Jam menunjukkan 6.15 pagi. Alamak dah masuk waktu subuh la.Lintang-pukang aku berlari ke bilik air untuk membersihkan diri. Tak elok kalau kita melambat-lambatkan solat nanti Allah tak suka tau..Aduhh.. si Dayana ni dah bangun ke belum, mesti tengah berdengkur lagi kat bilik. Kakiku menuju ke bilik Dayana.
Tukk..tukk..tukk...
" Yan..ekau dah bangun belom. Subuh woi jangan lupa.. Yan oo Yan.. Kau dengar tak ni".. mana la dia ni..ketuk pintu tak buka pulak..mungkin dia ABC kot..Biarlah dia kang tak pasal-pasal aku pulak yang lambat nak solat. Aku balik semula ke bilik dan menunaikan solat dengan khusyuk.
---------------
Aku tersenyum senang melihat sarapan yang ada di atas meja. Nasib baik harini mood aku baik so boleh rajin nak buat brekfes. Telur hancur , roti bakar dan air tea 'o'.. Baunya amat sedap belum makan lagi..hehehe..
Dayana membuka pintu biliknya dan terus menuju ke dapur. Dia juga telah siap berpakaian kerja. Dengan selambanya dia makan makanan aku tanpa baca doa , main sumbat je..
pappp...
Aku menepuk bahunya kuat dan apalagi tersembur la makanan yang ada dalam mulut dia..hahahaha..jahat kau ni anis..
" woi..kau nak bagi aku jalan cepat ke apa", marah Dayana..
Tangannya mengesat mulutnya menggunakan tisu." Hahahahha... sorry la babe. Aku just tegur kau, mana taknya makan tak baca bismillah. Tahulah aku masak sedap kan so takyah la gelahap sangat." aku melihat wajah Dayana sambil tersengih- sengih. Dia kalau marah ribut rumah derr..Jadi aku kenalah pujuk dia balik.
"Kalau nak tegur pon janganlah cara gitu..tak elok dan boleh membahayakan diri aku tahu tak. Buatnya aku tercekik tadi macam mana..kau suka la ea kalau aku takde".. wajahnya muram. Adoii aku dah buat silap ni..matilah nakk.
" Kenapa kau cakap camtu.. aku sayang kau giler-giler kot. Hanya kau je yang aku ada dalam dunia ni..Mana boleh kau nak tinggalkan aku..Nanti kalau kau takde aku nak gurau dengan sape..takkan aku nak pi gurau dengan Abang Salleh sebelah rumah ni pulak..mahunya bini dia rembat aku guna penyapu" hahahaha... aku tak bolehlah sad- sad camni. Aku dah janji dengan diri aku yang aku takkan nangis lagi lepas mama dengan papa meninggal. Aku kuat..aku sado..haha yelatu sado sangatt..
" Dahlah malas aku nak cakap dengan kau ni..aku serius kau main-main.." ujarnya malas.
" Ehh bila masa pulak aku main-main ni. Aku elok je duduk kat kerusi ni bukannya aku main teng teng pon kat sini" selorohku . Aku melihat wajahnya kelat. Mesti dia sakit hati betul dengan aku. Nasib kau la dapat kawan secomel..secantik..sebijak..sepandai..sekuat..sesado..se..apalagi erk..Lantak ea lah..hahaha..
" Nis..aku harini balik lambat tau sebab kena siapkan project meeting.. esok kena present dah. Kau tu jangan lupa kunci pintu rumah..aku ada kunci spare." pesannya kepada aku.. Aku ni memang jenis pelupa sikit . Umur 24 tahun tpi ingatan macam orang umur 70-an..hahaha..gelak tuk diri sendiri yeahh..
"Ok.. bye Yan" ucapku. Dayana merupakan pegawai pemasaran di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Aku..hmm aku cuma PA jer. Dekat syarikat SA Holding's.. Aku kagum dengan boss aku tu sebab dulu dia hanya pekerja kontraktor biasa je tapi disebabkan berkat usaha gigih beliau akhirnya dapat membuka sebuah syarikat pembangunan. Pengalaman beliau bekerja membuahkan hasil. Hishh aku ni sibuk bercakap pasal boss aku buat apa..kalau puji pon bukan nak up gaji..hehehe
"Alamakk dah lambat..matilah aku kena marah dengan boss ni.. dahla pagi ni ada meeting dengan client Turkey.." marahku dengan diri sendiri. Tula tadi sibuk sakat orang je sekarang dah lambat.. Dengan pantas aku menutup pintu dan mengunci pintu. Kereta Myvi kesayanganku dihidupkan dan mula bergerak ke arah jalan raya. Radioku pasang agar dapat menghilangkan rasa gemuruh dalam diri..
Yesss lagu favaourite aku lah.
YOU ARE READING
Revenge For Love..
RandomAnis Farzean, seorang gadis yg berjiwa kental dan kuat setelah dia kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan ketika dia berusia 8 tahun. Dayana, merupakan sahabat baiknya yang membesar bersama di Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih.Kehidupannya berubah 360...