Bab.Lima

198 9 3
                                    

SUNYI sepi menyambut kehadiranku ketika aku melangkah memasuki dewan Kuliah B.

Jam yang tergantung pada dinding dewan aku tatap. Awal 5 minit daripada masa yang ditetapkan. Mereka tak datang lagi agaknya.

Aku mendaki anak-anak tangga yang membawa aku ke ruangan tengah dewan. Sling bag aku letakkan atas kerusi yang kosong.

Aku meliarkan pandangan mata ke ruangan bawah dewan. Kalau mereka lambat, aku tak mahu tunggu.

Oh tolonglah, bersendirian di dalam dewan kuliah yang tersangat besar yang besarnya separuh daripada stadium bola!
Aku menjerit, sampai ke kafe pun dah boleh dengar!

Peduli apa aku kalau mereka bengang. Dah kira baik aku sudi menunggu mereka.

Nasib baiklah sejuk dengan penghawa dingin! Tak adalah aku berpanas di dalam ni sementara menunggu. Kalau tak aku fikirkan, aku kena menghadap dekan jika tak turutkan arahan mereka, bayang aku pun tak sudi datang! Huahaha!

Aku tempatkan punggung atas kerusi dengan kaki yang bersilang dan tergantung pada kerusi hadapan. Sling bag aku tarik rapat ke perut. Buat bantal pemeluk. Beg pun bolehlah. Asal sedap dipeluk. Kepala pula aku cuba sandarkan se-selesa yang mungkin.

Heavennya dapat tidur kejap. Nak pula, dengan deruan manja penghawa dingin. Buatkan mata ku dipaksa untuk tutup. Very naughty ah you aircond! Huehehe.

Sekilas aku memandang pintu masuk dewan kuliah. Tiada tanda-tanda akan terbuka dan dibuka.

Okay, adios!

GELAP seketika pandangan mata ku. Oh, rambut! Dengan pantas, rambut yang jatuh ke muka disebak ke belakang. Lah, aku ingatkan dah terbang mengecap awan tadi.

Bila mata dipejam segala masalah pun turut terbang!

Tapi yang kini terbentang di mata, hanya aku sendirian dengan ditemani kerusi, meja dan penghawa dingin di dalam sebuah dewan yang besar! Gelap pula tu dalam ni.

Nak pergi je ke? Kalau mereka datang sekejap lagi macam mana? Bagi alasan yang aku dah tunggu tapi mereka yang lambat jadi aku pun baliklah.

Brrr! Tentunya mereka tak percaya.

Aku bangkit berdiri untuk mencari suis lampu. Langkah kakiku mati dengan sekujur tubuhku bergetar hebat.
Dewan yang tadinya suram tiba-tiba disimbahi dengan cahaya lampu. Bermula daripada ruangan bawah sehinggalah ke ruangan tengah sebelum ke tempat duduk yang paling teratas.

Oh Tuhan, siapa pula yang bukakan lampu ni?

"Nyenyak tidur?" Satu suara lelaki menyentuh peluput telinga. Bicaranya jelas menyindirku.

Aku gigit bibir. Kelibat orang yang bersuara tidak kelihatan pula di mana-mana! Han-? Oh no way! Akal yang mula memikirkan perkara negatif cepat-cepat dibuang jauh.

"Tertidur. Bukan saja-saja nak tidur!" Laju saja aku menyangkal. Entahlah siapa. Harapnya, oranglah!

"Yakah? Pelajar bermasalah seperti awak ada saja alasannya! Nak selamatkan diri, menipu pun sanggup!" Dia pula menukas aku.

Lidahku terasa pedih. Sangat tepat! Tepat hingga aku rasa seram sejuk. Bagaimana pula dia tahu sedangkan ketika aku sampai tadi tidak kelihatan pula siapa-siapa!

"Eh tak baik tau menuduh!" Aku psiko dia.

"Saya tak buta untuk melihat segalanya..."

Gulp! Bulu roma aku meremang. Hampir-hampir saja aku terjelopok ke lantai! Mamiku!

Sah! Sah bukan manusia ni. Tak ada keraguan lagi. Tanganku meraba kerusi dan mencapai pantas sling beg. Dengan bukaan langkah kaki yang besar, aku buru-buru berlari menuju ke pintu keluar.

Ah, kenapa rasa macam makin banyak pula tangga-tangga ni? Stres aku! Please please cepat!

Aku hilang kawalan apabila satu benda yang keras berlanggaran dengan tubuhku. Oh Tuhan! Jatuh terduduk aku mencium tangga yang beralaskan ambal tebal.

Kebasnya punggung aku! Sakitnya buat aku nak menangis. Tetapi aku tak peduli. Aku pantas menukar arah. Cepat-cepat aku merangkak memanjat anak-anak tangga untuk ke atas.

"Eh nak ke mana tu?"

Gulp! Dia bersuara pula! Tubuhku mati. Aku terbaring ke lantai.

Dalam gerakan yang lambat, aku membawa lutut rapat ke dada. Seboleh yang mungkin aku kecilkan diri. Dua belah tangan aku satukan untuk memohon maaf.

"Maafkan saya. Jangan buat apa- apa pada saya. Saya belum kahwin lagi. Kasihanilah pada suami saya. Saya janji, saya akan minta izin terlebih dahulu kalau  masuk ke kawasan awak. Maafkan saya..." menggigil-gigil tangan yang memohon maaf. Suara aku juga kedengaran bergetar ketakutan. Ah, hilang vogueku!

"Bangun!" Ewah, mengarah aku pula hantu ni!

Pantas, aku gelengkan kepala. Tak mahu aku. Dia nak aku tatap mukanya yang retak sini sana tu? Mahu hilang juga perut aku!

"Tak, saya takut. Sayaa... Saya mohon janganlah awak ganggu. Pergilah cari orang lain!"

Jelas pada pendengaranku dia mendengus. Hantu pun rasa penat bila berdepan dengan aku! Huahaha..

"Saya tak menganggu, jika awak tak merapu!"

Macam mana aku tak merapu, kalau dia buat permintaan yang aku tak mampu buat! Maigad, jangan menangis Riha!

"Saya mohon maaf. Maafkan sayaaa..." mulutku terus meracau. Berkali-kali memohon maaf tanpa henti.

"Bangun!"

"Tak, awak kena maafkan saya dulu."

"Rihadatul Rihana!"

Sepotong nama aku bergema kuat di dalam dewan kuliah. Aku tersentak dan tersenyap. Perlahan-lahan aku memandangnya.

Oh Tuhan! Rahangku jatuh. Tak berkelip sepasang mata aku menatapnya...

Tell me can a ghost look so freaking hot?!

"Date with me YES?" Mulutku terlepas...

"Bangun!"

Gulp! Dia reject aku!

******************************
Don't forget to vote after reading. Perhaps you may drop your comment about the story! Give me your supports! ;)

Aku Isteri Untuk DicintaiWhere stories live. Discover now