"Jom Manhattan petang ni? Tekak aku terasa nak makan lobster laa..."
"Jom... jom... dia orang ada promosi spanner crab platter jugak, kan?"
"So jadilah petang ni ek? Dah terasa-rasa tekak aku ni..."
Macam tadi, Nani jadi pendengar sahaja. Jari rancak bergerak atas kalkulator. Lobster? Spanner crab? Bohonglah cakap dia tak kecur liur mendengar. Hari-hari nampak Intan dengan Meimei balik dari lunch dengan flyers promosi itu. Tapi sebab pertengahan bulan, faham-faham sajalah. Hari ini, gaji dah masuk. Apa lagi, masing-masing buat plan la nak puaskan nafsu makan. Dia?
Cermin mata yang sedikit melorot dibetulkan. Pejam celik mata pandang angka yang tertera di skrin kalkulator. Nak kata cermin mata dah haus power, tak mungkin. Baru je dia ganti bulan lepas. Itupun lepas dua tahun cermin mata tak berganti. Tapi... betul ke apa yang dia tengok ni?
Tambah tolak bahagi darab... gaji bulanan dia cuma berbaki RM800 je???? Ini je duit dia untuk tampung hidup selama 24 hari sebelum gaji seterusnya keluar? Kerja bagai nak mati, lebih dari 8 jam sehari... lima hari seminggu... ini je hasilnya?
"Huwaaaa! Penatnya kerja!!!" Nani hantuk dahi atas meja.
Sakit memanglah sakit, tapi sakit lagi jiwa dia mengenangkan nasib diri. Orang dapat gaji pertama, suka. Dia pulak terbalik. Rasa nak meraung pun ada. Rasa macam penat gila berkerja, tapi hasilnya?
"Hoi! Kau ni apahal?"
Nani angkat kepala, pandang muka tak puas hati Intan.
"Tiba-tiba menjerit tak tentu pasal. Meroyan?" Intan jegil mata sambil gosok dada. Terkejut gamaknya dengar dia menjerit.
"Kau kira apa ni daripada tadi?"
Tak sempat Nani nak halang, kertas yang penuh dengan kira-kira dia tadi atas sampai ke tangan Intan.
"Perghh... gilerlah. Kau ni berbelanja tak ukur baju kat badan sendiri ke apa?" Bulat mata Intan baca kertas di tangan.
"Bagi sinilah!" Nani tarik kasar kertas di tangan. Tak hormat privasi orang langsung!
Berbelanja tak ukur baju kat badan sendiri Intan cakap? Puhleaseeee cik kak oiii! Dialah manusia paling berkira dalam dunia ni tau tak? Kalau beli barang, dapat baki kurang lima sen pun dia pergi tuntut tau. Tak ada makna nak halal-kan-sahaja.
Zaman semua serba-serbi mahal ni, semua benda nak kena berkira.
Kertas di tangan dipandang sendu. Berdarah hati tengok duit yang bakal terbang tak lama lagi.Duit belanja mak.
Duit barang dapur.Duit bayar segala jenis bil.
Duit bayar PTPTN.
Duit belanja kerja; transport, makan etc.
Duit untuk kecemasan.
Duit nak tanggung 'biawak' hidup...
Huwaa... my life sucks! Yang terakhir sekali tulah yang paling tak boleh blah! Tapi dua belah bahu dia ni tergalas macam-macam tanggungjawab. Kalau nak ditimbang tanggungjawab tu secara fizikal, rasanya dah kemetot jadinya dia! Hiperbola sangatlah kau Nur Amani! Hiperbola tak hiperbola, hakikat pahit yang perlu dia telan, dia dah masuk kategori miskin bandar! Sadis!!!!
YOU ARE READING
Chinta Unlimited
RomanceForelsket (n.) the euphoria you experience when you are first falling in love When A meet N.