BAB 21

6.5K 281 88
                                        

Ed menarik tangan aku. Nasib berlapik. Tray yang aku bawa. Ed membawa sebelah tangan kanannya. Mungkin Ed marah dekat aku sebab aku tipu yang aku tiada sebarang luka.

Sampai digerai kami. Ed menyuruh aku duduk. Tray sandwich letak di atas meja yang dialas meja dengan kemas.

Ed pun duduk hadap muka Mia.

"Meh sini jari kau yang luka tuh"
Arah Ed

Mahu tak mahu tunjuk la. Luka aku tuh.

Ed melihat jari Mia cedera ringan. Tanpa membuang masa Ed mencari dompetnya. Ed ada simpan beberapa plaster untuk kecemasan.

"Alahai Ed kenapa kau baik sangat dengan aku? kenapa bila aku susah kau tolong aku?"
Monolog Mia.

"Meh aku plaster kan supaya kuman tak masuk luka kau ni"
kata Ed.

Aku hanya ikutkan saja kata Ed. Tiada bantahan. Aku pun pelik kenapa tak bantah. Nak bantah pun nak buat ape dah orang tolongkan.

Siap Ed plasterkan jari aku. Aku berdiri dan menyusun beberapa tray yang kami siapkan.

Aku lupa nak ambil tabung. Nak suruh Ed jaga gerai sebelum tamat perhimpunan nanti.

hah aku ada idea. Nak cabut lari punya pasal.

"Ed terima kasih ye bagi plaster ni"
Kata Mia.

Ed memandang Mia

"Tak ada apa la. Biasa je. pertolongan cemas"
Jawap Ed

"Iye la Ed. Ed aku nak pergi tandas kejap. Kau jaga ye gerai ni"
Kata Mia

"Engkau macam-macam iye² nak pergi tandas"
Kata Ed seolah tak percaya Mia.

"Alahhh Ed aku dah tak tahan ni. Aku minum air banyak tadi"
kata Mia merayu

"Okey, Lepas kau pergi tandas kau ambik tabung, jangan lupa"
Kata Ed.

"Light green. ape lagi chaww"
Monolog Mia.

---------------------------------------------


Aku mencari-cari tabung tapi tiada. Puas aku mencari tapi tak ada. Sini tak sana pun tak ada. Ish cikgu kata kan bawa meja aku banyak belek pun. Entah mana la cikgu letak.

"Nah ini kan kau cari?"
Sesorang memberi tabung atau tupperware di depan ku.

Aku mencari tuan punya suara.
Ohhhhh Tidakkk. Zack Irfan rupanya. Mahu nak terpengsan dibuatnya.

Aku mengambil tabung tersebut.
"Mana kau tahu aku cari ni?"

"Cikgu aku bagi ada lebih katanya. Cikgu Aliza kau lupa nak bawa tabung tuh yang aku bagi tahu kau ni"

"Bengang aku dibuatnya"
Monolog Mia.

* Zack Irfan menyertai kelab hak pengguna. Zack Irfan ni pengerusi kelab tersebut dan merupakan classmate. Nama penuh aku ingat nama dia Zack Irfan Bin Zahari. Ada adik. High Profil tak boleh cakap la. Muka hensem, sopan, bergaya..
Da tuh je Stopp *

"Mia jom la turun dah nak mula nii"
Kata Zack

"Okey"
Jawap Mia

Kami dari Bilik Guru dan turun tangga seiringan.

Peminat zack pandang nak telan je. Hah peduli ape aku.

Aku pergi ke gerai. Aku dah fikir mesti kena marah dengan Ed ni.

Budak Gengstar Vs Budak PengawasCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang