47 : Red ❤

4.3K 51 1
                                    

Pagi itu, matahari menyinari bilik tidur kami, di mana kami berdua telah menunjukkan rasa cinta dan sayang kami sesama sendiri.

Wan terlebih dahulu bangun dari tidur lenanya, memandangkan dah ada bantal peluk yang lebih selesa. Wan menongkat kepalanya ke kiri, mula mengusik Mimin yang tengah lena tidur di sampingnya.

Mulai dari dahi turun ke bibir Mimin diciumnya, perlahan. Hatinya bersyukur serta dia berasa bahagia setelah mengetahui perasaannya di balas dengan baik .

"Emmmmm " Mimin mengerutkan dahinya apabila tidur lenanya di ganggu. Wan tersenyum kerana baginya, Mimin kelihatan sungguh comel serta sangat cantik dengan wajah-wajah yang masih tidur itu. Wan bukannya berhenti tapi malah dia mulakan gangguan dengan cara mencium seluruh wajah Mimin.

"Eeeeee " Mimin yang tadinya memeluk pinggang Wan , sekarang sudah membelakangi serta menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Wan tergelak dan itu semakin membuatkannya mengacau lebih tekun. Wan mencium telinga Mimin turun ke leher Mimin.

"Eeee, tak lena orang tidur tau macam ni " Mimin terus duduk sambil memeluk tubuhnya memandang Wan. Wan yang sedang menikmati pemandangan indah di hadapannya itu terus tergelak kuat. Mimin mengerutkan dahinya lalu memeriksa dirinya. "Kenapaaa? " Wan yang masih ketawa geli hati hanya mengelengkan kepalanya.

"Eeeee, beritahulah! Geramnya macam ni ! " Mimin terus membalut tubuhnya dengan selimut . Maklumlah, malam itu..... serta-merta pipi Mimin merona mengingatkan kejadian semalam.

"Sayang kenapa bawa selimut tu? Kalau tak payah guna lagi cantik " Wan tersenyum nakal melihat Mimin . Mimin menjeling lalu menjelirkan lidah kepada suaminya. "Gatal! "

"Alaa, gatal pun dengan sayang kan. " Wan yang tadinya sedang duduk di birai katil terus menghampiri dan mencium pipi serta leher Mimin. Dirangkulnya pinggang Mimin, erat. "Abang lepas. Nak mandi ni. " Mimin mencuba meleraikan rangkulan Wan.

"Laaaa, kenapa tak cakap? Jomlah " Mimin sekali lagi mengerutkan dahi . Kenapa pula jom? Lama-lama barulah dia faham. "Eiii, tak boleh . Mengada-gada . Sudah sana, Mimin nak mandi . Dah melekit badan ni sebab... "

"Sebab kejadian semalam memerlukan banyak tenaga ke sampai badan sayang melekit? " Wan menjongketkan kedua keningnya sambil tersenyum nakal memandang Mimin . "Eeee, manada ! Ee sudahlah, malaslah nak berborak dengan abang awal pagi ni. Gatal betul ! " Mimin berlalu masuk ke dalam bilik air. Wan tergelak besar sambil berkata , " sayang, jangan lupa berus bagus-bagus tau daki di area leher tu . " kurang asam punya mamat!!!

.

.

Mimin terus berasa segar sehabis mandi. Wan sudah lama keluar untuk membungkuskan makanan di luar. So, aku sekarang dah boleh jalan suka hati. Dah takde laki gatal sorang tu. Huh!

Mimin mengambil sisir lalu menyikat rambutnya . Ketika menyelak rambutnya ke tepi, serta-merta Mimin menjerit "Haydar Syazwannnnnn!!!"

...

Wan masuk bersama dengan bungkusan makanannya. Bidadarinya sedang menonton tv , rambut dihurai sambil bersila di atas sofa. Suasana bilik masih lagi bersepah, segala pakaian bertaburan di atas lantai . Ish ish isteriku ni . Wan pun mengambil baju-baju kotor yang berada di atas lantai, hasil dari kegiatan mereka semalam, dan meletakkannya di dalam bakul.

Wan lalu mendekat Mimin dan mencium bahunya . "Sayang, jom makan. Abang dah bungkuskan makanan ni. "

Wan meletakkan bungkusan itu tepat di depan mata Mimin . Wan bersila di hadapan Mimin dan membantu membukakan tapau makanan Mimin . Tapi, Mimin hanya memandangnya sekilas lalu sambung menonton tv yang bukannya best sangat . Wan mengerutkan dahinya sambil menahan senyum melihat 'benda' itu. Walaupun rambutnya dihurai, namun tetap kelihatan.

Musuh Ketat menjadi True Love ✔Where stories live. Discover now