Tokoh politik muda berjiwa besar
Mustafa Kemal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Dia ni pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden republik Turki yang pertama. Kalau nak tahu beliau lah yang memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora (Ankara).
Ataturk telah memainkan peranan penting dan membentuk kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang dipangil ideologi Kemalist. Kemal boleh kata nama dia la. Kalau Najib power hasilkan ideologi sendiri, Najib boleh pakai nama Najist. Eh sedap bukan? Ok sambung balik.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional. Nampak si tokoh muda politik ni berjiwa besar. Sebab tu aku pernah luahkan di facebook yang beliau antara pemimpin islam hebat yg mencipta sejarah dunia. Itu pendapat aku lah. Aku tak menafikan pun kejahatan yang dia lakukan. Cuma tulisan ini aku harap dapat berkongsi dengan korang apa jasa-jasa Mustafa Kamal Ataturk kepada Turki dan mengapa sistem khilafah islamiyyah ditentang oleh segelintir rakyat Turki sendiri. Dan yang paling penting mengapa rakyat Turkey sendiri mengagungkan Ataturk si Western Puppet ni.

YOU ARE READING
Ataturk si Western Puppet
Historical FictionTulisan bersahaja mengenai Kamal Ataturk ni aku tulis based on pengalaman aku berjumpa dgn rakyat Turkey sendiri ketika melawat Ataturk Mausoleum di Ankara, Turkey. Tulisan aku ni juga hasil dari apa yg aku baca dari beberapa buku mengenai perjalana...