Bab 18

28.3K 753 2
                                    

Pintu dikuak dari luar , Erynna terus duduk dari perbaringannya. Tengku Mukhriz meletakkan dulang yang berisi nasi & air jus oren di sisi katil.

" untuk kau. Mummy bagi. "

" lah! Susah-susah je. Saya boleh turunlah. "

" takyah mengadalah. Buka mulut aku suap. " kata Tengku Mukhriz sambil menyudu nasi.

" tapi... "

" takdek tapi-tapinya. Tadi aku tolong naik tangga cakap kaki boleh jalan kan. Sekarang ni nak makan macam mana? Nak pakai tangan kiri? " katanya sambil menyuapkan Erynna sesudu nasi.

" ei! Nak suap orang. Cakaplah elok-elok. Nampak ngat tak ikhlas. " kata Erynna sambil mengunyah nasi.

" yelah sayang. Ni abang nak suap nasi ni. Bukak mulut." kata Tengku Mukhriz romantis.

Erynna tersedak. Segera dihulurkan jus oren tadi. Tak sangka mamat ego boleh bercakap seromantis macam tu.

Tengku Mukhriz terus menyuapkan nasi ke dalam mulut Erynna. Kali ini mata mereka bertentangan. Jantung sudah memainkan peranan.

Mata Tengku Mukhriz memandang tepat ke dalam anak mata Erynna. Wajah manis Erynna ditatap penuh kasih. Begitu juga dengan Erynna. Wajah tampan Tengku Mukhriz ditatap penuh kasih. Erynna tersedar.

Erynna berdehem mengejutkan Tngku Mukhriz.

Walaupun hatinya mulai merasai cinta yang mulai hadir. Namun dia tak sanggup andai satu hari nanti saat cintanya kepada Tengku Mukhriz mendalam. Mereka terpaksa berpisah.

***

Handphone Erynna tidak henti-henti berdering.

Panggilan dari

Ibubapanya

Abang & kakaknya

Sahabat-sahabatnya

Rakan sekerjanya

Sampaikan mulut Erynna letih mengatakan bahawa dia okey.

Pintu bilik dikuak ketika Erynna mencapai tualanya untuk ke bilik air.

" nak ke mana tu?? " tanya Tengku Mukhriz pantas.

" Amsterdam "

" kau ni kan! Tak padan tangan kena simen. Mulut tu nak kena simen gak ke?? "

" kalau berani buat lah! " kata Erynna kakinya laju melangkah ke bilik air.

Tengku Mukhriz dengan cekap berlari ke arah Erynna.

Tangan Erynna dicapai.

" eish! Tepilah orang nak mandi! " kata Erynna sambil menarik tangannya.

Laju kakinya melangkah ke bilik air. Erynna menutup kasar pintu bilik air.

Tengku Mukhriz mengetuk pintu bilik air.

" sayangg.. bukaklah pintu ni. Sayang kan tengah sakit tangan. Biarlah abang yang mandikan sayang. " kata Tengku Mukhriz romantis. Cukup bagi didengari Erynna.

" ei! Nampahnyerr!! " jerit Eynna dengan gaya meluat.

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now