AYAH dan ibu amat menyayangi Fira dan kak Aina. Aku pula hanya seorang insan yang sangat tidak layak menerima kasih sayang itu. Ada saja kelakuanku yang tak kena dimata mereka . Pasti ada saja caci maki yang keluar dari mulut mereka. Namun aku tidak menghiraukannya seburuk mana layanan mereka terhadapku. Kerana mereka masih ayah dan ibuku. Mereka masih kakak kakakku yang amat ku sayangi. Aku sudah terbiasa. Mereka jauh sekali menghiraukanku bahkan mereka menyekolahkanku disekolah kerajaan jauh berbeza dengan kak Aina dengan kak Fira disekolahkan disekolah yang bermutu tinggi.
Sekolah yang amat berkualiti yang memerlukan bayaran yang cukup mahal bagi seseorang untuk menuntut disitu.
Setiap kali diperlakukan begitu,setiap kali itu juga hatiku retak seribu. Namun aku tetap mengalah demi kembarku.
Sudah seminggu perperiksaan akhir tahun berlalu, pagi itu aku meminta ayah untuk mengambil keputusan perperiksaanku.
"Ayah sibuk. Fira perlu ayah untuk ambil keputusan perperiksaan akhir disekolahnya"
"oh begitu.." jawapku lalu bertanyakan soalan yang sama kepada ibu.
"Ibu tak ada masa untuk kamu,sebab sekolah kak Aina telefon ibu mesti datang ambil keputusan perperiksaan akhir tahun . Malulah kak Aina bila ibu tak datang"
Aku hanya diam. 'andai alasan itu diperuntukkan buatku pasti akulah yang amat bahagia' getus hatiku.
Hanya kekecewaan yang terbit diwajahku. Akhirnya Makcik Imah yang tolong ambilkan keputusan perperiksaan akhir tahun ku.
Kawan kawan terkadang bertanya siapakan ibuku yang sebenarnya? Makcik Imah yang hanya penjagaku atau Datin siti Alfirah pengusaha butik terkenal Alfira Aina?
Aku juga bingung sendiri. Kebanyakan kawan kawan sepengusaha ibu juga menyangka bahawa ibu hanya mempunyai dua orang anak, Fira dan Aina. Aku bagaikan tidak wujud didunia ini.
Namun aku hanya mengalah walaupun iri hati terhadap dua orang kakakku yang dilayan bagai permaisuri dimata ayah dan ibu.
"Fiya,apa keputusan perperiksaan akhir kau? pasti gagal kan?" kata kak Aina kepadaku.
" Fiya lukus kak. Dapat markah tertinggi di dalam kelas." jawabku dengan senyuman yang lebar.
"Eleh! Keputusan kau tu mungkin keputusan terakhir dalam kelas Fira!"
Aku hanya diam. Ada benarnya kata kak Aina. Aku tunduk. Diam diam aku menghapus airmata ini. Mana mungkin sekolah kerajaan boleh memandingi sekolah swasta yang kualitinya adalah paling tertinggi antara sekolah lain.
Aku mengurung diri didalam bilikku. Makcik Imah pulang kekampung pagi tadi kerana anaknya sakit. Aku menangis sepuasnya malam itu. Berat rasanya melepaskan Makcik Imah, namun apalah dayaku cuma menumpang kasih sayang darinya.
'Astaghfirullahalazim siapalah aku ini ya Allah? sesungguhnya dia mempunyai anak yang amat memerlukannya ketika ini. Ampunkan hamba mu ini ya Allah. Ampun kan aku yang lalai menagih kasih sayangnya'
Berkeseorangan aku kali ini. Malam itu ayah dan ibu membuatkan Fira suatu majlis diluar perkarangan rumah sempena menyambut kejayaan Fira. Dia mendapat keputusan cermelang.
Aku iri hati sekaligus bahagia kerana sepanjang kejayaanku ayah dan ibu tidak pernah meraikannya dan aku tidak pernah diundang malah hanya diperintahkan untuk berkurung didalam bilikku. Airmata deras jatuh kebumi.
Bahagia keranya kembarku juga bahagia.
'Fashran..' Teringat Fashran anak kawan ayah, Uncle Joe dan Auntie Ila. Telah lama aku merindui Fashran, orang yang bertakhta dihatiku selama ini.
Acara itu berjalan dengan lancar walaupun tanpa aku. Seperti biasa, aku hanya berpura pura ceria walaupun hati terluka.
"Fira , Tahniah!" sambil menghulurkan hadiah.
"Maafkan Fiya ayah, ibu. Fiya tak sertai majlis Fira semalam.."
"Lagi bagus kalau kamu tak ada" kata ibu sambil menjelingku.
Saat itu hatiku seperti tehempas kebatu. Dengan hatiku yang terkilan aku hanya melangkahkan kakiku menuju kesekolah bersama tangisan yang tak bersuara. Mana tidak nya , seorang Insan yang amat ku rindui kini membenciku.
Dua hari selepas itu aku dibawa kepertandingan matematik peringkat antarabangsa. Aku meminta ahli ahli keluargaku datang namun tiada seseorang pun yang menyokongku. Semua ahli ahli keluargaku pergi kepertandingan sains yang disertai oleh Fira.
Walaupun berat rasanya hatiku menanggung semua itu tapi aku harus kuatkan semaangat. Untuk tidak mengecewakan Cikgu Mustapa yang menaruh harapan tinggi kepadaku.
"Dan pemenangnya ialah...... Fiya Ukaysha!" Kebahagian ketika itu membuatkan aku amat gembira.
Aku pulang membawa sijil bersama trofi dengan harapan ayah dan ibu akan berbangga denganku.
Setiba aku dirumah keadaan hanya sunyi. Tiada orang dirimah.
'Belum pulang agaknya' Ku simpan sijil kemenangan itu diruang tamu. Aku ingin ayah,ibu, kak Fira dan kak Aina berbangga denganku.
Setelah mereka pulang.Fira melehat sijilku lalu menangis dan berlari masuk kebiliknya.Dengan keadaan itu aku terkejut.
Ayah dan ibu berlari masuk ke rumah begitu juga dengan kak Aina setelah mendengar raungan Fira. Ibu mengambil sijilku lalu mengoyakkannya sehingga menjadi cebisan kecil.
"Apa yang kamu buat kat Fira!" Jerit ayah lalu menamparku. Aku tertunduk. Hanya linangan airmata yang mampu ku keluarkan.
"Kamu senghajakan sindir kakak kamu sebab dia kalah dalam pertandingan tu?!" jerit ibu lalu mencampakkan cebisan cebisan sijil yang sudah dikoyakkan . Hatiku amat hancur ketika itu.
Aku belari masuk kebilik lalu menangis dengan sepuas hati ku. tiada seorang pun yang menegurku sejak kejadian itu.
"Makin mencabar tak cerita nya? tapi ni belum habis lagi. Scroll lagi bawah untuk yang makin mencabar!"
YOU ARE READING
Permergianku adalah yang terbaik
Short StoryI CRIED!😭😭 Tapi sebelum tu, Lya nak beritahu.Ni bukan Lya yang buat . Tapi kawan Lya punya kakak 👏. . . . . . . . . . . Selepas kemalangan yang berlaku 13 tahun yang lalu kepada kakak kembar Fiya, Fira, Keluarga m...