Aku dan secawan kopi tongkat ali sambil berlibur menonton rancangan yang dipancarkan menerusi sebuah piring hitam bernama astro. Ada sebotol lagi coca cola yang masih berbaki separuh, tapi aku enggan meminumnya. Kerana setiap tegukan boleh mendatangkan penyakit terhadapku pada masa mendatang.
Kotak televisi terus menerus menyiarkan propaganda yang berlaku di sekeliling dunia. Aku hanya mampu mengeluh tentang peperangan, kebuluran dan pengkhianatan yang sedang berlaku kini. Stesen berbayar yang aku langgan inilah menjadi ukuran buatku untuk menilai dunia.
Dunia semakin sakit. Sakit dengan manusia yang mendiaminya. Dosa pahala sudah tiada nilainya. Tuhan seperti dipermainkan. Adakah ini akhirnya?? aku terus menekan punat OFF pada remote control kotak hitam itu. Mengeluh sendiri di dalam hati. Teriaku tanpa bunyi.