Aku

803 56 11
                                    

Aku Jeon Jungkook. Orang panggil aku Jungkook. Tapi, orang yang paling rapat dengan aku panggil Kookie atau pun Kook. Aku memang ada banyak nama. Heh.

Aku di sini untuk menceritakan tentang kehidupan aku sebagai seorang manusia yang lengkap berkeluarga, berharta. Tetapi itu semua masih tidak mencukupi. Sekadar harta, buat apa? Aku ingin kan kasih sayang daripada keluarga aku bukannya wang semata-mata. Orang hanya lihat aku sebagai kanak-kanak 8 tahun yang mungkin tidak tahu apa itu erti kehidupan. Tetapi aku lain. Sungguh. Aku pentingkan kasih sayang keluarga.

Sejak kematian hyung kandungku, aku semakin menjadi seorang yang pendiam.

Ya, pendiam

Seorang budak yang berumur 8 tahun yang harus menikmati keseronakkan zaman kanak-kanak nya menjadi seorang yang pendiam. Amat pendiam dan tidak menikmati suasana keriangan di luar sana. Sentiasa mengurung diri di dalam bilik. Ya, itulah aku.

Sebelum kematian hyung ku itu, kami merupakan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Memang bahagia! Sampai saudara-mara di kampung turut cemburui kebahagiaan keluarga kami. Tetapi. Itu. Cuma. Sementara. Sejak appa dinaikkan pangkat nya sebagai pengurus syarikat, appa semakin mengabaikan kami keluarga kerana sibuk dengan kerja nya di pejabat. Ya. Omma pula semakin menjadi wanita liar yang sentiasa keluar malam apabila ketiadaan appa di rumah. Mereka langsung mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap aku dan Junghyeok hyung.

Itu adalah sebab kematian Junghyeok hyung yang paling aku sayangi.

Junghyeok hyung telah mengalami tekanan jiwa kerana sewaktu itu dia memerlukan sokongan keluarganya. Tetapi dia cuma ada aku sebagai adik sebagai budak yang tak tahu apa apa. Aku dan Junghyeok hyung mempunyai beza 10 tahun. Walaupun aku memberinya semangat untuk meneruskan hidupnya. Tetapi manusia mempunyai kelemahan yang tersendiri. Junghyeok hyung tewas dalam bertarung dengan nyawanya. Ya, hyung menghidap penyakit barah otak. Omma dan appa tahu tentang kewujudan penyakit itu sejam selepas aku memberitahu mereka yang Junghyeok telah tiada di dunia ini lagi. Mereka menangis bagai nak gila. Tetapi aku tidak. Aku tersenyum bahagia. Hyung patut bersyukur kerana hyung telah tenang di alam sana tanpa sebarang gangguan emosi dari keluarganya lagi.

Kini aku sudah berusia 17 tahun. Sudah 9 tahun hyung tinggal kan aku. Omma dan appa masih sama. Tiada apa yang berubah menjadi lebih baik melainkan ianya menjadi lebih teruk. Tetapi aku bersyukur, ada seorang kawan yang sungguh memahami ku.

Park Jimin.

Jimin sentiasa memberikan ku semangat bila aku meluahkan perasaanku kepadanya. Saat itu, aku seolah merasakan yang Jimin itu adalah Junghyeok hyung. Perangainya, kacaknya, sama seperti Junghyeok hyung. Aku selesa bila menceritakan semua masalahku kepadanya.

Aku akan terus kan kisah hidupku yang klishe ini di dalam coretan seterusnya.

Jeon Jungkook

[H] JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now