1. I Hope You Enjoy Dissapoint

9.9K 222 1
                                    

Fattah terdiam. Butir bicara Farah langsung tak masuk ke gegendang telinganya. Macam angin lalu. Bila Farah buat muka marah, dia pandang Farah. Fokus. Kemudian, dah bosan balik. Cerita Farah bawa tak menarik malah tambah asid kat hati dia.

"Dah habis ke?" Fattah kerling Farah yang sedang menyisip straw ke bibirnya.

Farah bengang. Cawan plastik di tangannya terus diletak di rumput. Tak jadi nak feeling-feeling minum air oren tu. Matanya tenung tajam pada Fattah. Dia merengus. Penat cerita pasal diri mereka, Fattah boleh buat tak tahu. Nak kena campak ni...

"A'ah. Dah lama habis. Semalam lagi dah habis dah." Sindir tahap maksima. Fattah tersenyum. Tahu sangat sikap Farah yang berangin memanjang. Tapi, entah kenapa tiba-tiba hatinya jatuh suka pada Farah. Kalau nak dibandingkan Farah dengan Aaisyah. Baik lagi Aaisyah.

"Marah? Maaf, bukannya sengaja pun nak tanya. Sambunglah minum balik..." Fattah ukir senyum senget.

Farah mencebik.

Dia sudah lama tahan sabar dengan Fattah yang selalu buat tidak endah dengan dia. Dirinya nak menolak tapi hatinya tak kuat. Tidak sampai hati, malah Fattah lelaki pertama buat dia jadi gila bayang. Buat dia hampir gila sudah. Buat dia jadi kejam, tak fikir perasaan orang lain. Orang dulu- kawan dia.

"Tak marah cuma kecewa je. Fattah..." Farah berjeda. Matanya memandang sepasang pasangan kekasih yang tampak romantik habis. Dia mengeluh. Hai... nasib badan dapat Fattah yang tak romantik dan entah. Tak ada jawapan.

"Ya. Ada apa?" Fattah turut sama memandang pasangan kekasih yang berpegangan tangan. Dah kahwin kot sebab perempuan tu nampak macam mengandung. Dia beranggapan sendiri. Dia toleh lihat Farah. Farah senyum sendiri. Dah kenapa?

"Awak, serius dengan saya?"

Soalan itu buat dia rasa nak cabut lari balik rumah. Duduk dalam gebar. Biar rasa dunia gelap. Soalan sama yang Aaisyah tuju kat dia. Fattah hanya tersenyum sebagai jawapan.

Farah jatuhkan kepalanya- mengerti Fattah nak cakap apa. Tak sedia. Dia pasti. Setiap kali tanya soalan yang sama, mesti Fattah tak ada jawapan. Hanya tersengih,tersenyum, garu-garu kepala dia atau buat tak dengar saja.

Fattah terdiam. Termenung. Dia sendiri tak tahu sama ada dia serius ke dengan Farah atau sebagai bad habit dia je untuk ganti Aaisyah kerana tempat Aaisyah tinggi. Tiada siapa yang dapat berdiri sama dengan Aaisyah.

"Dahlah... Jom kita balik. Esok kerja, kalau boss tak apalah juga, kan?" Farah koyak senyum. Dia bangun dari duduknya. Melibas-libas sedikit sisa tanah yang melekat pada seluarnya dengan tangan. Dah bersih, dia pandang Fattah yang masih setia dengan duduknya.

"Fattah... nak balik ke tidak ni? Dah lewat petang ni, nanti mama marah." Farah cuit bahu Fattah tapi Fattah tak berganjak malah siap beri dia senyuman yang manis. Siap dengan package kenyit-kenyit mata lagi. Lengkap habis!

Farah berdecit. "Dahlah. Duduk sini sorang-sorang. Biar hantu momok makan. Padan muka. Daaa..." Farah mula melangkah meninggalkan Fattah yang masih begitu. Langsung tak datang bagun nak pujuk dia ke apa. Mata dia dah berair cuma tinggal sikit masa lagi je nak jatuh. Fattah memang tak boleh lupakan perempuan tu.

Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia mendail nombar Kazz. Cuma Kazz je yang boleh tolong dia saat ni. Farah berdehem.

"Kazz, boleh datang ambil aku tak?"

Kazz yang tengah memandu itu, cepat-cepat bawa kereta ke tepi. Suara pemanggil yang macam nak menangis itu buat dia nak berhenti. Nak tumpu apa dia nak cakap.

"Kau kat mana sekarang?"

"Tempat biasa." Farah terus mematikan talian. Dia terasa pipinya sudah basah. Tapi, malas nak seka dan hanya membiarkan ia mengalir. Dia berdiri tegak dan setia menunggu Kazz datang mengambilnya walaupun langit hendak gelap.

"Okey... Hati-hati." Tahu dah. Tak sempat nak cakap kat Farah pun, tapi tetap dia balas walau dia tahu Farah tak dengar. Kereta mula bergerak memberi signal nak masuk semula ke tengah jalan. Dia laju menuju ke Taman Pemaisuri.

[Completed] Wedding DressWhere stories live. Discover now