BAB1

13.2K 389 8
                                    

Jam dinding di bilik aressa telah menunjukkan pukul 10 malam,aressa masih leka menulis surat untuk crushnya yang telah diminati sejak form 1 lagi. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka oleh mummynya Datin Maria Razali "aressa, kenapa tak tidur lagi? Dah pukul 10 malam ni sayang. Esokkan sekolah." "Jap mummy lagi sikit je ni. Lepas buat ayat penutup aressa tidur la mummy"tangannya masih giat menulis di surat itu. "kamu masih menulis surat untuk zafriel? Haih anak mummy ni,mummy doakan tak sia-sia la kamu menulis surat untuk zafriel. Kalau tak sia-sia je kamu separuh mati minat kat si zafriel tu sampai sanggup tulis surat" sambil ketawa. " ish mummy ni mana ada aressa minat sampai separuh mati. Mummy ni ada-ada je la" kata aressa sambil memuncungkan mulutnya "ha, muncungkan lagi mulut tu. Ni kalau zafriel nampak, tak ke dia kata anak mummy ni hodoh? Frust menonggeng la kamu nanti hahaha" Datin maria mentertawakan anaknya lagi. " eee mummy ni dah la aressa nak tidur. Makin aressa layan, entah apa lagi mummy nak usik aressa. Bye mummy assalammualaikum good night my lovely mum" aressa memberi flying kiss kepada mummynya lalu menutup pintu. Datin maria hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila melihat perangai anak daranya itu.

Keesokkan paginya, seperti biasa selepas bersiap untuk ke sekolah aressa akan bersarapan dahulu bersama keluarganya.Tidak lupa juga Aressa mempunyai seorang abang iaitu Zaff Ariffin. Mereka ibarat anjing dan kucing. Asal bertemu sahaja ada sahaja perkara yang hendak mereka gaduhkan, tetapi gaduh-gaduh meraka gaduh manja. ((Kk back to story)) "Morning mummy daddy and tiang" sambil tersenyum. "Kurang ajar kau panggil aku tiang? Ni memang nak kene ni!"baru sahaja zaff hendak menyekeh kepala adiknya datin maria meghalang perbuatannya itu " sudah-sudah la kamu berdua ni,penat mummy tengok setiap ada sahaja perkara yang hendak di gaduhkan" bebel datin maria " hehehe relax mum kitaorang kan gaduh-gaduh manja. Kan gemuk hahaha" zaff memeluk bahu adiknya sambil ketawa. "Ish abang ni tak habis-habis cakap aressa gemuk. Mummy tengok tiang ni!" Merengek aressa sambil menunding ke arah zaff. " zaff sudah-sudah la tu mengusik adik kamu tu." Dah aressa,cepat makan pak hamid dah tunggu dah tu. Kalau dilayan si zaff tu memang tak ke sekolah la kamu nanti"sampuk dato'harraz rayyan. Aressa pun mempercepatkan makannya lalu ke sekolah.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua pelajar. "Sue jom ikut aku? Macam biasa" sambil mengangkat kening ke arah suhaila. Ha ni sue. Nama penuh suhaila lisa binti dato'rahmat. Dia ni kawan baik kepada aressa. Dia orang kenal sejak form1 lagi. Cantik orangnya. Macam aressa, ramai peminat tetapi tak sepopular aressa. " lagi? Kau tak penat ke asyim tulis surat bagi surat? Bukan dia kenal kau pun."kata sue " ala pleas la jom, kali ni aku tulis kat surat ni aku akan tonjolkan diri aku kat dia. Aku nak dia tahu yang aku tulis semua surat-surat tu." Kata aressa dengan semangat. "Serious kau nak tonjolkan diri kau kat dia?! Setahu aku, kau ni pemalu." Kata sue dengan terkejut. "Serious la. Penat la aku asyik simpan je dalam hati. Kali ni aku betul-betul nak dia tahu perasaan aku dekat dia." "Okay la kalau macam tu, dah la jom kang dia masuk kelas kantoi kau" "okay-okay jom"

Zafriel memasuki kelas bersama rakan baiknya adam, lalu dia terus menuju ke arah meja untuk melihat jika ada surat-surat daripada peminatnya. Sedang dia melihat beberapa pucuk surat, sepucuk surat yang dinantikan telah dijumpai. Tanpa berlengah lagi, dia terus membaca isi kandungan surat tersebut

