Bab 4: Pengantin Baru

1.3K 8 2
                                    

Hari ni merupakan hari pernikahanku.

Aku rasa nak cabut sekarang, but I realised that it was too late for that shitty act. Aku dah lengkap berbaju pengantinku berwarna putih gading.

Aku masih di bilikku seorang diri. Puas aku bertengkar dengan abah malam semalam tapi, apakan daya... Aku memang tak boleh nak lawan hujah abah.

******************************

"Syifah tak nak kahwin dengan Airil tu abah!" Kataku tegas. Aku menghenyakkan diriku di sofa bilik bacaan.

"Syifah, abah buat semua ni untuk kebaikan Syifah juga. Besides, Syirah dengan Airil tu sebaya so you guys mesti faham each other kan?" Terang abah. Dia duduk di sebelahku.

What?! Okay, aku tak tahu pun Airil tu satu umur dengan aku. But still, aku tak nak!

"Kenapa sebelum ni abah tak bagitahu Syifah semua ni? Kenapa abah nak kejutkan kan Syifah dengan surprise ni? Syifah tak suka lah!" Bentakku. Sungguh, aku tak mahu bergelar 'isteri orang' semuda ini.

"Sebab kalau abah bagitahu Syifah awal-awal benda ni, mesti Syifah dah lari rumah sekarang ni kan? Syifah..." abah menggenggam tanganku. Aku tepis tangan abah. Aku bangun.

"Enough abah! Abah tak pernah nak fikir tentang perasaan Syifah. Abah selfish tau tak! Abah buat semua ni just because nak expand business abah kan? Sanggup abah jual anak abah demi kepentingan abah sendiri!" Kini, suaraku naik satu oktaf. Aku juga baru tersedar dengan suaraku yang makin meninggi.

"SYIFAH!" Satu tamparan singgah di pipiku. Aku yang tadinya berdiri kini terduduk di atas lantai. Aku memegang pipiku yang aku rasa berdenyut dek tamparan abah tadi. Sakit!

"Syifah jangan nak kurang ajar dengan abah! Abah tak jual Syifah. Abah buat semua ni demi kebaikkan Syifah sendiri, for your own benifit!" Suara abah juga meninggi.

Aku bangun. Airmataku gugur satu per satu. Selama aku hidup, aku tak pernah tinggikan suara aku dekat abah, tapi malam ni it's just too much for me to handle. Aku terus keluar dari bilik bacaan meninggalkan abah seorang diri.

******************************

"Syifah!" Suara yang sangat familiar aku dengar.

"Fiza?" Aku amati mukanya. Mukaku berkerut.

"Kenapa buat muka macam tu? Kau tak suka ke aku datang?" Soalnya. God!! It's FIZA!!

Ya, Fiza. Dia ni sepupu aku dari London. Dulu kitorang sama-sama ambil UPSR tapi parents dia tiba-tiba kena transfer pegi London. So, it's been several years since I last saw her. Paling last masa raya tapi itu pun masa kami 13 tahun.

"HAFIZAH!" Aku memeluknya erat. Kesedihan yang aku rasa tadi terubat seketika apabila melihat Fiza, my unidentical twin.

"Ohh dah kahwin tak nak bagitahu ehh" Dia menarik muncung mulutnya.

"Alah sorrylah. Benda ni pun actually my mom and dad punya plan. I just follow them." Aku memandang lantai. Pipiku basah. Airmata mengalir.

"Kau ok ke? Aku ada dengar dari mommy yang uncle paksa kau kahwin" dia kembali memelukku. "I know uncle never do anything without any reason behind them. I think it's for your own benifit, Syifah" Tambah Fiza lagi. Ayat dia sebijik macam ayat abah.

"Aku tahu tapi... at least bagi tahulah aku awal-awal. Tak adalah aku terkebil-kebil cuba mentafsir situation aku sekarang ni" keluhku. Aku melepaskan pelukan kami sambil menyeka air mata yang jatuh tadi.

"Tapi kan, cuba kau fikir. Kalau kau dah kahwin, kau bolehlah laksanakan fantasi liar kau tu dengan husband kau nanti kan?" Fiza tersengih. "Fiza!" Jeritku spontan.

