bab 7

28 1 0
                                    

ayie melangkah masuk ke dalam bilik. kosong. pantas tuala dicapai kaki melangkah masuk ke bilik air. 15 minit kemudian. dia keluar. almari dibuka. t-shirt polo dicapai. seluar khaki hitam disarung. gaultier disembur keliling badan. sikat dicapai dilarikan celah rambut. pantas tangan mencapai dompet phone dan kunci kereta.

#####

jia melangkah masuk ke dalam rumah. mama dan papa tak ada. katanya pergi melawat kawan mereka di hospital kemudian mahu pergimajlis makan malam di hotel regency. kelihatan ayie menuruni anak tangga. jia dibuat tak endah.

"awak nak pergi mana."

"mind your own business." ayie menjuling mata ke atas. pintu ditarik berlalu keluar. seminit kemudian deruman kereta kedengaran keluar dari perkarangan rumah encik imran.

jia tersenyum. kaki melangkah ke atas. badan sudah melekit. huh! jia mengeluh perlahan. towel dicapai. kaki melangkah riang ke bilik air. usai mandi. badan direhatkan atas katil. mata memejam rapat. tiga saat kemudian. mata terbuka. surat? tangan pantas mencapai beg tangan diatas meja solek. surat diambil. jia menarik nafas berat sebelum membukanya. tangan dengan perlahan membuka isi surat. mata dipejam dua saat. nafas ditarik lagi. mata dibuka. jia senyum lebar membaca isi surat.

"aaaaarhhh." tangan menutup mulut perlahan. senyum lebar dibibir. dia bakal memulakan hidup baru.

#####

ayie meluncur laju di jalan raya. fikirannya masih serabut. sejak dua minggu dia berkahwin dengan jia. dia jarang berada dirumah kecuali untuk balik tidur. kadang-kadang sengaja dia tidur di office. tak sanggup berhadapan dengan manusia yang dah menghancurkan masa depannya dengan meen.

ayie melepaskan nafas berat. hatinya sakit melihat jia bergembira di rumahnya. tambah apabila wanita itu selalu buat muka tak bersalah berdosa langsung.

malam itu dia sebenarnya tidak tahu kemana hala tuju. tapi disebabkan tak mahu berdua dengan jia dirumah dia keluar untuk melepaskan tekanan di luar. kereta membelok masuk ke satu kawasan. ayie memandang sekeliling. matanya menangkap satu banner. pantas kereta diberhentikan di tepi jalan. gambar banner itu diambil. ayie tersenyum. kenapa selama ni tak terfikir akan perkara ni. ayie mula merancang-rancang dalam kepalanya. dia sudah jumpa satu jalan penyelesaian atas tekanan nya.

#####

pagi itu seperti biasa ayie turun sarapan bersama papa.

"pa. i've something to tell you." papa mengangkat kepala dari phone.

"apa?"

"pindah rumah."

"bawa jia sekali."suara tak bernada dijawab. ayie memejam mata. dah agak dah.

"okay,"

"dah cakap mama." papa bertanya kembali.

"belum." ayie menggaru belakang kepala.

"cakap apa bang."suara mama dari dapur mencelah.

"ayie nak pindah rumah." ayie bersuara perlahan. mama terdiam.

"bila.?"

"next week maybe." ayie menunduk.

"okay. duduk rumah elok-elok. jangan gaduh-gaduh. layan isteri baik-baik. dia pun manusia juga. ada perasaan." ayie terdiam. mama bela pulak minah tu.

"okay. ma pa. gerak dulu. takut jem nanti." ayie menyalami tangan mama dan papa. kaki melangkah keluar.

puan nina memamdang tuan imran . Dia mengerutkan dahi.

"bagi mereka masa. benda dah jadi." encik imran mengangguk meyakinkan isterinya.

######

"ma, jia dah buat keputusan."

"jia pasti ke ni.?" puan nina risau akan jia.

"tak ma. jia pasti. dari jia duduk rumah saja baik jia belajar. dulu tak terbuka fikiran nak sambung belajar. sekarang baru ada kesedaran."jia tersenyum.

"jia dah cakap dengan ibu ayah. diorang okay dengan semua ni." jia menyambung yakin.

"ayie." mama memandang jia.

"ayie sibuk sikit lately nih. tak sempat nak sembang panjang dengan dia. tak apa ma. jia selesai sendiri. nanti jia cakap dekat dia." jia tersenyum pada mama.

"jia minggu depan dah nak pindah. jaga diri baik-baik. jangan buat benda pelik-pelik lagi. belajar rajin-rajin." mama memesan. jia hanya mengangguk. ayie tak bagitau pun nak pindah?

######

usai makan malam itu. jia melangkah ke bilik. ayie terbaring diatas katil memegang phone.

"awak tak cakap pun dekat saya kata nak pindah rumah."

"kita pindah minggu depan. hari isnin. bebas sikit hidup aku. tak ada nak terperuk dalam bilik dengan kau je." ayie masih memandang phone. jia melihatnya. pantas kaki melangkah naik atas katil. badan dibaring sebelah ayie.

"kau nak apa. tidur bawah macam selalu. jangan nak meroyan dekat sini." ayie masih memandang phone. jia memandangnya dalam lalu tersenyum. tangan mencapai bantal. pantas meletakkan kepala.

"kau dah pekak ke apa." ayie masih bernada biasa biarpun ayatnya pedas.

"ergh." jia mendengus. pantas bantal dicapai lalu turun dari katil melangkah ke sofa.

"kau pilih nak hidup macam ni. so you've no choice." ayie berkata. jia menjeling perlahan sebelum tersenyum manis pada ayie. tangan mencapai phone atas meja. satu mesej dihantar.

-gudnight awk. ily.

ayie memandang jia kerek. minah ni psyco betul.

Jia tersenyum sinis. Bucu bantal digigit. Sakit hati betul dengan sikap tak endah ayie. Sangkaannya ayie akan jatuh cinta padanya lepas berkahwin. Rupanya tak pulak. Keluhan berat dilepaskan. Hati berbelah bagi tiba-tiba. Mahu teruskan semua ini atau give je?

Jia memandang syiling. Minggu depan pindah. Maknanya minggu lagi sekali dia dah masuk belajar. Thats great. Tak perlu duduk terperap di rumah saja. Tambah lately ni job model dah tak ada. Huh. Susah nak kerja tetap as model. Kalau dulu masyuk sangat. Sekarang ni rate dia jatuh. Sebab dah naik sikit badan. Bukan tak tahu kerja model badan sekeping. Tapi aku tak suka sekeping sangat. Tak ada shape. Thats why rate aku turun kot. Badan dah naik sikit.

Jia mula berangan sampai terlelap di atas sofa tersebut.

#####



Bad Girl FairytaleWhere stories live. Discover now