Rasa malas betul nak pergi kerja menghadap muka mamat tu.. Haihh tak boleh ke kalau aku off arini..Aku mengambil jam Mickey Mouse yang berada di meja sisi lalu melihat jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Fuhh nasib baik aku datang bulan kalau tidak tergesa-gesalah aku dibuatnya. Dengan malas aku bangun dan membersihkan diri di bilik air.
--------------
Harini brekfes kat luar je lah..malas aku nak masak. Tapi di atas meja sudah ada sarapan yang disediakan. Fuyoo ada mee goreng dengan sosej..Nampak sedap je. Tapi sape yang masak agaknya. Eh mestilah si Yan masak dah kita orang je yang tinggal dalam rumah ni..hehehe apalah kau ni Anis..mereng betul.
" Ha apa tercegat dekat situ , meh la makan. Semalam kau masak harini aku pulak yang masak..baru fair kan" tegur Dayana sambil menatang air nescafe . Dia menuangkan air itu ke dalam cawan lalu disuakan kepadaku.
" Thanks" ujarku. Aku mencedok mee goreng ke dalam pinggan. Suapan pertama membuatkan aku tergamam.. Wow sedap gila kot mee Yan ni.
" Weyh Yan.. mee kau superb la beb..kau letak apa dalam ni" kataku dengan mulut penuh dengan mee.
" Yeke sedap..maybe aku masak dengan love kot sebab tu sedap..hahahaha" ...balas Dayana.
" Cehh statement kau tak boleh bla. Habiss selama ni aku masak tak pakai love la..aku lagi banyak love yang aku taburkan kat masakan aku.." kataku tak mahu mengalah.
" Wei Yan, semalam kau balik pukul berapa" tanyaku.
" Aku balik dalam pukul 10 lebih la. Asal tanya?", balasnya.
" Ek eleh kau ni aku tanya je..kenapa tak boleh ke?" balasku geram. Orang nak tanya pon tak boleh.Kang aku tak ambil kisah hal kau baru tahu.
" So tonight kau balik lambat lagi ke"..soalku. Mee dalam pinggan sudah habis masuk dalam perut. Selamat kau mee!
" Harini aku balik cam biasa la".jawabnya.
" Oklah aku gerak dulu..kang lambat sampai pulak..bye Yan" pamitku segera.
---------------
" Woi pompuan aku nak kau masuk bilik aku sekarang jugak" arah Farith dengan kasar.
Sekarang ni Farith Mukmin merupakan boss baruku..Harini hari pertama aku bekerja di bawah dia.Pelbagai tugas yang tak berkaitan disuruhnya aku buat.Aku nak melawan pon tak boleh sebab dia ugut nak pecat aku kalau aku melawan cakap dia. Jadi aku kena turutkan permintaannya dan sabarkan hati dengan kata- kata yang mampu merobek hati orang yang mendengarnya.
" ye boss" , tuturku malas.
'Nak apa lagi dia ni, tadi disuruhnya aku kemaskan bilik dia padahal tak ada dalam skop pekerjaan aku..memang sengaja dia ni', omelku geram. Dia memang menguji kesabaran diri aku. Sabar kena banyak dalam menangani boss yang kerek ni.
Pintunya ku tolak perlahan-lahan. Aku melihat dia sedang berdiri menghadap cermin sambil memeluk tubuh.
" Ehem..boss"..
" Ha kau..sini kejap", panggilnya. Aku mengorak langkah mendekatinya. Mukanya sentiasa masam dan tiada sedikit pun senyuman.
' Muka kau asyik nak kelat je..macam orang datang bulan gamaknya'.. meluat aku dengan perangai lelaki yang ada di depanku.
" Ada apa boss panggil saya datang sini" soalku sinis.
" Hei !!! Kau pikir aku nak sangat ke panggil kau ni. Lagipon aku ni benci tengok muka kau yang asyik menempel dekat ofis..ikutkan hati nak aje aku pecat kau. Dasar bodoh" jerkah dia. Terkejut aku dibuatnya. Selama ini tidak pernah seorang pun yang meninggikan suara kepada aku. Aku menahan sekuat hati untuk tidak menangis..
YOU ARE READING
Revenge For Love..
RandomAnis Farzean, seorang gadis yg berjiwa kental dan kuat setelah dia kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan ketika dia berusia 8 tahun. Dayana, merupakan sahabat baiknya yang membesar bersama di Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih.Kehidupannya berubah 360...