bab 5

36 2 0
                                    

Jia melangkah masuk ke dalam rumah yang maha besar itu. Heh? Ini je ke yang aku mahukan selama ni. Hatinya monolog pantas. Mama ayie a.k.a mak mertuanya menyambut jia yang baru dihantar. Jia tersenyum. Tangan dihulur menyalami mama.

"Ma i dont deserve this." Jia memegang tangan mama. Nafas ditarik berat. Have lose ur mind jia?!.

"Marissa. How many time i've tolds you. Ni takdir marissa dengan ayie. It's a fate. Siapa kita nak lawan takdir tuhan." Mama mengerut dahi. Jia mengetap bibir. Siapa dia untuk diberi peluang menjadi manusia baik. Jia tersenyum nipis.

"Pergi naik atas. Bilik paling kanan itu bilik ayie. Japgi turun makan. Papa pon balik." Mama terus pergi ke dapur usai berkata begitu.

Jia melangkah berat mendaki anak tangga. Hatinya sebu dengan penerimaan baik mereka semua. Kaki terhenti depan pintu bilik tersebut.

Tangan memegang tombol pintu. Hatinya berdebar. Takut secara tiba-tiba menerpa dalam hati. pintu dibuka. Pemandangan warna kelabu hitam dan putih menyapa. Jia senyum sinis. This is what i want. Aku kan dah cakap meen. Its all about jodoh. Jia senyum sungging melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dilabuhkan punggung di birai katil. Gambar ayie yang diframe tergantung di satu sudut. Satu sudut terdapat meja pejabat dan sebuah komputer. Sofa panjang berhadapan dengan televisyen. Jia mengangkat kening. Dah macam rumah. Tinggal dapur je tak ada.

Pantas meletakkan begnya di tepi katil. Kaki dihayun ke bilik air.

Usai membersihkan diri. Jia turun ke dapur. Mama sedang menyiapkan makan tengahari. Jia menolong menghidangkan lauk di atas meja.

"Jia pandai masak." Mama menyoal. Jia mengangkat kening sebelum tersenyum.

"Sikit-sikit je ma." Jia senyum lagi.

"Sikit-sikit tak apa. Jangan tak pandai langsung." Mama membawa pinggan ke meja. Jia menelan liur.

"Papa bila balik."
"Dah nak sampai rasanya. Tadi call dah masuk simpang jalan depan ni."

#######

Jia membaringkan diri atas katil. Sewaktu makan tadi agak takut dengan papa tetapi encik imran sangat positif dan tak terlalu menyalahkannya. Jia tersenyum lagi. Family ni too baik untuk dia tapi sebab ayie dia sanggup buat apa sahaja. Jia meraup muka.

"Kau buat apa sini." Satu suara mengejutkannya.

Jia bangun dari perbaringan.

"Hai awakk. Saya balik rumah hubby saya la." Jia tersenyum manis. Ayie menjeling.

"Kau dengar sini eh. Aku takkan pernah anggap kau sebagai wife aku. Dan aku takkan tunduk pada kau. Kau buat suka hati kau tapi satu aku nak cakap kau takkan pernah tahu erti bahagia selagi kau mengaku kau wife aku." Ayie mengetap giginya menahan geram. Jia terdiam sebelum tersenyum.

"It's okay ayie. We'll see. " jia baring kembali. Ayie merengus geram sebelum melangkah keluar. Pintu dihempas kuat.

"Tak guna punya perempuan." Ayie menyumpah. Fikirannya benar-benar serabut.

######

Jia melangkah keluar dari bilik. Malam itu tiba-tiba sangat panas. Kaki memijak anak tangga perlahan-lahan. Rumah sudah gelap. Dia menapaki ruang tamu. Tv terbuka. Kelihatan ayie disitu sedang menonton movie.

"Tak tidur lagi." Jia menyapa. Punggungnya dilabuhkan di sofa single.

"Selagi kau ada dalam rumah ni. Selagi tu aku takkan faham apa makna tidur." Ayie menjeling. Suaranya keras.

"Kenapa awak susah sangat nak terima saya. Apa kurangnya saya dengan meen tu." Jia membahang. Hatinya panas.

"Kau nak aku senarai ke." Ayie senyum sinis. Jia mengangkat kening.

"Kalau kau nak tahu beza kau dengan meen macam langit dengan bumi. Meen tak pernah pakai baju ntah apa-apa kalau keluar. Meen educated bukan macam kau belajar tak habis jadi model telanjang. Meen sentiasa faham aku bukan macam kau yang memang tak faham bahasa kalau aku nak senarai segalanya pun kau memang satu habuk tak setanding dengan meen aku. So pleasr kau pujuk papa aku suruh ceraikan kau tanpa syarat." Suara Ayie naik seoktaf. Dia bingkas menuntup tv lalu bangun naik ke atas bilik. Jia tersenyum sinis. Meen?. Kau memang hebat di mata ayie. Tapi aku sanggup buat apa sahaja demi mendapatkannya. Sorry meen. Senyum jia pudar.

Bad Girl FairytaleWhere stories live. Discover now