Bab 2:Kemenangan Milik Kita

152 14 6
                                    

Satu senyuman tercalit dimuka Fadli.Sememangnya,latihan demi latihan yang dilakukannya membuahkan hasil.Siapa sangka,kemenangan yang diidamkan oleh Fadli dari Tingkatan 2 akhirnya terbalas juga.

"Hoi! Tersengih-sengih.Tau la dah menang.Haha!" sapaan Ameer mengejutkan Fadli yang dari tadi tersenyum seperti orang yang sedang bercinta!

"Haha,like I don't believe it.We won Meer! Haha," lagaknya percakapannya seperti mat saleh!

"Alah,bile kalah ko cakap macam tu.Bile menang pun ko cakap macam tu.Tak ada ayat lain dah ke? Haha" Haqif menyampuk.

"Haha,ye lah.Eh,jom ar. Pok Jak dah tunggu tu. Kang tak pasal-pasal kene bumping dua puluh macam Shaklee tu kang. Haha!" Kata Fadli sambil ditambahnya kutukan kepada Shaklee."Woi,cibai! Ko kutuk aku eh? Bangsat korang!" Kutukan Fadli menyebabkan Shaklee naik panas dengannya tanpa disedari.Dikerjarnya Fadli sehingga ke bas.

"Bodoh Fadli.Mengumpat orang tak reti nak cover." tiba giliran Karam pula mengutuk Fadli.Ameer,Haqif dan yang lain-lain hanya mampu ketawa melihat gelagat pelajar tingkatan 5 itu.

Fadli membawa keluar telefon dan earphonenya. Dia menyentuh beberapa digit di skrin telefon tersebut.

"Assalamualaikum mak,kitorang juara mak.Nak balik dah ni."

"Waalaikumussalam. Oh alhamdulillah. Jaga diri elok-elok nak ya. Dah sampai nanti mesej mak.Assalamualaikum."

"Okey,waalaikumussalam."

Ringkas sahaja perbualan mereka. Fadli bukanlah seorang yang banyak bercakap. Dia lebih suke berbicara dalam hatinya sendiri. Dia hanya bercakap apabila perlu. Namun bila tiba mood hypernya,memang hyper betul. Haha

Dia kembali merenung telefonnya. Di skrin telefonnya terpampang seorang perempuan yang diminatinya. Tak,bukan sahaja diminatinya,malah dirinduinya juga. Dan hari ini,dia akan bertemu kembali perempuan itu.

"Haih,rindu makwe ke bang? Haha,alah nanti jumpa la."

"Juboq hang. Rindu tteii,"

"Ceh, lagi nak cover.Pui,"

"Haha,lantak la.Asalkan esok kita naik pentas.Eh,petang ni main jom,"

"Pala bana kau,dah menang lagi nak main."

"Alah,bagi celebrate kemenangan kita la,haha"

"Tengoklah kalau aku rajin ke tak,haha" Fadli hanya tersenyum seperti kerang busuk.

Earphone disumbat ketelinganya. Lalu dipasangnya lagu Faded. Fadli menghayati setiap bait lirik tersebut.

_________________

"Hoi,Fadli ! Menang ke kalah?" pekikan Afiq menyebabkan Fadli menoleh ke arahnya. Fadli hanya mengangkat ibu jarinya sebagai tanda kemenengannya.

"Nombor berapa?" Fadli sekali lagi mengangkat jarinya. Tapi kali ini dia mengangkat jari telunjuknya pula. Afiq tersenyum puas. Thumbs up diberikan kepada Fadli. Ternyata memang itu yang diagak olehnya.

Setelah solat asar dan minum petang,Fadli menukar bajunya. Dia terduduk sebentar diatas lantai sambil mengenangkan kemenangannya. Senyumannya tak pernah lekang dari bibirnya.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam. Oh Hazimi"

"Tahniah bro menang," dormmatenya,Hazimi juga bangga atas kemenangan Panda Warriors.

"Haha,syukran bro. First time kot aku menang,"

"Haha,yelah. Dari ko form 2 sampai form 4 tak pernah menang. Biarlah ko merasa sedikit rasa kemenangan tu. Ha ni,semenjak ko tak ada dari Selasa tu,awek kau kemurungan doh. Haha,dia rindu kaulah tu,"

"Ish! Tak ada maknanyalah awek-awek ni. Haha. Okeylah Hazimi,gua gerak dulu,"

"Haih,dah menang pun still main lagi ke?"

"Basketball just not a game,it is lifestyle," senyuman yang penuh confident diberikan oleh Fadli.

__________________

"Dengan ini,saya menjemput Muhammad Fadli bin Zamri merangkap kapten bola keranjang Panda Warriors untuk naik ke pentas,"

Ekoran ucapan tersebut,dengan bangganya dia menaiki tangga pentas tersebut. Dia berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Bukannya apa,tiba-tiba dia terjatuh,malu kau! Haha.

Dari sudut yang lain pula,sepasang mata yang bersinar bagaikan anak patung tersenyum. Wajahnya yang putih dan mulus terlalu susah untuk seorang lelaki menghalang pandangan. Terselit satu perasaan minat terhadap lelaki yang berdiri di atas pentas sebentar tadi. Namun dia cuba menghapuskan perasaan tersebut.

"Saya mendoakan kejayaan awak didunia dan diakhirat Fadli," perempuan itu bermonolog sendirian.

Cinta Si BasketballerWhere stories live. Discover now