Alhamdulillah.. Chinta Unlimited (CU) bakal menemui pembaca tak lama lagi. Kalau ada rezeki kita, 30hb ni CU akan berada di Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS, Serdang. Apa-apa pun, tunggu pengumuman daripada pihak penerbit, Idea Kreatif Publication ya.
Naskah CU adalah edisi terhad. Maknanya jumlah cetakan sangat terhad. Ia tak akan dijual di kedai buku. Hanya di pesta buku dan melalui penerbit sahaja. Cetakan sangatttttt terhad. Jadi buat sesiapa yang berminat, boleh dapatkan sementara harga masih murah ni.
CU ni idea lama sebenarnya. Melintas di minda selepas saya temankan seorang kawan ke sebuah home deco studio. Tengok tuan punya studio, manisnya laa. Hehehe...
Maka terciptalah watak Azrul Redza. Kemudian saya tersuka dengan karakter seorang kenalan baru yang blur tapi ada certain time dia jadi sangat berani. Sampai kadang-kadang terkagum tengok berani dia. Maka terciptalah watak Amani a.k.a Nani (tang nama pinjam nama Sharifah Amani sebab saya suka tengok dia berlakon).CU cerita biasa dan majoriti scenes dalam naskah ni adalah kejadian sebenar yang berlaku dalam hidup di sekeliling saya. Kalau ada yang terkena di batang hidung tu, saya dedikasikan babak itu pada anda. Hehehe...
CU pendek sahaja. Lebih kurang macam Dear Cinta. Dan kalau sambutan menggalakan, manalah tahu tergerak hati nak buat CU Too. Eheh! Angan-angan saya memang tinggi melangit. Chewahh...
Kepada nama-nama di bawah, nanti pm saya ya. Nak ambil CU di MAEPS atau nak saya post. Tapi kalau post, lepas pesta buku la ya.
1. Kak Aein Said (orang pertama yang sebarkan Bab 1 CU di FB)
2. Kak Tie Tinie (orang pertama yang sebarkan Bab 2 CU di FB)
3. Naddya Mike Dean (orang ketiga yang sebarkan Bab 3 CU di FB)
4. ?
5. ?
Niat awal, memang saya nak bagi 5 naskah CU sebagai hadiah kepada pembaca. Jadinya ada 2 lagi naskah yang belum bertuan. Siapa yang berminat, caranya mudah sahaja...
Isnin, 25 April 2016, pihak penerbit akan naikkan official cover CU, insya Allah. Anda cuma perlu share posting pihak penerbit, letakkan hashtag #chintaunlimited #spreadthelove dan tag nama saya di Facebook. Pembaca ke 4 dan ke 5 yang berbuat begitu akan jadi tuan punya CU yg keempat dan kelima itu. Esok saya akan announce di TaTE.
Again, let me remind you that CU is just another cliche love story from me. Ditulis untuk ceriakan hidup anda buat sejam dua dalam hidup. If you want some heavy and yang ada mesej reading, then CU is not for you. Saya bukan apa, tak nak nanti ada yang marah dan cakap tak berbaloi berebut beli CU ni walhal ceritanya biasa sahaja. Hehehe... walaupun orang duk cakap nak jadi penulis ni hati kena kental, tapi ada masanya kental kami ni hilang juga. 😁😁😁
Good night. Sweet dreams. Assalamualaikum...
me,
FH
YOU ARE READING
Chinta Unlimited
RomantikForelsket (n.) the euphoria you experience when you are first falling in love When A meet N.