Bab 11: Malu!

3.1K 11 0
                                    

Aku mengetuk pintu bilik.

"Masuk je lah pintu tak berkunci" kata Adam dari dalam. Aku saja ja nak ketuk. Mana tau kalau aku terjah masuk, dia masih bertuala hihihi. Dapatlah aku tengok freeshow.

Adam sedang mengemas bajunya ke dalam beg kecil di atas katil. Aku duduk bersila di sebelahnya.

"Esok kita pergi rumah parents awak jam berapa?" Soalku. Dia berhenti melipat bajunya dan mengangkat kepala memandang wajahku.

"Hmm.. jam 11 kita bertolak. Rumah mama dengan papa bukannya jauh sangat" Senyum Adam.

"11 pagi ke malam?" Soalan kau ni Syifah.. tak ada lagi bodoh ke?

"11 malam. Kita kan nak tumpangkan Puan Ponti dengan Encik Chong kat belakang kereta kita" Hah kan dah kena sebijik.

"11 pagilah sayang" Adam mencubit pipiku. Alamak sukanya aku bila dia buat macam ni. Berbunga-bunga hati aku alahaii.. eh tapi depan dia kena berlakon aku tak suka. Aku tepis tangannya.

"Sakit tau tak. Okay lah kalau macam tu. Saya nak kemas baju saya dulu lepas tu tidur" aku turun dari katil tetapi pergerakkan ku ditahan.

"Awak tidur atas malam ni boleh tak? Saya sunyi lah" What? Mestilah nak hihi tak payah jemput pun saya akan tidur sini.

"Tengoklah macam mana. Saya turun dulu" aku melangkahkan kakiku keluar. Aku menutup pintu bilik Adam rapat.

"Eee sukanya dia ajak tidur sama omg omg" aku sudah melompat kegirangan bagai anak kecil yang dapat gula-gula kegemarannya. Suka bebenor cheq!

"Awak buat apa tu?" Kedengaran satu suara di belakang. Aku berpaling.

Adam!

Alamak dia nampak ke aku terkinja-kinja? Mesti aku nampak macam beruk kena belacan.

"Ah takda apa. Saja je exercise. Yelah kawan-kawan saya kata saya dah gemuk" aku menggayakan aksi-aksi senaman macam lari setempat dan stretching ringan.

"Ada-ada je lah awak ni. Kesian saya dapat isteri macam awak ni" Adam menggeleng-geleng kepalanya dan kembali menutup pintu.

Alamak malunyaa!!! Aku terus berlari macam tak cukup tanah ke bilik bawah dan terus melompat naik ke katil. Aku menekup mukaku dengan bantal. Malu bagai nak rak aku rasa sekarang ni.

Beberapa minit lepas aku layan perasaan malu aku tadi, aku mula mengambil laugage kecilku dan mengisi pakaianku. Setelah pakaian terakhir aku masukkan, aku mengerling jam pada dinding. 10 malam. Aku zip laugageku tadi. Ting! Notification WhatsAppku berbunyi. Adam rupanya.

Adam: Awak dah siap kemas baju ke?

Syifah: Dah. Kenapa?

Typing...

Adam: Oh..
Adam: Naiklah atas.
Adam: Tadi saya kata tidur dengan saya kan?
Adam: tak ada tapi tapi okay?

Eleh, siapa nak bertapi tapi? Aku nak ok!

Syifah: Err okay.
Syifah: Kejap lagi saya naik atas

Typing...

Adam: okay sayang.

Sayang? Dia panggil aku sayang? Oh my gosh akak cair gais! Tanpa berlengah lagi, aku terus naik ke atas seperti yang dimintanya. Aku memulas tombol pintu perlahan dan menjengukkan kepalaku untuk melihat keadaan sekeliling. Eh kosong? Adam ni ma-

"Awak cari saya ke?"

"Opocot!!" Tak semena-mena aku jatuh menyembah tanah. Aduh! Sakitnyaa!

Adam yang dari tadi menahan tawanya akhirnya dihamburkan juga. Bukannya reti nak tolong aku bangun, dia ketawakan aku pulak  Aku bangun dan keluar. Nak merajuklah macam ni!

Tak sempat aku melangkah, aku dipeluk dari belakang.

"Alah awak ni saya gurau sikit pun nak marah" Kata Adam dengan tawanya yang masih berbaki.

