kalau aku menjadi benda
aku ingin dekat dimata
di mana kau mencari tiap ketika
tanpa aku kau resah sentiasa
andai aku menjadi benda
Ingin aku sentiasa di telinga
berbisik cinta pada ketika
luahkan cinta setiap masa
andai aku menjadi tanda
ingin aku ada di sana
memberi arah ke jalan cinta
kau datang kemudian menerima
andai aku menjadi masa
aku terhenti saat kau ketawa
aku perhati setiap masa
lalu ku tersenyum berasa bangga
andai aku boleh memilih
mana satu aku peroleh
kau tetap aku merintih
kerana rindu ku sentiasa disisih
suka aku menjadi benda
suka aku menjadi masa
suka aku menjadi tanda
suka aku andai terpilih
kerana aku bakal disisih.
Aku_Giler*