Remaja / Chapter 15

6.5K 198 81
                                    

Haikal duduk sorang-sorang sarapan dekat Dewan Makan tu. Bebudak bilik dia yang lain tak turun lagi ke Dewan Makan tu. Masa dia keluar bilik tadi, William baru bangun tidur meanwhile Adam dengan Dani masih terbongkang tidur tak sedar apa. Dewan Makan sunyi sepi tak bising macam baru kena langgar dengan garuda.

Tu jugak salah satu sebab kenapa dia duduk makan seorang je kat situ and sanggup turun awal-awal pagi. Literally, dia tak la berapa suka sangat dengan crowd. Buat sakit kepala je. Dekat Dewan Makan pun ada lebih kurang tiga, empat orang je yang turun join dia makan sama. Dia tengok jam tangan dia. Baru 6.50 pagi. Now wonder tak ramai orang lagi. Tapi selalunya Dewan Makan ni memang tahap ultimate ramai orang pada jam 7.15 pagi ke 7.30 pagi.

Tetiba dia rasa nak tergelak. Apa yang kau harapkan? Bebudak sekolah ni bangun awal? Bebudak sekolah swasta and international, memang most of them kesemuanya bangun lambat. Kelas kat sini start jam 8 pagi which is tak sama macam sekolah harian biasa , start jam 7.20 pagi or 7.30 pagi. Pagi ni disebabkan dia nak diet, (kononnya), dia makan Roti Bakar plus jam strawberi. Gigih jugak la dia tadi pergi ke tempat toaster bread tu and tunggu roti ni siap dibakar. Tak lama lepas tu, ada orang amik tempat and duduk dekat depan dia.

"Hai Haikal. Pagi." Ucap Paan ceria sebelum letakkan beg sekolah kat atas meja. Seperti biasa, mamat tu memang nampak lebih bergaya dari budak-budak lain. Muka Paan nampak fresh, rambut pacak macam biasa and baju kemas bergosok. Aku yang gosok! Mesti la kemas kan? And of course, Paan lebih bergaya dari aku. KAH KAH KAH. "miss you." Tambah Paan."

"emm," Balas Haikal tak ambik pusing. Dia tahu yang dia buat reaksi yang entah pape and dia bakal kena hukum or someting dengan Paan lepas ni, dont know where and when, tapi dia memang takde mood nak cakap dengan budak lelaki tu.

Paan angkat kening. "Kenapa ni?" Paan pandang dia.

"Nothing. Abang Paan tak makan?" Tanya Haikal nak tak nak. Tu pun dia tanya tak pandang muka Paan.

"Abang nak amik makanan la ni. Haikal tunggu kejap."

Haikal hanya angguk je sebelum sambung makan roti bakar. Paan pandang dia suspicous sebelum bangun and gerak amik makanan. Haikal pandang sekeliling untuk tengok ada tak sesiapa lagi yang dia kenal ada makan kat Dewan Makan tu jugak. Boleh jugak dia ajak dorang makan kat meja yang sama dengan dia ni. Takde la awkward semedang je dengan Paan nanti once Paan da balik dari amik makanan sebab literally dia memang takde mood.

Dia takde mood nak makan. Dia takde mood nak belajar. Dia takde mood nak cakap dengan Paan. Tapi dia ada mood nak borak dengan orang lain. Kot.

Tetiba dia nampak William baru masuk ke Dewan Makan. Finally! Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doaku di dalam hati ini. Ada jugak orang yang dia boleh ajak makan sama kat meja ni. Baru je dia nak angkat tangan melambai, Paan da sampai balik kat meja tu. Terus tangan yang nak melambai tu dia perlahan-lahan jatuhkan layu. Dia tak rasa yang Paan akan rasa happy kalau William makan kat meja yang sama dengan dorang walaupun Paan kenal je semua roommate dia.

"Cukup ke makan tu je?" Tanya Paan refer pada roti bakar sendu Haikal.

"Cukup je." balas Haikal laju. Dia tengok sarapan yang Paan bawak. Omelete dengan Jus Oranje. "kenyang ke makan tu ke?" Tunjuk Haikal.

Paan sengih. "Kenyang je. Kenapa? Nak rasa?"

"No thanks." Tolak Haikal. Dia rasa macam neraka jadi sejuk pulak bila Paan nak kasi secebis makanan dekat dia. Dia tak bermimpikan? Kalau sebelum ni, jangan kan nak ajak makan sama, disuruh amikkan makanan ada la. And luckily, hari ni Paan tak suruh dia pulak amikkan makanan. Maybe mood budak lelaki tu tengah baik kot. Ye la, mana tak baiknya. Baru lepas belasah seorang budak semalam. Mesti la semedang je happy.

RemajaWhere stories live. Discover now