cikgu Alisya menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki.

Pelajar lelaki yang mempunyai kening tebal itu berdiri dan berkata, "Nama saya Nuwair Tufail Bin Alwan Shah. Tarikh lahir saya 25 Disember." Kemudian dia duduk.

Pelajar lelaki di sebelahnya pula berdiri. "Nama saya Ahmad Safwan Bin Rafiqin. Tarikh lahir saya 1 April."

Seorang demi seorang pelajar berdiri untuk memperkenalkan diri mereka. Sarah berdiri dan berkata," Nama saya Nurul Sarah Binti Ukasyah. Tarikh lahir saya 13 Februari."

Dan tibalah giliran Zara. Dengan gementarnya dia berdiri. "Nama saya Zara Azad Binti Malik. Tarikh lahir 12 Januari." Selepas Zara berkata begitu, pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas berbunyi.

"Jadi maknanya kamu seorang sajalah yang lahir pada bulan Januari." Ujar Cikgu Alisya.

"So, Zara ni ibaratkan kakak kepada kamu semua sebab dia lagi tua dari kamu semua. Ingat tu." Cikgu Alisya memberi amaran dengan wajah yang ceria.

Kemudian mereka meneruskan dengan pembelajaran mereka yang pertama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zayn's Kind Soul (Zayn Malik FanFic)Where stories live. Discover now