"Betul apa. Kau kan selalu ada fantasi nak ehem ehem dengan future husband kau dekat katil, bathtub, ruang tamu, kitch..." aku menekup mulut Fiza. Dia ni memang tak boleh nak simpan rahsia la eeeee geram aku!

Dia ketawa berdekah-dekah. "Tapi aku tak boleh nak jadikan fantasi aku tu realiti lagi sebab, aku tak nak berehem-ehem dengan someone that I don't like" jelasku. Tekupan mulut Fiza juga sudah ku leraikan. "oh ya tak ya juga kan? Kalau macam tu, belajarlah macam mana nak cintai dia. Kan sekarang ni ramai orang cakap, bercinta selepas nikah tu lagi sweet" Kata Fiza.

Tak sempat aku nak sambung berbual dengan Fiza, ibu dah masuk.

"Syifah. Marilah turun. It's time." Aku memandang Fiza. Dia macam nak cakap 'You can do this babe. You can!' Tapi tak kesampaian. Ceh, macam ada telepati je.

Ibu menarik tanganku dan memimpinku turun ke bawah. Aku malas nak ambil tahu tentang lelaki yang akan melafazkan ayat keramat untuk menjadikan aku sah sebagai isterinya. Aku duduk di pelamin seorang. Aku langsung tidak memandang ke arah pengantin lelaki. Lantak kau lah!

"Jadi, boleh lah kita mula sekarang" Kata imam yang akan mengijab kabulkan aku dengan suamiku. Err suami? Uhuk uhuk. Tak tak bukan suami yang aku pilih dengan rela. More like suami terpaksa. "Ha'ah. Dah boleh mulalah tok" kedengaran suara abahku pula berbicara.

"Baiklah. Pengantin lelaki ni nampak tenang sangat. Tak gemuruh ke?" Soal imam kepada lelaki di hadapannya. "Nervous jugaklah sikit. Tapi demi dia, saya ok" amboi amboi, aku tak touching ok?!

"Mohd Adam Zairil bin Zikri" panggil imam. Nama tu...

"Saya" jawabnya.

Tak mungkin.

"Aku nikahkan dikau dengan Dhia Assyifah Sofea binti Abdullah dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai" kata imam.

Aku belum memalingkan muka. Tak mungkin dia. Tak mungkin!

"Aku terima nikahnya Dhia Assyifah Sofea binti Abdullah dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai" lafaznya. Setelah wali mengesahkan lafaznya, kami semua mengangkat tangan berdoa. Aku sekarang sah menjadi isteri Mohd Adam Zairil, budak baru yang duduk di sebelahku!!!!

Semasa makan beradab, aku melihat Adam. Aku masih tak percaya, Adam ialah suami aku. Adam yang perasan dirinya diperhatikan mendekatkan bibirnya ke arah telingaku "kenapa awak pandang saya macam tu? Saya hensem sangat ke harini?" ek eleh! Aku tidak menjawab pertanyaannya malah menjelingnya tajam. Biar dia rasa kedinginan Syifah! "Awak comel macam tu" katanya lagi dengan senyuman kegemaranku. Aduh tak boleh tak boleh. Ego, jangan turun!!

Ibu bapa Adam mendekati kami berdua semasa sesi bergambar di pelamin. Mama mencium dahiku lembut.

"Selamat pengantin baru menantu mama" Dia tersenyum.

Puan Rosalinda a.k.a Mama adalah kacukan melayu belanda manakala Mr.Smith atau nama melayunya Encik Hafizul a.k.a  papa merupakan mat salleh tulen. Sebab tu lah muka Adam ni iras-iras orang putih.

Kami berdua menyalam tangan mama dan papa.

"Papa harap kamu bahagia bersuamikan anak kami" Kata papa semasa aku mencium tangannya. Bahagia? Boleh pergi mampus!

Malam tu, aku di dalam bilik manakala Adam di bawah berbual dengan ibu dan ayah serta saudara maraku. Malas aku hendak turun beramah mesra dengan mereka. Aku mengambil bathrobe dan terus melangkah ke bilik air. Usai mandi, aku hanya mengenakan bathrobeku tadi dan baring di atas katil. Entah macam mana, aku tertidur. Penat sangat kot. Biasalah pengantin baru... eh?

Awak Dan SayaWhere stories live. Discover now