Fattah tidak dapat tidak. Dia terpaksa buat keputusan. Demi kebaikan dia dan juga kekasihnya. Dia pandang wajah Farah. Dia harap Farah faham keadaan dia sekarang. Kalau teruskan juga hubungan ini, mungkin ada yang tercedera hati. Dia tidak mahu jadi manusia kejam. Sudah sebulan dia beri peluang pada hubungan ini, tapi tak jadi.
"Awak sungguh?" duga Farah. Keputusan Fattah memang dia nanti-nantikan. Dari dulu lagi tapi dia perempuan. Tak nak jadi kurang ajar pulak kan?
Fattah jatuhkan kepalanya- mengiyakan. Sungguh sangat! Kali ini dia pasti. Antara dia dan Farah memang dah tak ada erti. Buang masa. Buang tenaga. Buat nyawa nak tercabut!
Farah mengeluh. "Okey..." Dah orang yang sorongkan bantal. Dia tak mintak pun tapi dah rezeki. Fattah memang nak teruskan jugak! Dia okey je sebab hati dia sejak dulu pada dia dan sampai bila-bila pun ada pada dia. Tak akan berubah dah! Yakin.
"Kalau macan tu... jom cepat kita gerak. Mereka dah nak mula tak lama lagi. Dah tak lepas dah." Fattah segera tarik tangan Farah ikut langkah dia.
Farah terkejut. Gila ah! "Habis tu kereta saya ni, macam mana pulak? Tak akan nak biarkan macam itu je... kena curi nanti." Farah menjuih bibir pada kereta Myvi putih yang elok terparkin jauh dari sini.
"Tinggalkan aje sekejap. Kalau dah kunci, tak ada apa-apa. Jom cepat..." Fattah dah masuk dalam perut kereta. Tunggu Farah je masuk dalam. Mereka kena cepat sebelum terlambat. Dia tak nak berputih mata.
"Iyalah..."
Kazz dah tak senang duduk. Tinggal sikit masa lagi dah... tak lama dah. Dirinya akan menjadi suami orang untuk wanita yang dia tak kenal dan tak cinta. Sungguh! Papa memang tekad. Terasa baru semalam papa beritahu perkara ini tapi pejam-pejam mata dah nak dekat sebulan lebih dah. Sepatutnya dalam masa sebulan ttu, dia dah ready.
"Kazz...dah ready nanti." Soal Encik Makhtar prihatin. Dari jauh dia sudah lihat anaknya tak tentu arah. Tak reti diam. Dia tersenyum. Bahu Kazz dipaut erat.
"Kuatkan diri tu... kejap lagi dah nak jadi suami orang. Ingat tanggungjawab." pesan Encik Makhtar. Harap anaknya tak abaikan anak rakan baiknya sendiri.
Kazz hanya senyum tawar. Hambar. Tak bahagia dan memang dia tak bahagia dah sekarang ni. Hatinya suka yang lain. Suka dia.
Farah... Nama itu laju meniti bibirnya saat Encik Makhtar berlalu masuk ke kelompok ramai. Berbual-bual mesra saat tunggu jam tepat tiba.
Farah tertoleh kebelakang. Memandang cermin kereta belakang. Hatinya rasa tak menentu. Tak tenteram. Tak tenang. Rasa kena seru panggil rohnya.
Dia tepuk dada kiri. Tanya hati, kenapa aku? Siapa panggil aku? Suara itu buat aku rasa sebu. Mata Farah tetap tertancap pada belakang. Tak puas hati
Fattah yang sedang memandu, menjeling Farah dengan ekor matanya. Farah nampak risau. Dia risaukan apa? Tak akan sebab aku dia risau jugak.
"Awak dah kenapa?" Fattah pandang Farah sesaat sebelum matanya kembali lihat depan. Jalanraya yang lenggang. Nasib baik...
Farah senyum herot. "Tak ada apa-apa." Dia toleh Fattah. Bukan Fattah... Dia yakin.
YOU ARE READING
[Completed] Wedding Dress
Short StoryShe kata; "Jaga elok-elok ya, hati saya ni. Dia sensitif tau." He balas; "Awak pun jaga hati saya baik-baik. Dia nampak keras tapi sebenarnya sangat rapuh." ShortStory||Malay||Love&Friendship| @aimyshazleen Released: 24\12\14 Re-Uploaded: 24\12\16