Dulu pernah aku bertanya
Secebis sayang selembar rasa
Adakah perlu kita bersama
Hingga akhir atau sementara
Dan kemudian dikau berkata
Antara kita semakin rapat
Rapat kita semakin tenat
Akhirnya semua menjadi makrifat
Hingga suatu masa
Tiba Dia menunjuk kuasa
Kita seperti hancur lagi binasa
Kau berubah menjadi duka
Senyum tawa riang gembira
Seolah hilang dari dunia kita
Kita bina bersama sama
Semua durja tiada berkata
Lalu semua mula tertanya
Mana semua bahagia?
Mana semua Syurga?
Yang ada hanya tangis serta hiba
Mengalir umpama sungai dari neraka
Kembali ceria wahai adinda
Nama mu itu yang aku puja
Mana hilang dikau kemana
Aku tercari diri mu sentiasa
Kembali bersama wahai pujangga
Lalu malam itu aku tersentak
Kala malam dikau berhentak
Hentak lah kau selagi kau mahu
Aku di sisi menunggu selalu
Aku_Giler*