21

3.2K 199 9
                                    

Kai : uhuukk! Uhuukk!

Kai tersedak mendengar soalan ji hyo sehingga tersembur makanan yang dimakannya. Nasib baik tak kena muka ji hyo.

Ji hyo : eh, kenapa sampai tersedak ni? Awak okay tak?

Ji hyo menuang air ke dalam gelas dan memberikannya kepada kai. Kai ambil dan terus minum. Ji hyo menepuk-nepuk badan belakang kai untuk melegakannya.

Setelah minum air segelas barulah kai okay semula.

Ji hyo : awak okay tak? Nak air lagi?

Kai : kau tak payah sibuklah aku okay ke tak.

Ji hyo pelik dengan perubahan kai. Baru sekejap tadi dia okay. Sekarang moody pula.

Kai bangun dan meninggalkan meja makan. Hasratnya untuk masuk ke bilik terbantut apabila dia mendengar percakapan ji hyo.

Ji hyo : saya ni cuma ambil berat pasal awak je. Kalau awak sakit saya jugak yang susah kena jaga awak. Sebab awak tu majikan saya. Kalau jadi apa-apa dekat awak, saya yang akan disalahkan sebab tak jaga awak.

Ji hyo terlalu geram dengan perangai kai yang selalu mahu marah-marah dengan dia. Lalu ji hyo pun keluar dari rumah itu.

Kai yang melihat cuba untuk memanggilnya tetapi tidak diendahkan.

Kai : kau nak pergi mana tu? Ji hyo!

Kai mula dibelenggu rasa bersalah. Dia keluar untuk mendapatkan ji hyo. Ternyata ji hyo cuma duduk di kerusi yang ada di halaman rumah.

Kai : fuh! Nasib baik dia tak lari.

Kai menghampiri ji hyo dan duduk di sebelahnya.

Kai : sorry...

Ji hyo buat tidak tahu.

Kai : dengar tak?

Ji hyo buat tidak tahu lagi. Dia lebih suka memandang sekitar rumah daripada mendengar percakapan kai.

Kai : err... aku tau aku salah. Sorrylah. Kau tau kan aku macam mana.

Ji hyo bertahan lagi. Dia buat tidak tahu.

Kai : woi!*tolak bahu ji hyo* kau dengar ke tak?

Ji hyo : apa ni? Main tolak-tolak pulak.

Kai : habis dah aku cakap kau buat bodoh je.

Ji hyo : awak cakap apa? Saya tak dengar pun.

Ji hyo sengaja mengenakan kai. Yang sebenarnya dia dengar semua apa yang kai cakap sebentar tadi. Kai mengambil nafas sedalam dalamnya dan ulang semula apa yang dia cakap mula-mula tadi.

Kai : aku cakap aku minta maaf. Aku tau aku salah. Lagipun kau kan tau aku macam mana. Macam kau cakap. Hobi aku marah orang. So, takkan itu pun nak merajuk?

Ji hyo : eh, siapa cakap saya merajuk? Mana ada saya merajuk.

Kai : dah tu yang kau duduk sini buata apa?

Ji hyo : saya nak cari ketenangan. Daripada duduk dekat dalam tu dengan orang yang suka marah-marah. Menyakitkan hati orang je tau.

Kai : suka hati kaulah. Janji aku dah minta maaf.

Kai bangun dan berjalan masuk ke dalam.

Ji hyo : pujuk macam tu je? Baik tak payah pujuk.

Kai tidak sengaja mendengar bebelan ji hyo. Dia masuk ke dalam dan mengambil kunci kereta. Dia mendekati ji hyo semula dan menarik tangannya. Ji hyo terkejut.

Ji hyo : awak tarik saya nak pergi mana ni?

Kai tidak menjawab sebaliknya menolak ji hyo masuk ke dalam kereta. Kebetulan keretanya yang rosak telah dibaik pulih semula.

Ji hyo : kita nak pergi mana ni? Awak? Dengar tak? Takkanlah telinga awak dah pekak kot?

Kai : kau senyap sekejap boleh tak? Bising ajelah.

Ji hyo : yelah. Kalau orang tanya tu cuba jawab. Kita nak pergi mana ni?

Kai : adalah.

Ji hyo buntu. Entah mana pula kai nak bawa dia.

I Love You MAIDWhere stories live. Discover now