To:Zafriel Aman
From: ur secret admire

"Pertama sekali, saya nak cakap yang sebelum ni saya selalu beri surat yang penuh dengan kata-kata semangat bila saya belajar saya selalu ingat kat awak. Kata-kata yang selalu buat saya semangat nak belajar bila teringat kat awak..kali ni saya beritahu yang saya tonjolkan diri saya dihadapan awak dan luahkan semuanya dekat awak. Kalau sudi awak datang ke cafe depan rumah awak tu. Whatsapp 'ok' kat saya kalau awak sudi. Ni number saya 01*********. Kay jumpa nanti insyaallah."

Zafriel menutup surat lalu mengeluarkan iphone 6s dan dia terus add whatsapp aressa setelah add dia terus memberi jawapannya kepada aressa.

Aressa pulang ke rumah dengan hati yang berdebar-debar. Adakah zafriel telah membaca suratnya itu? Dia memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkatnya itu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu meletakkan begnya di meja belajar dan mencapai iphone 6+ miliknya. Dia melihat ada 12 messegas from 3 chats. First 7 messegas from group classmate second 3 messegas from sue ma beloved bff and third last 2 messegas 2 messegas from private number? Aressa terus membuka chat dari private number tersebut lalu mebacanya

ok -?
saya tunggu awak pukul 3 ptg di cafe -?

Aressa seakan tidak percaya bahawa zafriel membaca suratnya. Aressa keluar dari biliknya dan terus ke ruang tamu dimana mummynya selalu menonton televisyen pada waktu sebegini. Dia ingin memberi tahu mummynya tentang hal ini. Setibanya dia di ruang tamu, dia terlihat daddy,mummy dan abangnya berkumpul di ruang tamu. Aressa melihat muka ahli keluarganya semua tampak serius. Dia membatalkan niatnya lalu dia duduk disebelah mummynya. "Ha aressa kamu dah makan? Dah solat?" Soal datin maria. "Belum makan lagi mummy. Alhamdullilah aressa dah solat tadi. But wait asal semua orang macam serius je. Ada apa-apa yang aressa tak tahu ke?" Kata aressa dengan pelik. "Sebenarnya daddy terpaksa berpindah ke london atas urusan syarikat, jadi daddy dah buat keputusan untuk kita sekeluarga berpindah esok pagi. So aressa petang ni jangan keluar kemana-mana kemas barang sebab esok flight kita pukul 9 pagi." Kata daddy. Iphone milik aressa terlepas dari tangan apabila mendengar kata-kata daddynya. Mana mungkin dia ingin tinggalkan kawan-kawannya,guru-gurunya dan yang paling penting zafriel aman. Baru sahaja dia ingin luahkan segalanya terhadap zafriel, tetapi keadaan tak mengizinkan. "Daddy..are you serious?! Why now daddy baru nak bagitahu aressa daddy? Habis sekolah aressa? Kawan-kawan aressa? Daddy pleas aressa tak nak pindah daddy.." kedengaran esakan aressa. Datin maria mengusap lembut belakang anaknya. Dia hanya mampu berdiam diri,dia tahu anaknya tak sanggup meninggalkan zafriel tapi apakan daya kita hanya mampu merancang, tetapi allah yang tentukan. "Daddy dah uruskan semuanya,tentang kawan-kawan nanti di london sudah tentu aressa akan mempunyai ramai kawan. Aressa daddy minta maaf sayang, daddy terpaksa."kata dato'harraz.

Aressa bangun lalu menuju ke arah biliknya denga perasaan yang bercampur baur. Dia tidak tahu untuk melakukan apa lagi. Dia pasrah dengan ketentuan allah. Dia terpaksa membatalkan perjumpaan dia dengan zafriel.

Hye guys! Amacam? Okay? Hope korang suka! Sorry kalau tatabahasa salah,format or anything. Cuz this is my first story so belum ada pengalaman dalam mengarang cerita. Okay wait for Bab2 kay?

Sebab Awak Crush Saya ( SLOW UPDATE SORRY)Where stories live. Discover now