Aku nampak Hantu..

879 19 1
                                    

Kisah ni berlaku pada tahun 2006
Masa tu kawan aku Azrul ajak aku lepak kat kampung dia time cuti.Aku pon ikut je sebab memang takde buat pape cuti sabtu ahad.Petang jumaat lepas kelas kami gerak naik motor.Sampai je rumah dia masa tu dah malam,kerana terlalu letih lepas makan aku masuk tidur awal walaupun Azrul ajak aku berborak dengannya.Aku hanya dengar tak dengar je sebab dah mengantok sangat.Yang aku sedar aku terjaga malam tu,aku tengok jam pukul 4 setengah pagi..Keadaan sunyi je masa tu,tiba2 aku terdengar bunyi kuat atas bumbung,berkali kali.Hampir subuh barulah aku dapat lelapkan mata.Lepas makan tengahari,Azrul ajak aku lepak dengan kawan kawannya.Aku masih belum cerita kat dia tentang apa yang aku dengar semalam.Taknak nanti akan ada misteri yang akan dia cerita tentang rumah dia pulak,aku dah la tak berapa berani.

Azrul kenalkan aku dengan beberapa kawan baik dia.Azimat,Hisyam dan Nordin adalah kawan Azrul sejak dari kecil.Topik perbualan mereka adalah tentang langsuir yang sering dilihat orang kampung sejak akhir2 ini.Aku hanya diam mendengar cerita mereka.Menurut cerita mereka,orang kampung beberapa kali melihat langsuir bertenggek di bumbung rumah penduduk setempat.Aku terus teringat akan kejadian malam semalam."Jangan jangan bunyi atas bumbung semalam bunyi langsuir tak?" Aku bermonolog sendiri di dalam hati.
Setelah petang aku dan Azrul berangkat pulang dan berjanji untuk berjumpa lagi dengan kawan kawannya pada sebelah malam.
Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri teringatkan kejadian semalam..Beberapa kali Azrul bertanya kerana melihat tingkah aku yang sedikit aneh,tapi aku mengatakan bahawa aku hanya letih.
Malam itu hanya kami berempat yang lepak,Nordin mengatakan yang dia akan lewat datang kerana ada urusan lain..Macam biasa,topik yang menjadi perbualan hanyalah hantu..Aku hanya buat dengar tak dengar je.Entah berapa batang rokok yang dah aku hisap,sebenarnya aku tak berapa minat nak dengar cerita mereka.Terasa seram pulak suasana malam tu dengan bunyi cengkeriknya,dengan sejuknya,semacam je aku rasa.

Tiba tiba Nordin datang dengan keadaan termengah mengah,mukanya pucat.kelam kabut kami semua,kami bertanya kenapa dengannya."Aku nampak hantu dekat pangkin rumah man." Berderau darah aku masa tu.
"Jom kita pegi!" Tiba2 Azrul bersuara dan mereka semua bersetuju.Kami semua bergegas menuju ke tempat yang dikatakan Nordin nampak hantu.

Dalam perjalanan berkali kali aku memujuk Azrul untuk tidak pergi kesitu tetapi tdak diendahkan.Azrul menyuruh aku diam ketika sudah hampir sampai,takut hantu lari kalau sedar kehadiran kami.Peluh dah membasahi seluruh baju aku,rasa nak menangis pon ada masa tu.Dari jauh aku melihat ada 2 lembaga di atas pangkin,aku dah mula rasa nak pitam.Aku mengatakan kepada Azrul yang aku tidak mahu pergi dekat lagi.Dengan pantas Azrul dan kawan kawannya menuju ke arah pangkin dan satu tendangan dari Azrul telah hinggap kepada salah satu lembaga itu.Aku begitu terkejut sekali dengan keberanian Azrul dan kawan kawannya.Dan ketika itu jugalah pelepah kelapa jatuh betul2 di sebelah aku,kerana terlalu terkejut aku menjerit sekuat hati dan aku dah tak ingat apa2.

Bila aku terjaga hari dah siang,badan aku diselimutkan dan aku lihat makanan dah ada kat sebelah.Kemudian Azrul datang kepada aku dan mengatakan yang aku pengsan semalam.Aku terus bertanya padanya berani betul dia tendang hantu semalam.
Dengan marah dia menceritakan yang hantu pernah pinjam duit dia dan kawan kawannya 2 tahun lalu dan belum bayar,lepastu menghilang macam tu je.Aku semakin binggung,setelah diceritakan barulah aku faham.Hantu yang dimaksudkan adalah gelaran bagi kawannya itu kerana sikap nakalnya..
"kenapa kau pengsan semalam?" Tanya Azrul... "eerrr aku kena hempap dengan pelepah kelapa semalam." kataku.Aku harap dia tak perasan yang aku menyembunyikan rasa takut.Aku hanya ketawa sendiri di dalam hati mengenangkan peristiwa itu.

TAMAT

HIMPUNAN CERITA SERAMWhere stories live. Discover now