Entah kenapa hari ini aku rasa seram sejuk saja. Mungkin aku rasa takut hendak berhadapan dengan Farith Mukmin. Mana taknya semalam entah hantu apa yang merasukku hingga aku berani menampar wajahnya di khalayak ramai. Pasti dia akan berdendam denganku. Tapi memang patut dia kena tampar, sesuka hati je hina orang. Aku cukup terasa dengan kata yang dilemparkan kepadaku. Tapi aku tak mampu nak tutup mulut dia, jadi jalan yang terbaik hanyalah berdiam selagi kelakuannya tidak melampaui batas.
' Stay strong Anis..Kau kuat..Jangan biarkan dia lenyapkan keceriaan kau ' aku memberi kata semangat pada diriku sendiri.
" Adoii..takut betullah nak pergi jumpa dia. Buatnya dia tampar balik aku ke tak naya.. huwaa taknakkkkk.." ujarku sendiri sambil bercekak pinggang berjalan ke hulur ke hilir.. Tidak tentu arah dibuatnya aku.
'arghh apa susah minta maaf lepas itu bayar duit ganti rugi kat dia' omelku sendirian. Aku menuju ke bilik Dayana.
Tukk..tukk..tukk
Tersembul wajah Dayana di sebalik pintu. Rambutnya kusut seperti baru bangun tidur.
" Nguarrhhh, kau nak apa ni" sungguh tak senonoh si Yan menguap tak tutup mulut. Nasib tidak berbau .
" Err.. Yan aku nak mintak tolong sikit boleh tak?"
" Tolong apa " soalnya dengan mata terpejam. Nampak sangat mengantuknya itu. Dia ni memang kuat tidur, agaknya kalau rumah terbakar pon dia still buat taik mata.
" Hmm.. aku nak pinjam duit sikit. Aku promise bila aku gaji aku bayar balik. Aku perlukan duit sangat ni pleasee" ujarku dengan nada merayu. Aku kena jugak bayar duit si singa hutan tu, kalau tak mesti macam-macam dia dok mengata aku.
" Owhh duit.. kau nak berapa . Dalam handbag just ada RM 600 jer , selebihnya dekat bank" ..
" Aku nak pakai RM 500 boleh" ucapku.
" Jap aku ambil" ujarnya lalu mengambil duit di dalam beg tangannya dan diserahkan kepadaku.
" Thanks Yan.. Sayang kau" aku memeluknya erat sebagai tanda terima kasih. Kalau takde dia manalah aku nak mencari duit sebanyak ni.
" Oklah aku nak pi sambung tido ni. Ngantukk la" ujarnya seraya menutup daun pintu
Aku bergegas bersiap hendak ke pejabat. Takut lambat , kang mengamuk lagi singa hutan tu.. Hishh aku memandai je gelarkan anak orang macam tu..hehehe
----------------
Tepat jam 9 aku sudah siap ada di pejabat. Dia belum datang lagi, boss boleh la datang lambat yang kuli je kena datang awal kan. Aku menuju ke pantry untuk membuat air.
" Hai , buat air apa tu" tegur
seseorang daripada arah belakang.
" Ehh ..terkejut saya. Err hai , saya tengah buat air milo la buat apa lagi kalau saya tercongok dekat sini kan" aku mengusap dada kerana terkejut. Tadi aku seorang je dekat sini tiba-tiba je ada orang tegur.
" Owh buat air milo , awak tolong buatkan air untuk saya boleh tak" pintanya. Oh maii gudness suara dia gemersik membuatkan aku melayang-layang di udara seperti layang-layang. Hahaha, sungguh gramatis ayat kau Anis Farzean.
" Eh saya tak suka tolong orang tau lagipun awak kan ada tangan jadi buatlah sendiri" ucapku dengan nada sindiran. Sesenang kau je nak suruh orang buat air, kau pikir aku ni tea lady ke.
" Okla kalau taknak tolong , orang nak bagi dia pahala free pagi ni taknak" ujarnya sayu sambil berlalu keluar daripada pantry.
" Aduhh , ni yang buat aku rasa sebersalah ni" omelku sambil mengaru kepala yang dilitupi tudung.
" Eh awakkk.. Sini la saya tolong buatkan air" panggilku. Dia apa lagi terus ceria la muka dia bila aku menawarkan diri untuk membuatkan air untuknya.
