Bagi aku. Salah satu benda seram kat penjara ni tangga dia.
Cuba kau bayangkan. Tamat latihan pukul 1 pagi. Pastu kau kena kemas dewan makan. Then, kau naik "rumah" sorang sorang.
Apa kau rasa? Tingkat 2 dan 3 dah la takde orang duduk situ. Lampu satu je buka. Seram kau tahu.
Back to the track. Naik "rumah" aku dan anis =Kawan sekolah, kawan teman toilet. Aku kenal anis dari tingkatan 1 sekarang dah 3 tahun aku kenal anis.
Jadi, aku dan anis sebilik di bilik sebelah kanan yang berdekatan dengan pintu utama. Senang sikit nak landing bila pancit nanti.
Aku kemas la beg. Aku pilih katil paling hujung tepi pintu. Bilik tu putih je. Kipas pusing on the way nazak. Aku tak biasa sebenarnya pakai kipas time tidur sebab tak sejuk. Heh.
3/4 katil telah mempunyai tuan. Cuma katil yang ke 4 tidak bertuan kerana katil tu nazak. On the way nak buang. Kalau kau duduk kat katil tu. Sumpah bunyi dia kuat. Creeeeekkkkkkk.
Tepat pukul 9 malam kami semua= 9 orang turun ke dewan makan untuk berkumpul seperti yang diarahkan oleh jurulatih.