Bab 80

28.1K 666 10
                                    

Erynna keluar dari bilik doktor sambil mengusap perutnya yang masih kempis. Erynna berasa syukur dan terharu kerana masih berpeluang mengandungkan zuriat untuk suaminya.

Kata-kata suaminya seminggu yang lalu benar. Erynna mengerahkan hatinya untuk pergi berjumpa doktor setelah dia asyik muntah pada awal pagi.

Setelah Erynna mengambil vitamin daripada doktor , dia terus keluar dari klinik tersebut.

***

Erynna mengusap kepala Mikdam yang nyenyak tidur beralaskan pehanya. Bunyi pintu dikuak dari luar menyentak Erynna.

Mikyad dan Tengku Mukhriz berjalan masuk secara senyap setelah Erynna meletakkan jari telunjuk dibibirnya sebagai tanda diam.

Mikyad meraih tangan Erynna dan dicium. Erynna membalas dengan ciuman di kedua-dua belah pipi Mikyad. Kepala Mikyad digosok lembut. Tangan Tengku Mukhriz pula diraih Erynna dan dikucup. Tengku Mukhriz membalas dengan satu kucupan di dahi Erynna.

" lama dah angah tidur? " soal Tengku Mukhriz sambil mengusap lembut rambut Mikdam.

" dari pukul 10 tadi. Abang makan tengahari kat rumah ke? "

" mestilah sayang. Macam tak biasa pulak. "

" manalah tau. Abang ada lunch meeting ke. " balas Erynna. Memang tak dinafikan. Tengku Mukhriz akan terus pulang ke rumah untuk makan tengahari setelah mengambil anak mereka dari tadika.

***

Erynna memeluk tubuh Tengku Mukhriz yang berdiri di balkoni bilik mereka dari belakang.

" abang.. " panggil Erynna setelah Tengku Mukhriz menariknya ke hadapan Tengku Mukhriz.

" ye sayang.. " Tengku Mukhriz menyelitkan anak rambut Erynna yang ditiup angin malam ke celah telinga.

" abang suka tak kalau kita ada anak lagi? " Erynna memandang tepat ke dalam anak mata Tengku Mukhriz.

" mestilah abang suka sayang. Itu memang jafi impian abang. Tapi abang terima takdir allah. Sayang ada dengan abang , abang dah cukup bersyukur dah. Dah! Takmau cakap pasal benda ni lagi. Abang taknak kita.. " kata-kata Tengku Mukhriz terhenti saat jari Erynna berada di bibirnya.

Erynna membawa tangan Tengku Mukhriz keperutnya yang masih kempis.

" dalam ni ada anak-anak kepada Tengku Mukhriz dan Adik-adik kepada Raiyan Mikyad dan Raiyan Mikdam. " ucap Erynna lembut.

" are you serious sayang? " mata Tengku Mukhriz penuh berharap.

Erynna mengangguk laju. Setitis air mata terharu mengalir di tubir mata Tengku Mukhriz. Tubuh Erynna terus didakap Tengku Mukhriz. Sungguh dirinya berasa terharu dan sangat bersyukur dengan kurniaan ilahi.

" terima kasih sayang. " ucap Tengku Mukhriz. Belakang Erynna digosok lembut.

" sayang cakap anak-anak. What do you mean? " soal Tengku Mukhriz setelah melepaskan pelukannya.

" sebab baby ni kembar. "

" ya allah! Yeke? Syukur alhamdulillah ya allah. " Tengku Mukhriz meraup mukanya.

" berapa bulan dah anak daddy ni? Bila sayang pergi check? Abang tak tahu pun. "

" 2 bulan. Sayang pergi check bulan lepas. " Erynna memperlahankan suaranya.

" what? Sayang tahu sayang pregnant last month and now baru bagitahu abang? " suara Tengku Mukhriz mulai tinggi.

" sayang minta maaf. Sayang takdek niat pun. Sayang takut abang kecewa nanti sebab sayang pun tak yakin. " Erynna menunduk sambil berkata. Airmatanya dikesat dengan belakang telapak tangan.

" hei! Sayang janganlah nangis. Abang tak marahkan sayang. Abang just terkejut je. " ucap Tengku Mukhriz sambil menolak dagu Erynna ke atas. Airmata Erynna dikesat dengan ibu jarinya. Erynna terus dibawa ke dalam pelukannya.

" dah! Dah! Tak mau nangis. " belakang Erynna digosok.

***

Erynna memandang bilik bayi mereka yang dipenuhi perabot baru. Ruang tengah bilik itu terletaknya katil untuk bayi kembar.

" abang! Dah-dahlah tu. Dah cantik dah bilik ni. " Erynna melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di atas sebuah sofa.

" ala.. kejaplah sayang. Sikit je lagi. "

" erm. Sayang bosanlah! Along dengan Angah dah tidur. " rengek Erynna.

" kalau macam tu pergi tidur. Takpun makan. Tengok tv ke. " balas Tengku Mukhriz. Sejak Erynna mengandung sedikit kerja pun Tengku Mukhriz tak benarkan Erynna buat. Termasuklah memasak. Semuanya kerana ceramah Erynna tentang ibu mengandung kembar dahulu diingat hingga sekarang.

" erm.. sayang tolong kemas-kemas ni lah. " tangan Erynna ligat mengutip plastik-plastik yang bertaburan di atas meja.

" no! No! Tak boleh! Sayang jangan buat kerja. " Tengku Mukhriz mengambil kembali plastik yang dikutip Erynna.

" abang ni! " marah Erynna.

Tengku Mukhriz menarik tangan Erynna untuk membantu isterinya itu berdiri.

" please dengar cakap abang. Dah! Now sayang pergi tidur. Bilik ni banyak plastik. Nanti sayang pijak jatuh kan susah. " Tengku Mukhriz memujuk lembut.

" yelah! Yelah! " Erynna berpalingkan tubuhnya. Entah dimana silap langkah. Kakinya terpijak plastik dan badannya tidak dapat diseimbangkan. Erynna memejamkan matanya rapat. Tangannya sudah memegang perutnya. Otaknya ligat memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Erynna membuka mata apabila terasa pinggangnya dipeluk. Wajah Tengku Mukhriz berada begitu dekat dengan wajahnya hingga dia dapat merasakan nafas Tengku Mukhriz yang tidak teratur.

" sayang okey tak ni? Sakit mana-mana tak? " soal Tengku Mukhriz lalu melepaskan pelukkannya setelah membantu Erynna untuk berdiri.

Erynna memandang wajah pucat Tengku Mukhriz. Mungkin terlalu terkejut dan risau. Erynna mengangguk perlahan.

" baby okey tak? " Tengku Mukhriz mengusap perut Erynna yang sudah memasuki 8 bulan.

" ye. Sayang okey. Dahlah! Sayang nak tidur. "

" jom abang hantarkan. "

" takyahlah. Bilik sebelab je. " halang Erynna sambil berjalan.

Tengku Mukhriz akur. Dia terus mengutip plastik-plastik yang beterabur setelah kelibat Erynna hilang dari pandangan mata.

Tengku Mukhriz tersentak apabila mendengar jeritan Erynna yang memanggilnya dari bilik sebelah.

" abang!! "

_______________________________________

Okey! Korang! Disebabkan HANYA DIA ni tinggal lagi 3 bab je. Saya bagi korang peluang untuk tanya apa-apa soalan je. In shaa allah , kalau mampu saya jawab. Saya jawab. Saya akan jawab soalan-soalan awak orang lepas Bab 83 tu nanti ae. Btw , setakat ni thanks for the 56.++k readers! Muahh!

Hanya Dia ! Where stories live. Discover now