" Awak nak air apa ni" soalku padanya yang sibuk bermain dengan telefon. Orang bercakap dengan dia boleh pulak sibuk main fon. Hissh memang nak kena ni. Aku menepuk lengannya yang berlapik baju dengan kuat sehingga dia tersentak.
" Awak ni kenapa tetiba je pukul saya ha" marahnya.
' Ek eleh mamat ni..nak marah aku pulak , kau pikir aku takut dengan kau.. dahla tetiba je datang suruh buat air , nama pon aku tak tahu sape' kutukku dalam hati.
" Hello mr , awak suruh saya buat air kan tapi tak cakap nak air apa so tadi saya tanya la awak nak air apa tapi awak buat tak dengar je apalagi memang kena la dengan saya" ucapku selamba tanpa rasa nak minta maaf sebab lepuk dia tadi. Ala setakat lepuk tu takkan nak nangis marah bagai , bukannya aku teranjang dia pon.. Gentleman la sikit brother!!
" Maaf sebab tak layan awak tadi. Saya nak air nescafe la" telefon di tangan sudah disimpan dalam kocek seluar. Macam tu baru bagus, ni tak asyik dengan fon je. Apa yang seronok na kek( kat tau..kek tu org negori punyo loghat) fon agaknya.
Aku membancuh air lalu disuakan kepadanya. Dia menghirup air itu perlahan-lahan kerana panas. Aku pelik selama ni tak pernah pulak aku nampak dia kat pejabat , mungkin orang baru.
" Ehemm.. nak tanya selama ni tak nampak awak pun kat sini" soalku.
" Owh , saya baru masuk harini. Lupa nak kenalkan nama saya Qayyum Imani. You can call me Qay and what's your name?" tanyanya padaku.
" Nama saya Anis Farzean. Panggil Anis je. Saya PA Encik Farith Mukmin. Awak bahagian mana?" soalku lagi.
" Saya akauntan kat sini. Ok la saya nak pergi ruangan saya. Nice to meet you and see you later" ujarnya lalu melangkah pergi. Hensemnya dia , bahasa pun baik tak macam singa hutan tu. Alamak aku leka dekat sini , boss dah masuk ke belum. Aku mengutip cawan yang kotor lalu membasuhnya dan terus ke ruangan aku. Aku melihat dari cermin tapi tak nampak apa-apa. Memang la tak nampak sebab cermin tu hitam , hanya orang kat dalam je boleh nampak orang kat luar. Aduhh, boss dah masuk ke belum agaknya , takut pulak aku nak menjenguk ke dalam. Seriau aku dibuatnya.
" Kak Min , boss dah masuk ke belum" tanyaku padanya. Kak Min ni kerani dekat sini.
" Rasanya dah la sebab akak nampak dia tadi. Tapi akak bagi nasihat kat kau baik jangan masuk sekarang takut kau kena sembur dengan dia. Mukanya masam tadi , akak tegur pon dia buat bodoh jer" kata-kata yang keluar daripada mulut Kak Min cukup membuatkan tanganku mengeletar. Takkan dia masih marah pasal aku tampar dia lagi. Tapi memang salah dia pon sebab cari pasal dengan aku. Tu makan dia..hahaha.. Semua rasa ada sekarang ni. Takut, seram, gementar semua adalah cukup rasa la katakan.
Ha dapek jugak den nyiapkan bab ni.. poning gak la nak transfer kan imaginasi den ni kek otak ko wattpad ni...hahaha takpe saya akan trus update citer ni sampai habis..insyaallah.
Lepas habis skolah ni kan tak tahu nak buat benda. Duduk rumah je la. Pi mintak keje semua tak dapat. haihhh...
baru-baru ni dapat jugak la satu kerja alhamdulillah. cuma belum start lagi. Bosan betul saya duk rumah je..jeles tgk kengkawan kerja dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri .. hmmOkey la bubyee sayang semua..muahh ciket <3
YOU ARE READING
Revenge For Love..
RandomAnis Farzean, seorang gadis yg berjiwa kental dan kuat setelah dia kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan ketika dia berusia 8 tahun. Dayana, merupakan sahabat baiknya yang membesar bersama di Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih.Kehidupannya berubah 360...