Chance

3K 165 6
                                    

Hanbin masih tidak dapat melupakan sewaktu ji hyo menolak untuk menjadi girlfriendnya.

Pada mulanya dia berasa marah tetapi kemudian dia faham yang cinta tidak boleh dipaksa.

Dia mula berfikir apa yang ji hyo bisikkan padanya waktu itu.

Ji hyo : seolhyun dah lama tunggu awak. Jangan hampakan dia. Dia dah betul-betul berubah.

Hanbin : sekarang aku kena cuba untuk sukakan orang lain. Takkan aku nak mengharapkan orang yang tak suka dengan aku? Aku kena bagi seolhyun peluang.

Keesokkannya di sekolah...

Sewaktu hanbin datang, dia terdengar ada pelajar yang sedang bercerita tentang dia dan ji hyo sewaktu jamuan makan sabtu lepas.

Dia sedaya upaya untuk buat-buat tidak dengar apa yang pelajar tersebut cakap. Dia terus sahaja masuk ke dalam kelas.

Kemudian disapa oleh ji hyo yang baru sahaja datang.

Ji hyo : hi hanbin!

Hanbin sekadar senyum memandang ji hyo.

Ji hyo : awak masih marah dekat saya ke pasal hari tu?

Hanbin : takdelah. Saya cuma...

Hanbin pandang ke arah pelajar yang sedang berbisik-bisik sambil memandang ke arah mereka.

Hanbin : saya okaylah.

Ji hyo : kejap eh.

Ji hyo terus berlalu dan pergi ke arah pelajar yang sedang berbisik itu.

Ji hyo : hi, tengah gosip pasal apa tu? Boleh aku join?

Pelajar tersebut memandang ji hyo pelik. Yelah takkan orang yang sedang digosipkan nak join dia orang bergosip.

Ji hyo : lain kali jangan sibuk hal orang. Tak pernah nampak orang kena reject ke? Cuba kau yang kena reject and orang lain bercakap pasal kau kena reject? Apa perasaan kau? So pleaselah. Mind you own business.

Pelajar itu terkedu mendengar percakapan ji hyo. Ji hyo terus sahaja beredar dari situ.

Hanbin yang menjadi pemerhati dari tadi tersenyum apabila ji hyo sanggup membelanya.

Hanbin : thanks sebab sanggup bela saya.

Ji hyo : alah benda kecil je. Jangan risau lepas ni kalau dia orang bercakap lagi pasal awak, biar saya belasah dia orang.

Hanbin : amboi, sekarang nak jadi gengster pulak?

Ji hyo : heheh.... okaylah saya duduk tempat saya dulu.

Sebaik sahaja ji hyo duduk di tempatnya, jessica terus menyoal siasatnya.

Jessica : kau okay tak? Kenapa kau tolak cinta hanbin? Kau suka siapa sebenarnya? Ke kau dah ada boyfriend? Kalau ada siapa? Kau pergi mana lepas kau....

Ji hyo : jessica! Banyaknya soalan kau. Baik kau buat kertas soalan and bagi aku jawab, macam exam. Kan senang. Ini tidak. Tanya tak ingat dunia.

Jessica : heheh... sorry... so sekarang cerita dekat aku.

Ji hyo : kau nak aku cerita apa?

Jessica : alah kau ni buat-buat tak tau pulak. Ceritalah kenapa kau reject hanbin.

Ji hyo : hish kau ni. Ada je yang nak tau. Aku reject dia sebab aku anggap dia sebagai seorang kawan jelah. Dah dah cikgu dah masuk dah tu.

Waktu rehat...

Hanbin makan seorang diri di meja makan yang terletak di hujung kantin. Dia mahu jauh dari kebisingan pelajar-pelajar sekolah itu. Dia mahukan ketenangan.

Tiba-tiba dia didatangi oleh seseorang.

? : boleh i duduk?

Hanbin : seolhyun. Duduklah.

Seolhyun : terima kasih.

Mereka menikmati makanan mereka tanpa sepatah kata. Kemudian seolhyun bertanya kepada hanbin untuk memecahkan kesunyian di antara mereka.

Seolhyun : are you okay?

Hanbin : kenapa? I nampak tak okay ke?

Seolhyun : taklah. Cuma...

Hanbin : i okay. You janganlah risau.

Seolhyun mengangguk dengan senyuman.

Hanbin : you, i sebenarnya....

Seolhyun : sebenarnya apa?

Hanbin : i sebenarnya nak kenal dengan you lebih rapat. Itu pun kalau you sudilah.

Seolhyun : hanbin i tak kisah kalau you nak kenal i dengan lebih rapat cuma...

Hanbin : cuma apa?

Seolhyun : i tak nak you gunakan i semata-mata untuk lupalan ji hyo. I bukan barang untuk diguna-gunakan.

Hanbin : you jangan salah faham. I bukan gunakan you. I betul-betul ikhlas nak kenal you.

Seolhyun : okaylah kalau macam tu. So kita nak mula dari mana?

Hanbin : kita perkenalkan diri masing-masing. Macam kita baru jumpa. You start dulu.

Seolhyun : okay. My name is kim seol hyun. Just call me seolhyun. And you?

Hanbin : my name is kim hanbin. Just call me hanbin. Tapi kalau you kena panggil i baby.

Seolhyun : baby? Kenapa pulak?

Hanbin : sebab i kan cute. Hahah...

Mereka mula rapat sejak dari situ. Mereka semakin kenal hati budi masing-masing. Hanbin juga sudah mulai suka dan selesa berkawan dengan seolhyun.

Suatu hari hanbin membawa seolhyun ke satu taman. Mata seolhyum ditutup dengan kain dan hanbin memimpin seolhyun.

Seolhyun : kita nak pergi mana ni?

Hanbin : sabar. Kejap je lagi dah nak sampai.

Akhirnya mereka berhenti. Hanbin membuka ikatan kain di mata seolhyun.

Buka sahaja mata, seolhyun terpegun melihat keadaan di sekelilingnya.

Taman itu dipenuhi dengan belon yanh berwarna-warni. Dan tempat yang dia berdiri sekarang ini adalah di dalam bentuk hati yang dibuat dengan kelopak bunga ros.

Seolhyun menekup mulutnya. Dia amat terharu dengan apa yang dilakukan oleh hanbin untuknya.

Dia menoleh memandang hanbin dan hanbin sedang melutut di hadapannya sambil memegang sejambak bunga ros.

Hanbin : will you be my girlfriend?

Seolhyun menitiskan air mata. Dan perlahan-lahan tangannya mengambil bunga ros itu dari tangan hanbin.

Seolhyun : i will.

Hanbin terus memeluk seolhyun dengan erat.

Dari jauh, ji hyo dan kai memerhati. Sebenarnya mereka yang membantu hanbin menyiapkan semua itu.

Hanbin : saranghae.

Seolhyun : nado saranghae.

I Love You MAIDWhere stories live. Discover now