Bab 8

99 4 0
                                    

Qyra tergesa-gesa bersiap kerana dia telah terlambat masuk kerja. Tambah-tambah lagi Adina tidak sihat, jadi dia tidak ke tempat kerja. Qyra terpaksa menaiki LRT hari itu...

"Eh....Qyra baru sampai???" Tanya Pak Hamid merangkap pengawal keselamatan di tempat kerjanya
"Ye Pak Hamid. Adina tak masuk kerja hari ni, saya terpaksa naik LRT sebab malas nak bawa kereta."jawab Qyra sopan
"Yelah... masuk cepat nanti kena marah dengan bos." Kata Pak Hamid
"Bye Pak Hamid jumpa petang nanti." Kata Qyra melambaikan tangannya, sebelah lagi tangannya memengang air kopinya.

Qyra bergegas ke arah lif dan menekan butang lif.... setelah menunggu beberapa minit, pintu lif terbuka. Namun belum sempat Qyra melangkah masuk ke dalam lif dia telah dirempuh dari belakang sehingga tertumpah air kopinya dan mengenai tangannya...
Yang lagi panas lelaki itu terus berlalu ke arah lif CEO tanpa meminta maaf.
"Woi.... tak ada mata ke? Bukan nak minta maaf. Blah macam tu je... jadi manusia bertamadun sikit...simpan sikit zaman batu tu..." jerit Qyra geram membuat lelaki itu berhenti dan memandang Qyra
"Kau cakap apa?"tanya lelaki itu berjalan ke arah Qyra
"Hah...tak beradab, bertamadun. Takkan la pekak jugak"tanya Qyra sinis, memandang muka lelaki itu yang berubah seperti hulk... cuma hulk warna hijau, dia warna merah..
"Kau memang nak cari nahas...apa masalah kau sekarang?" Tanya lelaki itu dan mengetap giginya
"Masalah aku sekarang ni ialah kau. Apa masalah kau langgar aku tak reti nak minta maaf."kata Qyra selamba
"Itu bukan salah aku. Kau yang duduk tengah jalan, lepas tu kau nak salahkan aku" jerit lelaki itu lantang. Nasib baik waktu bekerja sudah bermula kalau tidak Qyra hanya bakal menempah malu sahaja.
"Hello...kau agak sikit kalau nak menipu pun. Aku di molek dah dekat tepi, kau cakap aku duduk tengah jalan. Aku rasa ada baiknya kau check mata kau."kata Qyra terus meninggalkan lelaki itu termanggu-manggu.
"Woi mana kau nak pergi... aku tak habis lagi..."kata lelaki itu namun dah terlambat kerana Qyra dah pun masuk ke dalam lif.

............................................................................................................................................................................

Rafael Daniel POV

'Siapa perempuan itu, berani dia cakap macam tu dekat aku. Kurang ajar kau perempuan. Aku jumpa kau siap.'bisik hatiku. Belum pernah aku jumpa perempuan yang berperangai macam ni. Aku menolak pintu bilik aku secara kasar sehingga menyebabkan setiausaha aku terkejut.
"Hai, baby.... why are you so moody-moody." Tanya Shila dengan lenggok manjanya.
" I okay.... boleh tak tinggalkan I sekejap... I penatla..." kataku selembut mungkin.
"I tak akan keluar selagi you tak bagi tahu kenapa dengan you..." kata shila berkeras
"Hey... you memang tak faham bahasa eh? Aku cakap keluar. Keluarlah.... Apa yang susah sangat"
"You...apa masalah you ni. Orang lain buat perangai kenapa Iyang kena marah." Tanya Shila
"Ehh... kau ni memang tak faham bahasa ya. Aku cakap blah, blah lah..." jeritku
"Fine I keluar..."
'Kau tunggu la. Aku dapat tahu siapa kau siap kau aku kerjakan. Kau tak kenal siapa aku.' Bisik hati ku

............................................................................................................................................................................

"Tak guna punya manusia....Dia langgar aku, pastu aku yang kena marah. Umi sakit tangan, tangan dah merah." Rungut Qyra
"Qyra kenapa ni, marah-marah kat siapa. Kenapa dengan tangan tu?" Tanya Junaidah kelihatan risau melihat tangan Qyra yang kemerahan
"Tah... orang gila....eh. Jap bukan sahaja gila tapi buta... dia langgar pastu blah macam tu je... dah tu air langgar sampai tertumpah air kopi yang panas... You boleh bayangan betapa sakitnya hati I tadi...erkhh..." bebel Qyra menghadap Junaidah siap dengan gaya tangan lagi
'Sejak bila dekat sini ada orang gila...' bisik hati Junaidah
"You dengar tak apa yang I cakap ni." Tanya Qyra sayu
"I dengar... ishh... dah jom I letak ubat.." kata Junaidah menarik tangan Qyra yang tidak terluka.
"Takpa la nanti I letak ubat sendiri. Thanks dengar I membebel." Kata Qyra meneruskan pekerjaannya
"Dah jangan nak mengada-ngada jom I letakkan ubat." KataJunaidah lagi dan memaksa Qyra bangun mengikutinya.
"Yelah-yelah jap..." kata Qyra
Mereka beriringan ke arah bilik Junaidah.

Aku cintakan kau buaya!!!(On Hold)Where stories live. Discover now