Bab 7

143 12 0
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilik dan terbaring atas katil.

"Sampai bila kau nak ganggu aku?!" Jeritku sekuat hati.

Aku merasakan suara itu membuatkan aku nampak seperti orang yang kurang siuman. Suara tu mengganggu ketenteraman aku. Aku jadi tak tenang. Selalu diselubungi ketakutan yang tak sudah. Aku nak kan kebebasan. Aku nak bebas dari semua yang aku lalui sekarang. Macam mana aku boleh jadi begini?

Petang itu, pintu rumahku diketuk. Aku membukanya sedikit. Cukup untuk mengintai siapa di luar.

"Awak tak apa-apa?" Kata suara di balik pintu itu.

Itu suara Suraya. Dia datang melawatku. Aku menutup semula pintu rumahku. Aku merasakan dia penyebab aku terdengar suara itu kembali. Aku baik-baik sahaja sebelum kedatangannya ke kolej ini.

Tiba-tiba, ada sekeping surat muncul dari bahagian bawah pintu. Aku mengambilnya dan membuka lipatannya.

"SAYA ADA BUAT SALAH KE? KENAPA AWAK MACAM MARAH PADA SAYA?"

Apa yang buat dia fikir aku marah dia? Mungkin sebab aku terus pergi selepas dia menegur aku di parking tadi. Aku terus ke tingkap bilik dan mencapai kamera. Aku dapat melihat Suraya berjalan ke arah apartmentnya melalui parking. Aku mengambil gambarnya. Sedang aku mengambil gambarnya, dia menoleh ke arah tingkap rumahku.

Dia hanya senyum kepadaku dan berlalu pergi. Aku sedikit hairan. Macam mana dia boleh tahu rumah aku di tingkat berapa dan nombor rumahku? Dan lelaki itu, bagaimana dia juga tahu rumahku? Padahal, mereka baru sahaja kenal aku dan lihat aku. Aku diintip lelaki itu juga? Lelaki itu bersubahat dengan Suraya untuk membunuh aku?

Aku mula rasa takut hendak ke kelas. Aku tak mahu keluar dari rumah. Aku takut diburu mereka. Aku tak mahu mati lagi. Aku buat keputusan, aku tak mahu keluar rumah. Aku tak mahu ke kelas. Biarlah aku dibuang kolej. Aku mahu jauh dari sini. Kehidupan di sini menyiksa aku.

Malam itu, aku tutup semua lampu, tingkap dan mengunci semua pintu. Aku duduk di bilik diam-diam. Aku memerhati gambar Suraya dan lelaki itu.

"Apa sebenarnya rancangan korang berdua?" Kataku perlahan.

Aku tak boleh berfikir apa-apa. Setahu aku, aku tiada musuh. Kenapa tiba-tiba sahaja aku diburu? Masih banyak yang aku perlu cari jawapannya.

"Sedarlah Farish! Maut memanggil engkau!"

Aku benci suara tu. Aku tak mahu mendengarnya lagi. Suara tu meyakinkan aku bahawa ajal aku telah tiba.

"Aku tak percayakan kau lah!" Kataku marah.

"Apa kau akan buat kalau kata-kataku benar?"

"Kata-kata kau tiada benarnya!" Kataku lagi.

"Kau akan menyesal kerana tidak mempercayaiku!"

"Aku tidak bodoh untuk mempercayainya! Kau cuma melemahkan aku! Pergi dari hidup aku! Aku tak mahu dengar kau lagi!" Jeritku marah.

Suara itu selalu datang dan pergi tanpa diduga. Pengecut. Kenapa tak terus berbahas? Suara itu makin lama membuat aku mula meyakini kata-katanya, tapi aku masih ragu. Aku tak tahu asal usul suara itu. Dia muncul tiba-tiba. Kenapa dia muncul dalam fikiranku?

SkizofreniaWhere stories live. Discover now