Chinta Unlimited - Bab 3

3.6K 151 19
                                    

Dia rasa nak menangis! Sudahlah pukul 9.00 malam baru nampak pintu rumah. Kepala pula sakit sebab terperap lama dalam tren komuter tadi. Entah apalah yang tak kena lagi dengan KTMB ini. Kerap sangat ada masalah teknikal. Ingatkan bila harga tambang dah naik, servis pun makin elok. Tapi? Pada paras itu jugalah!

Sampai sahaja rumah, tempat pertama yang dia tuju, dapur. Perut dah pedih menahan lapar. Tapi sampai sahaja dapur, saat mata terpandang meja makan yang kosong, serta-merta dia rasa lutut dia longlai.

Sedih!

Ingat balik dapatlah makan. Tapi jangan kata makanan, pinggan kosong pun tak ada atas meja. Puan Kay tak masakkah? Huwaaa...kejam!!!

"Eh, bila sampai?"

Macam tahu-tahu hati dia tengah menyebut-nyebut nama si ibu, Puan Kamalia a.k.a Puan Kay muncul di dapur. Melihat pakaian si ibu, rasanya baru balik dari solat di masjid.

"Mak tak masak hari ni. Malas. Bukan ada orang nak makan pun. Adik-adik kau semua balik lambat. Nanti karang masuk tong sampah je makanan tu..."

Ini bukan lagi rasa NAK menangis. Memang nak mengalir dah air mata. Bukan ada orang nak makan? Habis dia ini siapa? Anak patung ke? Dahlah duit beli barang basah dia yang hulur tiap-tiap bulan, tapi rasanya boleh kira dengan jari runcing dia yang sepuluh batang ini berapa kali sangatlah dia makan. Hujung minggu pun dapat beria-ia makan sebab dia yang rajin masak. Kalau nak tunggu Puan Kay, skema jawapannya dah cukup dihafal Nani...

1. Setakat kita dua je ada, makan luar sajalah

2. Tunggulah adik-adik semua ada, barulah masak

3. Adik-adik kau tak ada, kita tak payah masaklah

4. Masak yang simple sudah. Kita je yang ada pun.

Kadang-kadang, bila dah tak tahan, dia bersuara juga. Sikit-sikit adik-adiknya. Apa-apa semuanya adik-adik dia. Dahlah budak dua kerat itu tak menyumbang apa-apa pada ekonomi rumah! Semuanya letak kat bahu dia. Tapi itulah... bila dia bercakap, si ibu tersentap pulak. Tak memasal pula dapat dosa. Tahulah dia bukan anak kesayangan. Tapi pilih kasih si ibu memang buat dia makan hati giler! Pernah sekali, sebulan dia tak bertegur dengan mak sebabkan hal ini. Jenuh jugalah dia nak memujuk. Sejak tu, dia dah malas nak cakap apa-apa. Karang, sebab si kembar Amar dan Amir, dia senang-senang dapat label anak derhaka.

"Nak makan ke? Maggie adalah tu. Roti pun ada. Mak gorengkan telur buatkan milo. Nak?" Pelawaan Puan Kay dijawab dengan gelengan. Merajuk!

"Betul ni?"

"Tak apalah, mak. Orang penat. Nak tidur je..."

"Habis takkan nak tidur dengan perut kosong?"

"Orang dah makan tadi sebelum balik. Naik dululah mak..." Langkah malas diatur ke tingkat atas rumah teres peninggalan arwah ayahnya. Sampai dalam bilik, terus dicampakkan badan ke atas katil. Perit juga badan terkena spring tilam yang dah tak berapa empuk lagi itu. Tapi apa sangatlah rasa sakit itu kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit di hati yang dia rasa sekarang ini.

Mata merenung kipas yang ligat berputar di siling bilik. Tengah letih fizikal dan emosi macam ini, mulalah otak dia mula nak fikir tentang perkara-perkara sendu dalam hidup. Hidup dia bukanlah sejak dulu lagi macam ini. Masa arwah ayah ada dulu, kira senang jugaklah hidup. Tak pernah lagilah alami episod tak ada makan malam macam tadi. Nak-nak, dia anak kesayangan ayah. Anak perempuan tunggallah katakan. Tapi semuanya jadi lain bila arwah ayah meninggal disebabkan kanser hati sewaktu dia baru nak menjejakkan kaki ke universiti. Masa itu hidup dia pun berubah. Perubahan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hal yang terjadi ...

Chinta UnlimitedWhere stories live. Discover now