bab 1

93 3 0
                                    

Ayie keluar dari honda civic kesayangan. Kaki melangkah memasuki bangunan pencakar langit yang tersergam indah dihadapan. Senyum ditarik pada pekerja di meja receptionist. Alia membalas senyuman boss Ayie. Muka memerah. Malu sebab boss terlampau hensem. Rasa nak pitam bila boss senyum begitu kepadanya.

Ayie melangkah kearah lif yang hampir tertutup.

"Sorry. May i?" Dia mengangkat kening pada perempuan yang berada dalam lif tersebut. Perempuan itu hanya mengangguk. Ayie pantas menekan no 12.

"Masam je hari ni." Ayie tersenyum pada Meen disebelah.

"Mana ada. Orang okay jelah." Meen masih memandang depan.

"Tipu. Ingat saya tak kenal ke muka jeruk dia tu." Ayie tersenyum lagi. Pantas lif berbunyi lalu Meen keluar tanpa memandang belakang. Ayie menggaru belakang kepala. Apa pulak yang tak kena dengan buah hati aku nih.

Dia berjalan ke biliknya. Tempat Meen dijeling. Wanita itu masih mencuka. Ayie menggeleng. Langkah diteruskan memasuki biliknya. Badan dihempas pada kerusi.

"Kerja bertimbun." Ayie menggumam perlahan. Pantas fail-fail diatas meja dibuka satu persatu.

Sudah sepuluh minit mata membaca muka yang sama. Tak termasuk dalam kepala.

Tangan mencapai phone ditepi. Pantas mesej dihantar pada Meen.

-syg mrhkn sy ke?.

Lima minit kemudian mesej dibalas

+tngh kerja.
-ok i'm sorry x ckp awl2. Sy nk buat suprise je.
+x trkejut okay.
-sory syg. Jpgi kta lunch sma2 k.
+xnk. Bz kje.
-no. Boss awk x bgi kje time lunch.
+ska hti awklaa.
-then it's yes.

Ayie tersenyum. Meen masih marah padanya berkaitan rombongan merisik minggu lepas. Sengaja tak diberitahu Meen bahawa dia mahu membawa parentnya datang merisik. Lain pulak jadi bila Meen marah padanya lepastu. Ayie menggeleng kepala. Sungguh memang dia sudah bersedia memperisterikan Meen. Pekerjanya yang baru 6 bulan bekerja. Walaupun baru bercinta tapi dia memang ikhlas cintakan Meen.

"Sorry boss." Wawa PAnya tiba-tiba muncul dimuka pintu. Ayie mengangkat kening. Pintu ditarik luas dari belakang. Seorang perempuan tinggi lampai berjalan memasuki biliknya.

"Sokay wawa. Boleh sambung kerja awak." Ayie memandang Wawa . Pantas mata beralih pada perempuan dihadapannya. Baju baby-tee diikat tepi dengan jeans paras peha dan rayban atas kepala cukup menggambarkan peribadi perempuan ini.

"You. I rindu you tau. Semalam i call you nak suruh pickup dekat airport asal you tak datang." Jia marissa berdiri sebelah Ayie yang masih memandangnya tak berperasaan.

"Kau nak keluar sendiri ke kau nak aku panggil security heret kau keluar." Suara Ayie tenang.

"Alaa.. i baru je sampai." Jia merengek.

"Keluarr!!!" Ayie menjerkahnya. Jia tersentak. Pantas kaki dihentak geram sebelum keluar dari bilik Ayie. Pintu dihempas geram dari luar. Semua mata memandang Jia. Jia berlagak tenang. Pantas kaki berjalan kearah Meen.

"Kau kalau tak rampas hak orang tak boleh ke. Perempuan murah.!!" Jia menjerit pada Meen.

"Kau dengar sini eh. Aku akan pastikan Ayie kahwin dengan aku no matter what.!!."

"Cik marissa. Buat pengetahuan cik marissa. Saya tak merampas boss dari cik pun. Sebab setahu saya boss tu single. Tak salah kalau saya sukakan boss. Lagipun kitorang dahpun bertunang. Tunggu nak akad nikah je." Meen berani menjawab mempertahankan maruahnya. Mukanya tenang tak berkocak. Jia menghentak kaki sebelum berlalu.

Meen hanya tersenyum menggeleng. Asal laa minah ni banyak-banyak orang bakal laki aku jugak dia nak. Hentak lah lagi kaki tu. Biar patah.

