PELIK! Dia dah jadi orang lain. Itulah kesimpulan aku memerhatikan dia sepanjang majlis ini berlangsung. Aku mengkaji dengan duduk memerhati dari jauh. Mesti dia tak selesa bila aku ada disamping dia berkepit macam bodyguard yang tak diperlukan. Agak terkejut bila tak sangka dia boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah ke seorang yang sangat ramah, banyak bercakap, banyak berkongsi pendapat, mendengar dengan teliti dan terserlah sifat penyayangnya sepanjang majlis. Berbeza sangat dari apa yang aku perhati semasa kami berdua berada dalam keretanya tadi. Dalam kereta, dia hanya berdiam diri macam banyak sangat benda yang difikirkan.
"Nak air?' Seseorang tetiba hulurkan segelas air kat aku. Aku toleh pandang orang tu. Walaupun dah minum dan makan tadi, aku ambil jugalah huluran tersebut. Aku kenalah hargai usaha dia dah susah payah angkut air tu dan beri kat aku.
"Oh, boleh jugak, terima kasih." Aku menyambutnya lalu kami sama-sama bertukar senyuman. Tapi senyuman dia yang nipis dan senget ke kanan tu beri perasaan tak selesa ke temulang dan nampak lain macam aje pada pandangan aku. Rasa macam banyak sangat benda yang dia tak puas hati kat aku. Rasa macam simpan dendam kat aku pun iya juga. Pandangan mata dia juga mara membara. Buatkan aku terfikir samada aku ada buat apa-apa salah ke sepanjang majlis ni? Setahu aku tak. Aku hanya bantu tengok dan bantu pasang alat bantu pendengaran pada telinga kanak-kanak selepas diberi taklimat pendek oleh doktor pakar sebentar tadi. Aku rasa aku tak buat salah apa pun. Aku takdelah cucuk-cucuk telinga bebudak tu sengaja nak bagi diorang nangis. Ingat aku ni takde perasaan ke?
Bila dah sampai sini barulah aku tahu apa sebenarnya majlis yang dihadiri oleh Mr. Millionaire seorang ni. Dia rupanya adalah penyumbang terbesar dalam majlis ini. Menyumbangkan sejumlah wang untuk membeli dan membekalkan alat bantu pendengaran kepada kanak-kanak dan remaja yang kurang upaya dalam pendengaran. Dan disebabkan itulah Mr. Millionaire ni akan dijemput setiap kali berlangsungnya majlis ini. Seronok bila dah kaya dapat bantu orang lain. Banyak pahala dia. Orang lain mesti banyak doakan dia. Tetiba nak jadi millionaire macam dia pula. Nak juga bantu orang lain.
"Ada apa-apa ke dengan Amril?" Tetiba perempuan itu mengajukan soalan. Nak tersembur air yang aku teguk tu kat wajah dia. Kot ye pun nak bertanya, tunggulah aku teguk air ni, biar ia melalui esofagus aku dan jatuh dalam perut aku dulu. Tersembur kang kat muka kau, kau juga yang buat drama kat sini nanti, gumamku dalam hati.
Aku teguk air tu cepat-cepat supaya drama dalam kotak kepala aku tu tak terjadi.
"Eh, takde kaitan langsung," aku jawab laju. Mati aku kalau dia ni salah seorang kipas susah mati Mr. Millionaire itu.
"Habis tu? Dia tak pernah bawa sesiapa datang sini. Tak pernah perempuan duduk kat dalam kereta dia. Kaulah orang pertama." Erk... mestilah, sebab aku sedang kaji pasal diri dia yang mana memerlukan aku berkepit dengan dia dua puluh empat jam? Jawabku dalam hati. Tapi tak perlu rasanya bagitahu benda tu kat perempuan ni. Tak penting untuk dia tahu.
"Ye ke? Aku setiausaha temporary dia aje." Aku sengih, takut.
"Temporary? Maksudnya?" Dia macam tak suka aku aje dengan intonasi yang dah ditinggikan. Hmm, memang millionaire disukai ramai. Aku tahu aku berada dalam keadaan yang tak selamat sekarang.
"Setiausaha dia yang sebenar sedang bersalin. Jadi aku gantikan untuk sebulan ni," aku cuba jawab dalam suara yang dilembutkan sebaik mungkin. Aku dah ramah dengan sebaiknya dan kalau dia masih tetap nak cemburu sebab aku satu-satunya orang yang Mr. Millionaire bawa kat sini, itu bukan urusan aku. Aku hanya jalankan tugas dan aku hanya nak kenaikan pangkat dan gaji. Tak lebih dan tak kurang dari tu. Kalau nak cemburu, pergi cakap dengan si Amril tu, bukan dengan aku, gerutu aku dalam hati. Ni yang aku malas. Tak memasal aku terlepas cakap dan terbocorkan rahsia sendiri, satu Malaysia nanti tahu yang aku sebenarnya penipu. Eee, perempuan ni kan. Sengaja nak cari pasal dengan aku.
YOU ARE READING
MISS REPORTER VS MR MILLIONAIRE
RomancePUBLISHED UNDER CUTE PUBLICATION PBAKLAPRIL2018. "Takpe, Mr. Millionaire. Maafkanlah diorang tu. Lagipun kau dah buktikan yang kau dah berjaya dan jutawan kat diorang. Diorang yang dengki dengan kau mesti masih berada dalam takuk yang sama, kan?" ...