Bab 2

198 5 8
                                    

Perbezaan cerita Ataturk di Turkey & M'sia

Menyusuri bumi Ankara dalam keadaan cuaca yang sejuk, beku, bibir kering ditemani sahabat kenalan dari bumi Ankara iaitu Hassan. Hassan yang tidak mempunyai mazhab (dia kata) dengan bangga memberitahuku idola dia no 1 adalah Muhammad manakala Atartuk no 2. Bila aku Tanya antara Al Fateh dan Ataturk siapa dulu. Dia bersahaja jawab; Ataturk. Aku tidak marah atau kecewa dengan jawapan dia. Tapi jawapan dia menarik minat yang lebih banyak lagi untuk aku mengenali dengan lebih dekat lagi siapa Ataturk yang selama ini aku hanya mengikuti sejarah dari mulut bangsa melayu dan juga beberapa buku yang dijual di bumi Malaysia.

Hari ini aku nak dengar sendiri dari mulut orang Turkey dan membeli buku-buku mengenai Ataturk yang dijual di Kota Ankara. Jawapan yang diberi oleh Hassan tadi aku tidak hairan kerana sebelum itu aku sempat bertanya soalan yang sama pada rakyat Turkey yang lain. Dan 80% jawapan yang aku terima sama seperti jawapan yang Hassan beri. Wow! Kalau ditanya di bumi Malaysia sudah tentu 99.9% rakyat Malaysia akan kutuk dan menghina si Ataturk ni.

Majoriti mereka (rakyat Turkey) menjadikan Ataturk sebagai role model. Lansgsung membuatkan aku berminat untuk mengenali dengan lebih banyak lagi keperibadian Ataturk yang membuatkan rakyat Turkey mengagungkan dan memuja beliau. Berbeza di Malaysia kita didedahkan dari dulu dengan sejarah yang Kamal Ataturk seorang pemimpin muslim bangsat yang meruntuhkan satu-satunya sistem khalifah islamiyyah yg ada. Dan didedahkan konon mayat beliau tidak diterima bumi.

(Wehh nanti aku sambung cerita ni. Aku sakit perut. Serious! jap eh) :(

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ataturk si Western PuppetWhere stories live. Discover now