Bab 3

138 4 0
                                    

    Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Qyra dan Adina bersiap-siap untuk ke pejabat. Berdebar jantung mereka memandangkan itu ialah hari pertama mereka bekerja. Adina memakai baju kemeja dan skirt pencil, dia menyanggulkan rambutnya agar kelihatan lebih kemas. Manakala Qyra memakai baju kurung moden, dan memakai selendang yang dihadiahkan oleh arwah walidnya.

   "Qyra, jom cepat nanti jalan jammed" jerit Adina berjalan menuruni tangga

   "Aku dah siap dahla. Kau yang  lambat sangat" jawab Qyra bangun dari sofa dan terus keluar dari rumah.

   "Ooo... Dah siap eh? Hehehe sorry" Adina tersengeh

  Mereka bertolak keluar dari rumah ke Panglima Holding. Sebuah syarikat terkemuka , syarikat tersebut menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Antaranya automotif, tekstil, perkapalan dan perhotelan. Mereka mendapat kerja di sana melalui pertolongan ibu saudara Adina. Setelah tiba di pejabat mereka bergerak ke bahagian sumber kemanusiaan (HR).

   "Assalamualaikum. Saya Zaqyra dan ini Adina kami datang untuk melapor diri." Kata Qyra tersenyum

   "Waalaikumsalam, selamat datang. Akak Fatimah, boleh panggil kak Mah. Jom akak tunjukkan department kamu berdua." Kak Mah juga memberikan senyuman kepada Qyra dan Adina. Mereka mengikut Kak Mah ke department  setiausaha

"Terima kasih kak." Ucap Adina

  "Jom akak kenalkan dengan ketua kamu." Kak Mah begerak ke arah bilik ketua setiausaha, dia mengetuk pintu itu sebelum masuk.

  "Hai jun. You need to meet someone. This is Zaqyra and Adina, they will work under you." sapa Kak Mah sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu.

   "Hai I'm jun, your manager." Kata Junaidah menyuakan tangannya kepada Qyra.

   "Hai... I Zaqyra and this is Adina my friend. Kami ingin melapor diri hati ini. Nice to meet you Miss Jun " Kata Qyra dengan yakin dan lancar menyambut tangan Junaidah

  "Woi....I' amazed with your confidence. You sepatutnya jadi setiausaha not a clerk." Kata Junaidah terkejut

  "I don't think so Miss. I biasa je, You tak perlu amazed dengan I. Semua orang boleh jadi confidence." Qyra tersenyum

  "Let me show your place and introduce you to others" Junaidah keluar dari biliknya bersama-sama Qyra dan Adina.

   Hari pertama bekerja, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka mendapat kawan baru dan belajar benda baru.

  "Lunch time..."jerit Adina

  "What the hell was that? Stop shouting Dina. Ya I know it lunch." Kata Qyra memandang ke arah sahabatnya yang tersenyum sumbing..

  "Hehehe. Bukan selalu nak tengok kak Qyra kita marah. Jom la makan aku dah lapar ni, nanti kalau aku lambat makan aku sakit. Kalau aku sakit sapa yang susah kau jugak." Kata Adina dengan panjang lebarnya.

   "Yelah sayang intan payung. Jom, nanti kebulur pula kawan aku dunia akhirat ni." Qyra tersenyum dan bangun dari kerusi lalu menyangkut beg tangannya di bahu. Mereka makan tengah hari bersama beberapa pekerja lain di kafe.

   "Wei Qyra, ya Allah hensemnya mamat tu. Agak-agak kau boleh tak aku lamar dia jadi suami aku?" Kata Adina secara tiba-tiba. Qyra mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang disebut Adina
'Subhanallah, hensem.. Qyra apa kau buat ni. Tundukkan pandangan.!'bisik hati Qyra namun matanya masih memandang ke arah lelaki itu. Mata mereka berlaga seketika sebelum Qyra memandang ke arah lain.' Ya Allah, Qyra kau ni suka buat benda yang memalukan diri kau sendiri' marah Qyra pada dirinya sendiri.

   "Itulah Bos kita, hensemkan. Yang sebelah dia tu setiausaha dia, kekwat gila. Memang menyampah I tengok dia, baru bekerja 2 bulan tapi perangai macam orang yang dah lama bekerja di sini." Terang Junaidah menunjukkan mimik muka meliat dengan setiausaha bos mereka

  "Ooo... bos kita tu dah kahwin ke?" Tanya Adina tersengeh

  "Adina....Mana kau nak letak Hubby kau? Jap aku teka. Dalam closet kau..." Suara Qyra seakan-akan cemburu 'wei apa yang aku buat ni. Kenapa aku cakap macam tu, umi adik nak balik... Abang tolong adik...' rintih hati Qyra

   "Aku main-main jelah. Lagipun aku sayangkan hubby aku lagi." Jawab Adina selamba, hubby yang diperkatakan ialah abang kedua Qyra.
 
   "Tapi I musykil lah kenapa tiba-tiba bos makan di kafe. Oh ya I lupa hari ni Tan Sri Mikail datang!" Kata Junaidah menarik minat Qyra dan Adina

  "Tan Sri Mikail? Itu kan kawan papa." Adina melihat ke arah bos kami semula. 'Tan Sri Mikail? Macam pernah dengar, orang yang sama ke?' Bisik hati Qyra.
     Bunyi deringan dari telefon Qyra menyebabkan dia terkejut. Dia mencapai telefonnya  untuk menerima panggilan tersebut

   "Assalamualikum." Qyra memberi salam

   "Waalaikumsalam, Qyra ni umi ni." Jawab Hajah Atikah

   "Oooo... Umi ada apa Umi?" Tanya Qyra

  "Umi nak beritahu kamu, Abang Farish cuba call kamu tapi tak dapat-dapat. Abang kamu tu risau, kejap lagi call abang kamu semula ye?" Beritahu Hajah Atikah.

  "Kejap lagi Qyra call abang ya Umi. Qyra dah nak pergi waktu lunch dah hampir tamat. Qyra habis kerja kejap lagi Qyra call umi semula." Kata Qyra

"Yelah hati-hati ingat nanti call abang semula." Kata Hajah Atikah memutuska talian.

* satu lagi bab malam ini... bye.... terima kasih pada yang sudi membacanya...

Aku cintakan kau buaya!!!(On Hold)Where stories live. Discover now