BAB 8

5.2K 255 7
                                    

Aressa mengenakan baju kurung moden yang diberi oleh datin maria semalam. Mukanya hanya dilekapkan dengan makeup yang tipis sahaja. Aressa mencalitkan sedikit lipstick di bibirnya lalu melihat wajahnya dicermin.

'Betul ke apa kau buat ni? Macam mana kalau lelaki tu tak suka kau? Siapa lelaki tu? Kenapa mummy nak sangat kau kahwin dengan dia? Argh pening kepala! Nak terima ke tak nak ea Aressa? Kau yakin ke dengan keputusan kau sekarang ni Aressa? Kau terima je la Aressa kalau itu buat mummy bahagia kau harus terima.' Desis hati Aressa.

"Haa.. anak mummy dah siap? Sekejap lagi diaorang sampai." Sapa datin maria pabila melangkah masuk ke dalam bilik anak daranya itu.

"Dah mummy." Jawab Aressa sambil tersenyum manis arah datin maria.

"Lawanya anak mummy." Sambil mengelus lembut pipi Aressa. "Aressa tahu tak kenapa mummy rancang perkahwinan Aressa? Sebab mummy yakin yang bakal suami Aressa tu dapat bahagiakan Aressa,jaga Aressa. Mummy nak tengok Aressa bahagia sebelum mummy pergi. Dan mummy hanya nak yang terbaik untuk Aressa. Mummy harap Aressa keputusan Aressa tak menghampakan mummy." Diusap pula kepala Aressa. Sungguh sayangnya datin maria terhadap anaknya. Dia tahu sejak Aressa diberitahu yang bahawa mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke london untuk beberapa tahun, Aressa kecewa akibat cintanya yang hampir terbalas tapi tak kesampaian. Dan mungkin keputusan yang dia buat ini adalah keputusan yang terbaik untuk Aressa.

"Mummy.. apa ni? Mummy buat Aressa takut la. Ye mummy untuk mummy Aressa sanggup buat apa sahaja. Aressa nak tengok mummy bahagia. Aressa dah buat solat istikharah dah. Dan Aressa rasa Aressa patut terima pinangan tu nanti. In sya Allah mummy jika Allah memberi keiizinan Aressa terima sahaja keputusannya nanti." Aressa memeluk erat datin maria. Datin maria membalas pelukan anaknya lalu tersenyum.

"Mesti mummy rindu Aressa nanti. Ye la orang tu kan dah nak kahwin. Tak dapat la nak dengar Aressa mengadu macam budak 5 tahun" usik datin maria sambil ketawa kecil.

"Ish mummy ni. Mana ada Aressa mengadu macam budak 5 tahun." Aressa memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Buruknya rupa.. dah dah nanti lari bakal menantu mummy bila tengok muka Aressa."

Terletus tawa mereka berdua.

"Amboi-amboi. Seronoknya dua beranak ni. Dah cepat turun diaorang dah sampai dah tu." Ujar dato harraz di muka pintu.

"Dah sampai? Eh dah jom Aressa. Tak baik buat orang menunggu." Kata datin maria sambil menarik Aressa untuk bertemu tetamu mereka.

'Tenang Aressa. Kau jangan nervous sangat. In sya Allah diaorang bole terima kau.' Desis hati Aressa ketika duduk bersimpuh di atas bantal kusyen.

"Assalamualaikum ros. Apa khabar? Lama menunggu?" Sapa datin sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Aressa bertentang dengan datin ros.

"Waalaikumsalam maria. Aku sihat je. Tak ada la lama. Kami pun baru sampai. Jadi ini la anak dara kau? Ya Allah! Cantiknya! Mesti aman suka ni." Jawab datin ros sambil ketawa kecil.

'Eyy kembang aku jadinya. Hehehe. Aman? Who? Takkan la?!' Desis hati Aressa. Aressa menyalam lembut tangan datin ros. Takkan nak kasar-kasar pulak. Kang kene reject awal-awal. Hahaha.

"Eh tak ada la aunty." Ujar Aressa.

"Panggil mama je Aressa." Kata datin ros sambil mengusap kepala Aressa yang dililiti shawl.

"Bersembang sakan nampaknya mereka ye harraz" sapa dato daniel sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu bersama dato harraz.

"Itulah. Orang perempuan biasa la" jawab dato harraz sambil tertawa kecil.

"Eh dia pun sama. Cakap kita pula ye ros." Kata datin maria sambil tertawa kecil.

"Haha itu la. Eh mana aman bang. Panggi dia masuk " kata datin ros.

"Biasa la aman tu. Sikit-sikit pasal kerja. Workaholic betul. Aman! Meh masuk!" Panggil dato daniel.

Sebaik sahaja lelaki itu melangkah masuk, hampir luruh jantung Aressa dibuatnya. Ye! Nak tahu kenapa? Lelaki itu ialah Zafriel Aman!

Zafriel masuk lalu menyalami tangan dato harraz dan datin maria. Zafriel masih tidak perasan bahawa Aressa berada disitu.

"Ini ke anak kau ros? Ya Allah handsomenya! Bertuah kamu Aressa." Usik datin maria pada aku Aressa.

"Haha tak ada la aunty. Biasa je." Kata Zafriel.

"Panggil je mummy."

"Baik mummy"

Aressa pov

'Zafriel?! Serius ah?! Ya Allah! Patut la mummy berhiya sangat nak aku kahwin. Rupanya Zafriel la bakal suami aku tu. Mummy ni kan. Tapi cinta aku dekat dia dah lama pudar. Mungkin kah aku harus buka hati aku untuk dia untuk kali kedua?' Desis hati aressa

End pov

Zafriel pov

"Ini ke anak kau ros? Ya Allah handsomenya! Bertuah kamu Aressa.

'Aressa?' Terus aku memandang gadis yang sedang duduk bersimpuh di atas bantal kusyen. 'Zafrina Aressa? Adakah aku sedang bermimpi ya Allah?' Aku seakan tak percaya bahawa bakal isteri iaitu calon pilihan mama Aressa?

End pov





Amacam okay tak bab ni? Sorry late. Nina kekeringan idea la korang. Insyaallah esok nina update lagi. Nina dah ngantuk sangat dah ni. Thanks cuz still lagi menunggu nina update. Ily😘 tata.. nina nak tidur. Nite korg! Assalamualaikum!

Sebab Awak Crush Saya ( SLOW UPDATE SORRY)Where stories live. Discover now