Bab 10

6.1K 208 4
                                    

Aressa bersiap-siap untuk ke butik. ((Aressa pakai baju macam kat atas tu hah)) Semakin lama tempahan di butik semakin banyak. Ini membuatkan Aressa semakin sibuk dan tidak sempat untuk memikirkan hal perkahwinannya. Setelah menilik wajahnya di cermin Aressa turun ke dapur untuk bersarapan.

"Morning mum dad and abang" ujar Aressa di meja makan. *hohoho mesti dah lama tak dengar pasal zaff ariffin right. Sape yg x ingt tu pegi bace balik dri bab1*

"Morning" jawab mereka serentak.

"Aressa sejak akhir-akhir ni kamu asyik pergi kerja awal and balik rumah lewat. Pukul 9 malam baru balik. Biasa balik pukul 8 malam. Kenapa tempahan banyak ke?" Soal datin maria.

"Yes mum. Banyak customers Aressa buat baju untuk pergi event. Sampai artis pun tempah kat butik tu" jawab Aressa.

"Ouh.. artis? Sape?"

"Haaaa tak ingat pulak namanya mum" Aressa tersengih.

"Ish kamu ni..haha its okay but kesihatan kamu tu jaga jugak jangan asyik kerja je sampai tak jaga kesihatan. Dan jangan lupa minggu depan kamu kene prepare barang perkahwinan kamu dengan zafriel." Kata datin maria panjang.

"Ye mummy Aressa tak lupa pun. Aressa ingat and masih segar dalam ingatan Aressa" ujar Aressa.

"Haa ye la..breakfast cepat nanti lambat" kata datin maria.

Aressa memasuki butiknya. Dia meletakkan handbagnya di atas meja lalu menuju ke arah kak lina merangkap pembantunya di butik.

"Kak lina. So how? Tempahan okay tak? Ada mana-mana customer complain apa-apa tak?" Soal aressa

"Yes aressa. Okay je. Customer pun okay je tak ada complain apa-apa. Oh yaa aressa, tadi ada orang buat appointment dengan aressa. Pukul dua dekat cafe depan butik ni." Jawab kak lina.

"Cafe depan ni? Asal tak buat kat office je?"soal aressa lagi.

"Akak pun tak tahu. Akak sambung buat kerja dulu la ye." Kata kak lina.

"Hmm.. okay"jawab aressa.

Aressa melangkah masuk ke dalam officenya. Dia tak tahu hendak buat apa. Dia mengambil iPhone nya di dalam handbag lalu membuka aplikasi instagram.

'Emm stalk zafriel la. But ap username ig dia ea? Hentam je la kot-kot terjumpa ke' kata aressa dalam hati.

Aressa pun menaip macam-macam nama zafriel akhir nya dia jumpa.

'Ouh.. username dia ZA_aman. Uish banyak sey followers dia. Dekat 300+K. Kalah aku. Well orang handsome kan. Eh aressa kau cakap dia handsome ke tadi? Bukan dia handsome dari dulu ke? Sebab tu kau minat dia. Hahah apa la kau ni aressa' aressa berkata di dalam hati sambil tersengih-sengih. Sekali tengok mesti orang cop dia gile!

Aressa pun stalk zafriel sehingga dia terlupa bahawa dia ada appointment dengan orang pukul dua.

"Eh aressa dah pukul dua ni, aressa kan ada appointment" kata kak lina ketika lalu di hadapan office aressa.

"Hah? Dah pukul dua? Ya Allah nasib akak ingatkan aressa. Macam mana boleh lupa ni?" Bebel aressa sambil mengemas barangnya lalu dimasukkan ke dalam handbagnya.

"Mana tak lupa, dok tengok iPhone tu sampai tersengih-sengih entah apa yang ditengok tak tahu la" perli kak lina.

"Hehehe adalah. Kak lina mana boleh tahu. Secret. Dah lah kak, aressa pergi dulu. Assalamualaikum! " jawab aressa sambil tersengih.

Kak lina hanya menggelengkan kepalanya. Perangai aressa dari dulu sama je.

Aressa mengambil tempat duduk kosong di tepi cermin yang boleh menampakkan orang lalu lalang di hadapan cafe. Tak tahu mengapa dia suka duduk di bahagian situ.

Sebab Awak Crush Saya ( SLOW UPDATE SORRY)Where stories live. Discover now