warkah buat muslimah

353 22 0
                                    

Warkah Buat Muslimah...

DUHAI MUSLIMAH, ku tintakan warkah ini kepadamu, kerana ingin memuliakanmu. Bukan menghinamu. Tidaklah warkah ini ditulis melainkan sebagai menzahirkan rasa cintaku padamu.

DUHAI MUSLIMAH, zaman Jahiliah telah mengukir sejarah hitam buatmu. Betapa sayangnya Allah kepadamu, dihadiahkan Islam sebagai agama yang akan memartabatkan kedudukanmu.

DUHAI MUSLIMAH, datangnya Islam dengan syariat, demi mengangkat darjat. Jika kamu meninggalkan syariat ini, hakikatnya kamu telah meruntuhkan darjatmu.

DUHAI MUSLIMAH, kamulah harapan ummah. Jadikan kehadiranmu dalam masyarakat sebagai penjulang Syiar Islam dengan mematuhi ajaran2 Islam. Kalaulah kehadiranmu menyebabkan timbulnya fitnah dalam masyarakat, siapalah kami...

DUHAI MUSLIMAH, kami ingin melihat kamu sebagai ibu yang mendidik anak-anak dengan asuhan Islam, bukannya asuhan Barat. Kami ingin melihat kamu sebagai pemudi yang menutup aurat, bukannya menayang aurat. Kami ingin melihat kamu pemudi yang mementingkan agama, bukannya memandang enteng terhadap agama.

DUHAI MUSLIMAH,tiada istilah 'aku sudah terlambat utk berubah'. Ketahuilah bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka. Andainya kita pernah silap, ketahuilah bahawa Kasing sayang Allah swt mengatasi sifat marahnya.

Wallahu A'lam.

Al-Faqir ila Hubbillah, Suhaimi Radzali.

@IbnuRadzali

#Hijrah Muslimah Where stories live. Discover now