"Lepaslah saya nak turun bawah" aku meronta-ronta untuk dilepaskan tapi apakan daya aku yang lemah ni nak lawan Adam kan? Tangannya memelukku kemas.

"Aipp tadi saya kata tidur dengan saya kan? Ini arahan dari seorang suami tau. Kalau isteri dia ingkar, dosa.." Kata Adam.

"Ughh yelah yelah" seraya itu juga Adam melepaskan pelukannya.

"Macam ni lah isteri saya" Adam menepuk-nepuk kepalaku lembut. Aku menepis tangannya.

"Dah lah saya nak tidur" aku naik ke atas katil. Aku masih merajuk ni, pujuklah Encik Adam oiii.

Adam mendekati katil dan berbaring di sebelahku. Aku membelakanginya. Aku nak teruskan operasi mogok aku. Adam menyentuh lembut lenganku.

"Awak merajuk lagi ke?" Cepumas betul soalan dia ni haih.

Aku hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba Adam menarik lenganku agak kuat sehinggakan aku berpaling menghadapnya. Wajah kami tersangat sangat dekat. I repeat, TERSANGAT SANGAT DEKAT!

"Sayang merajuk lagi ke?" Alamak dah bersayang-sayang lah pulak. Ni yang aku lemah ni. Jangan layan Syifah. Teruskan rajuk kau. Adam mengelus pipiku lembut.

"Jangan lah macam ni. Kalau awak tak cakap apa-apa, nanti saya rindu suara merdu awak" alahaii hati aku ni dah cair secair-cairnya. Suara aku merdu ke? Aku rasa suara aku ni macam bunyi garfu kena gesel dekat papan hitam. Nyaring lagi mengilukan!

Aku menarik muncung merajukku. Pedulilah rupa aku macam itik nak bertelur ke apa, yang penting aku belum puas dipujuk. Adam mencium bibirku sesaat sebelum dia ketawa kecil.

"Comel lah awak buat muncung tu. Geram saya dibuatnya"

A-Adam cium aku ke tadi? Walaupun bukan ciuman yang bernafsu but still, he kissed me? Adam cium aku ahhh!! Aku rasa hati aku nak meletup disebabkan menampung kegembiraan yang melimpah ruah.

"Dah stop. Saya nak tidur esok kan kena bangun awal" aku menarik selimut menutupi seluruh badanku hingga ke paras dada.

"Ok saya pun dah mengantuk. Jomlah tidur. Goodnight" Adam melingkarkan tangannya ke pinggangku dan mengucup dahiku. Dia kemudian terlena sebelumku. Aku memandang wajah polos Adam yang sedang tidur. Aku mencium juga dahinya dan menucapkan selamat malam sebelum melelapkan mata.

Aku terjaga dek kerana sentuhan di pipiku. Siapa kacau ni? Aku membuka mata sedikit dan melihat Adam sedang mencium keseluruhan mukaku. Aku kembali menutup mata kemas. Aku rasa Adam tak sedar aku terjaga. Ciumannya terhenti. Alamak, dia tau ke aku bangun?

"Saya sayangkan awak, Syifah. Saya janji saya akan jaga awak sampai bila-bila, ada dengan awak waktu senang dan susah, sentiasa bahagiakan awak dan ceriakan hari-hari awak.

Saya tahu awak masih belum boleh terima saya sebagai suami awak, tapi saya yakin Allah pasti akan buka pintu hati awak untuk saya suatu hari nanti. Saya yakin saya ada tempat kat hati awak. Saya tetap tunggu hari tu datang, Syifah.

Saya tak akan lepaskan awak walau sekejam dan sedingin mana layanan awak dekat saya. Saya akan tetap bagi awak kasih sayang yang secukupnya supaya awak tak menagih kasih kat orang lain. It's okay if I didn't get anything in return, yang penting awak happy. That matters to me the most. I love you so much"

Satu kucupan hangat kurasa singgah di dahiku lama sebelum ianya diganti dengan pelukan.

Tipulah kalau aku tak terharu. Aku tak sangka sebesar ini cinta Adam kepadaku. Buat masa ni, luahan hatinya tadi membuatkan aku lupa tentang skandalnya di belakangku. Yang aku tahu sekarang, aku juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

Saya pun sayang awak, Adam.

Saya pun sayang awak sangat-sangat.

Awak Dan SayaWhere stories live. Discover now