Jam tangan digital casio aku menunjukkan bahawa sudah pukul 12.00 tengah malam.
Pelajar dibenarkan naik ke rumah untuk berehat.
Aku dan beberapa pelajar yang lain sempat mengambil masa untuk lepak di luar dewan makan saja nak dapat aura penjara. Ceh.
Apartment yang kami duduk berhadapan dengan sebuah lagi apartment yang kosong. Bagi aku hampir nak roboh. Sebab usang dan nampak banyak berlumut. Ei.
Semua dah naik runah sebab penat seharian. Aku malas doh nak panjat tangga dampai tingkat 4. Kalau tiap hari macam ni mati aku.
Aku naik tangga. Lampu tangga nazak. Kelip kelip tunggu nak padam terus.
Lek siti. Lampu je pun. Haih.
Aku naik tingkat satu. Terus gagah naik ke tingkat 2. Time menghadap ke arah apartment yang bertentangan.
Aku nampak. Seorang wanita berbaju kebaya. Memandang terus ke arah anak mata aku. SEMUA NI SHIT!
Mukanya terkoyak. Berdarah. Mulutnya tidak berhenti senyum. Sambil tangannya melambai lambai ke arah aku.
Mulutnya koyak hingga ke telinga. Bajunya bewarna merah tetapi agak kotor.
Ya Allah. Kuatkan lah aku. Babi kau setan. Aku tak kacau pun.
Aku terus berlari ke tingkat 3. Malangnya dengan mengejut lampu terpadam. Aku menjerit untuk mendapat pertolongan. Tetapi aku seperti di dalam sebuah apartment kosong yang tidak berpenghuni.
OH SHIT! DAMN! I REALLY DO HATE THIS SITUATION. FU*K!
Wanita berkebaya merah kini berhadapan dengan aku. Mukanya amat buruk. Terdapat beberapa ulat sampah berada di pipinya. Eii geliiiiii.
Aku harap semuanya berhenti. Aku pejamkan mata.
Beberapa minit kemudian. Aku buka mata kini aku berada di tingkat 4 betul betul di hadapan rumah.
Daun pintu utama dibuka dari dalam.
Kau pahal baru nak balik ni?! Kitaorang risau pasal kau. Satu maktab penjara kitaorang cari. Ya allah.. kau tengok ni. Pukul 2 pagi baru nak masuk rumah.Ush lama siot 2 jam aku bertarung nyawa jiwa dengan setan tadi.