• Wan POV •
"Fiqah, fiqah. Kamu pegi mana? Fiqah, fiqah ... " racauan Mimin mengejutkanku dari alam mimpi. Aku menongkat kepalaku ke kiri untuk memerhati Mimin. Peluh mengalir begitu banyak di atas dahinya. Mimpi buruk rupanya isteriku ini.
"Fiqah, fiqah.... Fiqah !! " Mimin terduduk lalu dia meraup mukanya. Aku yang terkejut dengan cara Mimin terbangun, terus memeluknya . "Hanya mimpi buruk sayang. Dahlah tu . Mimpi buruk tu . Mengucap sayang mengucap. " kasihan biniku ini. Aku terus membaringkannya sambil memeluknya.
"Abang ada sini . Abang akan selalu temankan sayang . Dahlah, tidur ya sayang. " aku memeluk pinggangnya lalu mengecup dahinya . Setelah itu, barulah Mimin dapat tidur dengan lena sekali.
...
Pagi itu, nama Fiqah asyik terlintas di fikiranku . Siapa Fiqah? Setahu aku, Mimin tiada adik . Dia hanya anak tunggal.
"Morning abang"
Fiqah? Fiqah siapa ek? Adik? Tak juga. Kakak? Pun mustahil.
"Abang ... " suara lembut yang sedang duduk bersebelahanku terus menyedarkanku ke alam realiti.
"Abang ni . Dah banyak kali Mimin panggil, asyik mengelamun . Mengelamun apa tu? Awas kalau abang mengelamun pasal betina lain ! " uish, garang bini aku hahaha. Tapi, rasa-rasanya, ini adalah masa terbaik untuk menanya berkenaan Fiqah.
"Abang tak mengelamun pasal betina lain . Tapikan, abang nak sayang janji akan ceritakan apa yang abang tak tahu. Okay? " Mimin mengerutkan dahinya lantas mengangguk. Aku tersenyum lebar. Okay, start now !
"Semalam , Mimin asyik-asyik panggil nama Fiqah . Fiqah tu siapa? " ujarku. Bibir Mimin yang tadinya merah berubah pucat . Matanya kemerah-merahan menahan tangisan . Eh, aku ada salah cakap ke tak ni?
"Erm, sayang . Kalau sayang tak nak beritahu, lain kali jer la ya? Abang boleh tunggu . Just, abang risau sebab akhir-akhir ni nama Fiqah asyik menganggu mimpi sayang . Abang just risau."aku mengusap-usap bahu Mimin . Rasa-rasanya, soalan itu boleh tunggu. Tapi, Mimin menggeleng. "Tak, Mimin nak kasitahu sekarang" aku menatapnya ,tepat di anak matanya.
"Serious? Kalau keberatan, tak payahlah . Abang boleh tunggu" aku menyelitkan rambutnya ke belakang telinganya. Mimin mengangguk lalu dia menghembuskan nafasnya.
"Fiqah tu actually adik Mimin. " hah?!! Adik?
"Tapi, bukan Mimin anak tunggal ke? "
"Abang confirm ke Mimin anak tunggal? Dengar dari siapa? " aku mengaru kepalaku. Aku cuma selalu nampak dia sorang-sorang kat rumah . So, aku anggap dia anak tunggallah . Aku terus menggeleng. Mimin tersenyum .
"Actually, Mimin bukan anak tunggal. Mimin ada adik perempuan , Syafiqah. Dulu, kami sekeluarga pergi ke pantai. Cadang nak picnic-picnic. Time tu, mummy dan daddy sibuk mengeluarkan makanan-makanan dari kereta . So, Mimin ditugaskan untuk menjaga Fiqah . Kalau tak silap Mimin, time tu Mimin form 2. Fiqah baru year 3 . Kami berlari berkejaran di gigi pantai. Terus, kami membuat sand castle. " Mimin mengeluh berat.
Aku mengusap bahunya . "Kalau tak nak, jangan paksa sayang" Mimin malah mengelengkan kepalanya. Heih, aku tak nak paksa dia .
"Akibat terlampau seronok membina sand castle, Mimin terleka untuk menjaga Fiqah. " air mata mula bertakung di mata Mimin. Luluh hati ini .
"Time mummy memanggil kami , barulah Mimin sadar bahawa Fiqah tidak berada di samping Mimin lagi. Perasaan takut Mimin hanya Tuhan yang tahu. Mimin mencari-cari kelibat Fiqah namun gagal. Mimin pening dan terus duduk di salah satu batu yang menghadap dengan pantai biru . Tiba-tiba, objek yang berada di tengah pantai menfokuskan penglihatan Mimin. Mimin mengecilkan mata Mimin dan betapa hancurnya Mimin bahawa objek itu Fiqah . " Tangisan Mimin pun pecah . Aku segera memeluk Mimin. Mimin menangis di dadaku , teresak-esak. Aku mengusap-usap belakang badannya.
YOU ARE READING
Musuh Ketat menjadi True Love ✔
RomanceSetelah lama tidak berjumpa kepada musuh ketatnyaa, tiba2 Mimin berjumpa semula kepada Musuh Ketatnya iaitu Syazwan . Tanpa disedari, ayahnya, Encik Rahman, telah lama berkenalan dengan Syazwan . Syazwan adalah CEO kepada sebuah syarikat yang mempu...