#######

Jia memakir kereta diperkarangan rumahnya. Pintu suzuki swiftnya di hempas. Kaki laju memasuki rumah lalu berlari anak memanjat tangga. Pintu bilik dibuka. Badan dihempas atas tilam. Bibir mengetap geram.

"Arghhhh!!" Sial kau Meen." Pantas bantal dicekup dimuka. Melepaskan geram dan tangis yang terpendam.

"Arissa." Suara seorang perempuan diluar pintu sambil mengetuk pintu membuatkan Jia bangun menegak. Pantas muka diraup menghilangkan kesan tangisan.

"Yaa. Ibu masuklah . Tak kunci pun pintu tuh." Puan zarina pantas membuka pintu usai Jia bersuara. Jia tersenyum pada ibu tirinya itu.

"Jia jom keluar. Ayah ajak makan di luar. Katanya nak merasa nasi padang." Puan zarina lembut memujuk. Tahu anak tirinya bermasalah tapi sengaja tak ditanya sehingga Jia sendiri memberitahu.

"Okay. Ibu turun dulu. Nanti Arissa turun." Jia tersenyum. Ibu tirinya terlampau baik dengannya yang sangat nakal ini. Bukan nakal tapi katogeri jahat.

"Okay. Ibu tunggu dekat bawah yaa." Puan zarina pantas bangun. Jia mengangguk. Nafas dikeluh. Ibu kandungnya meninggal dunia lima tahun lalu. Dia memandang pintu yang tertutup pantas kaki dilangkah ke bilik air.

#######

Ayie tersenyum pada Meen dihadapan.

"Kenapa senyum." Meen mengangkat kening.

"Tak sangka awak berani jugak eh."

"Berani buat apa?"

"Eleh ingat saya tak tahu ke." Ayie senyum mengejek.

"Taknak kawan kang." Meen tarik rajuk.

"Sayang jugak awak kat saya. Ingatkan saya je yang mengharap kasih awak." Ayie tak putus mengusik. Meen merah muka.

"Awakkk.!!" Meen mencebik muka. Ayie tertawa. Meen tunduk tersenyum.

"Esok kita pergi ukur baju tau." Meen menukar perbualan.

"Eh eh. Orang tu yang excited sekarang nih." Ayie tersengih.

"Ayie. Esok awak fitting baju sorang-sorang." Meen memeluk tubuh. Muka berpaling arah lain.

"Okay. Kidding girlss!. Esok saya ambil awak eh." Ayie tersenyum memandang Meen yang merajuk.

"Sini cepat makan. Nanti boss awak marah masuk ofis lambat."

"Tak boss tak marah saya." Meen menjeling Ayie.

"Sebab apa pulak boss tak marah awak. Boss awak tu bias dekat awak laa."

"Sebab boss sayang saya lebih sebab tu dia tak marah." Meen tersenyum. Ayie melepaskan tawa. Bahagia dia saat ini.

######

Jia mengambik angin malam di balcony biliknya. Geramnya pada Ayie dan Meen. Mulutnya tak berhenti menyumpah pada setiap gambar ayie dan Meen di ig mereka berdua. Sudah lama dia mengejar Ayie. Kali pertama dia mengenali Ayie ketika dia menjadi model produk syarikat keluarganya. Jia tersenyum. Sewaktu itu Ayie masih melayannya baik. Sehingga dia benar-benar jatuh cinta. Tetapi tak disangka Ayie hanya menganggapnya sebagai pekerja biasa. Sejak hari itu dia tak kenal erti putus asa untuk mengejar Ayie. Sekali dia jatuh cinta. Selamanya dia akan suka dan takkan lepaskan pada sesiapa. Tunang or wife Jia tak kisah janji Ayie menjadi miliknya. Phone digenggam geram. Dia bertekad. Dan akan pastikan Ayie menjadi miliknya no matter what.!

Pantas no Ayie di call.

"Kau nak apa lagi pompuan kucing. Aku dan kau tak ada apa2 hubungan dari dulu lagi. So please jangan kau kacau hidup aku. Hidup bakal wife aku. Aku taknak tengok muka kau sampai aku mati." Suara Ayie yang menjawab panggilan itu benar-benar merobek hati Jia. Jia menarik nafas. Talian dimatikan. Senyum diukir. Ayie main kasar dengan dia. Dia juga boleh main kasar. Lagi kasar pon boleh.

Bad Girl FairytaleWhere stories live. Discover now